Sunday, February 28, 2010

Nasi Minyak Jus Oren

adehhh.. togelnya nasi ku... terlupa nk hias2.. :(


Dah ramai yg mencuba Nasi Minyak Jus Oren by Ros@Jintanmanis ni kan.. Hari ni turn K.Nor lak. Nasi ni K.Nor gandingkan dgn Daging Prune by K.Liza dan Acar Timun.

Ros, mintak izin ya nk C&P resipi tu kat sini.. TQ

NASI MINYAK JUS OREN by Ros@Jintanmanis

Bahan-bahan ( untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi
2 sudu besar mentega atau marjerin

Bahan A

1/4 biji bawang besar

2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga


2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)
1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)
3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan

Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.

2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.

3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

Nota: Kuantiti air sila ikut sukatan beras masing-masing ye, kalau nak tambah perisa pada nasi minyak ni boleh tambah 1 kiub pati ayam.


Dah siap hidang, jom makan :)

Daging Prune


Resipi Daging Prune ni K.Nor cilok kat rumah Ummi Kuantan.. Jangan marah ya Ummi.. Dan mintak izin K.Liza dan Ummi, Nor nak share kat sini pulak.. tq ya...

DAGING PRUNE by K.Liza

Bahan A:-
  • 600 gm daging (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris):-

  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci halia


Cara Memasak:-

  1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
  5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.

Hadiah Dari Seorang Adik


Tak terlafaz dgn kata2 bila terima parcel dan membukanya tengahari td. Terharu dan bersyukur pada tuhan yg maha esa dgn keizinanNYA dan sifat murah hati seorang adik blogger yg telah menghadiahkannya pada K.Nor. Bila K.Nor call, dia cakap hadiah tu sebagai balasan kerana dia telah banyak mengambil resipi2 K.Nor dan jugak kebetulan ulangtahun kelahiran K.Nor.. Apalah sangat resipi2 yg telah K.Nor tayang kat rumah ni, sekadar resipi2 biasa jer. Lagi pun ilmu yg tuhan kurniakan ni adalah utk dikongsi bersama kan.. Kalau tak kongsi nanti hilang keberkatannya. Bagi K.Nor cukuplah K.Nor mengutip hasilnya kat atas sana, itu lebih bermakna dan memberi manafaat yg tak terhitung.

Pada **** K.Nor ucapkan jutaan terima kasih atas hadiah yg sangat K.Nor suka ni. Telekong sembahyang yg amat selesa bila dipakai, cantik di mata dan hati K.Nor. Insyaallah akan K.Nor gunakan pemberian ni sebaiknya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan buat **** dan juga murahkan rezeki serta memberikan kesihatan yg terbaik buat **** sekeluarga.. Dan juga semoga ukhwah di antara kita semakin subur dan berkekalan hingga ke akhir hayat... amiin....

Bertemu Chef Tersohor

Rasanya ramai yg dah kenal dgn chef ni kan.. Chef yg diimport khas dr Kerteh, Terengganu utk membuat demo masakan kat Pesta Buku yg bertempat di Terengganu Trade Centre. Acara ni berlangsung smlm 27 Feb 2010, dari pkl 2.00 hingga 4.00 ptg. Mana boleh tak pergi, bukan senang nk jumpa dgn sorang chef terkenal gini (lagi pun aritu dah janji dgn K.Liza nk gi) tambah pulak dekaaaaaaat jer dgn rumah kan.. :) Dalam sakit kepala pun gagahkan diri gak hadiri demo masakan K.Liza. Dah la pagi2 buta tu kena cirit birit, ntah berapa kali ulang toilet. Tak per... K.Liza punya pasal hehe..

Smlm K.Liza buat demo 5 masakan, Spaghetti Bolognese, Ayam Paprik, Udang Masala, Kerabu Epal Hijau dan Salad Buah. Kejap aje masak dah siap. Rasa? Memang sedap!


K.Liza sdg masak menu Ayam Paprik.


Ni pulak sdg masak Udang Masala.


Acara wajib hehehe...


Ok K.Liza, kita jumpa lagi 13 Mac nanti... insyaallah...

Saturday, February 27, 2010

Udang Goreng Sos Cili Thai


Hari ni nak tayang satu resipi udang yg ringkas dan sedap.. insyaallah.. Saja2 duk try masuk bahan itu dan ini, maka terhasil lah satu resipi yg simple jer. Slmt mencuba ya resipi Udang Goreng Sos Cili Thai ni..




UDANG GORENG SOS CILI THAI


300gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~~~
3 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
carrot
bunga kobis
5 bj cili api ~ diketuk dan dipotong dua
sedikit daun ketumbar ~ dihiris
1 sudu besar jus limau nipis/lemon
sedikit garam jika perlu
minyak

Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap atau sehingga udang bertukar warna.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan minyak dlm kuali lebih kurang 2 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan bawang merah dan goreng hingga bawang layu.
Masukkan sos cili thai, sos ikan, cili api, carrot dan bunga kobis.
Gaul2 rata dan masukkan udang.
Masukkan garam jika perlu tp hati2 sbb dah ada rasa masin dr sos ikan.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis.
Kacau sekejap dan padamkan api.
Angkat dan hidangkan panas2.


Friday, February 26, 2010

Dinner @ SR

Semalamkan besday tuan rumah.. Jadi seperti biasa tukang masak dan dapur pun amik MC la.. Nak keluar lunch beramai2 dgn anak2 tak leh sbb masing2 ke sekolah. Jadi kita org keluar dinner la kan. Nak raikan besday ke anni. ke mmg sentiasa keluar satu famili. Tak adanya nak candle light dinner berduaan jer dgn cik abg. Rasanya lebih seronok bawak anak2 dr makan berdua. Kalau makan tp hati duk teringat kat anak2 kat rumah tak syok gak kan. Ok jom layan gambar2 kita org raikan besday tuan rumah semalam.. Tak la grand pun.. skit2 jer.. Alhamdulillah.. cukup seronok. Ditambah lagi dgn hati yg berbunga seharian bila ramaiiii yg ingat dan wish birthday K.Nor semalam.. Memang happy sgt.. Terima kasih buat semua sekali lagi ya... Saaaaaaaaaaayang semua.. :)


pilih... pilih...mana yg berkenan di hati dan anak tekak..


piihan Luqman..


pilihan cik abg.. chedap!!!


akak punya.. laaaaaaagi syok hehe



Luqman punya...


Cik abg punya..


Aisyah punya..
psst Along.. kakteh kata dia makan bagi pihak Along nih :)

K.Nor punya... not bad

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut sukaaaaaaaaaaaa hati.
Alhamdulillah.....
(belanja lagi lepas ni ya.. bang.. hehe)

Salam Maulidur Rasul

Salam di pagi Jumaat nan mulia dan salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung rumah K.Nor yg beragama Islam..



Marilah kita sama2 berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w pada hari ni ditambah lagi amat2 digalakkan utk kita perbanyakkan berselawat ke atas baginda pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Semoga kita terpilih dlm golongan umat yg mendapat syafaat dpd baginda di akhirat nanti.. mudah2an.. amin...



Jom berselawat bersama2 K.Nor...





Nak yg ni pun tak per.. jom...

Thursday, February 25, 2010

Usia Meningkat Lagi... Alhamdulillah...


Alhamdulillah... syukur dipanjatkan pada Ilahi dgn limpah kurnianya masih diberi peluang utk menyedut udara dgn penuh nikmat dan rahmat di pagi ni. Syukur juga kerana diberi peluang utk meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri kepada seorang suami yg penyayang dan memahami serta ibu kepada 4 org cahayamata yg terbaik. Semoga kehidupan kita sekeluarga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.. amiin...

Andai kata dpt memeluk, dapat mencium insan yg melahirkan kita ke bumi ini pada hari ulang tahun kelahiran tanda berterima kasih kerana telah mengandung, melahirkan dan membesarkan kita.. itu adalah sesuatu hadiah yg tak ternilai rasanya. Namum semua hanya impian yg tak kesampaian buat K.Nor. Ditinggalkan oleh ibu yg melahirkan seawal umur K.Nor 6 tahun, membuatkan hati ni sangat merinduinya. Hanya tuhan yg maha mengetahui.. Berbahagialah pada teman2 yg masih mempunyai ibu utk dipeluk dan dicium... Semoga Allah melimpahkan rahmat dan menempatkan roh mak dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.. Semoga kita berjumpa di alam akhirat nanti di syurga yg indah.. amiin...

Di kesempatan ini juga nak mengucapkan Happy Birthday buat Yani MyR dan Fiza Myr kerana birthday kita org jatuh pada tarikh yg sama (25 Feb). Semoga dipanjangkan usia dan dilimpahkan rezeki dan rahmat serta keberkatan atas usia kita semua ya.... Semoga dpt kita sambut lagi birthday kita di tahun2 akan datang..

Ada yg bertanya berapa usia K.Nor? Tak yah rahsia2 ya.. dah tua dah.. dah 43 pun... Alhamdulillah... takut apa pd usia yg tua.. Setiap yg baru akan jd lama, setiap yg muda akan menjadi tua. Terima lah seadanya dan sentiasa panjatkan kesyukuran pada Allah. Sesungguhnya DIA amat suka hamba2 yg sentiasa bersyukur pada NYA..

K.Nor sgt2 happy tahun ni, di samping famili terdekat yg mengucapkan happy birthday seawal 2 hari lepas (dr Naim, sbb dr smlm dia ada kat camp, so tak leh nk wish) K.Nor juga mendapat ucapan dr teman2 alam maya. Bertalu2 ucapan yg diterima kat FB, sms dan juga kat rumah ni.. Terima kasih K.Nor ucapkan buat semua ya......... luv u all ...mmmmmmmmmuah!


Nak tayang kat sini la ya.. pemberian adik2 serta teman alam cyber tersayang ni.. kena amik org yg org bagi dan kena la tayang kat sini utk dijadikan kenangan di kemudian hari.. kan.. Mekacih buat semua yg baik hati ni.. dgn doa2 dan ucapan serta hadiah2 ni.. Semua ni telah pasti menceriakan K.Nor sepanjang hari.. Mekasih.... ^___^



Yg ni dr Ummi Kuantan.. kena letak atas sekali sbb seawal pkl 6.30pg td Ummi sms suruh amik kat rumah dia.. tp disebabkan atas kesilapan teknikal kat mana ntah, mmg tak keluar langsung n3 Ummi ni. Hinggakan K.Nor keluar rumah atas sedikit urusan td dlm pkl 11.00 lebih pun masih tak keluar. Sampai Ummi sms, majuk dah tu sbb tak amik hadiah dia.. hihihi.. alalalal.. cayang Ummi bukan tak nak amik ya.. dah 3 - 4 kali masuk rumah Ummi mmg tak nampak pun n3 ni td.. Apapun mekacih ya... cayang dia..

Ni ucapan Ummi : SELAMAT HARI LAHIR, SELAMAT HARI LAHIR, SELAMAT HARI LAHIR BUAT NOR, SELAMAT HARI LAHIIIIIRRR...(bkn hari jadi kan, hari lahir la kan..) Nor, Semoga panjang umur, dilimpahkan rahmat dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat...Moga diberiNya rezeki yang melimpah ruah dan sihat walafiat hendaknya...berbahgia selalu hendaknya di samping suami dan anak2 serta keluarga tersayang...Nor, hanya ucapan ini yang mampu Ummi berikan, kalau duk dekat dah lama laga pipi..mmmuuuaaahhhh!!


Ucapan dr HaSue: Selamat hari lahir buat Kak Nor..semoga di usia terbaru ni akak mendapat yang terbaik dari segala yang terbaik yang akak harapkan...
Juga semoga rezeki akak semakin mencurah2 kerana sudi berkongsi ilmu masakan dan pelbagai ilmu zahir batin dengan kitorang adik2 yg chumel2 dan masih mentah ini..heeee.. :P
Semoga semakin banyak ilmu bakal akak kongsikan lagi dan lagii dan semoga ceria2 laaa selalu yer kakk..muahhhhhhhhhhhs!!!

Yg ni juga dari HaSue.. ermm.. pandai sungguh dia pilih ya... :)




Ucapan dr Azie: Dr jauh A doakan agar kakak2 ku ini pjg umur...murah rezekinya selalu...apa yg diidamkan akan jd kenyataan..Insyaallah yg paling penting mereka bahagia ngan family mereka Amin...Amin..Amin.

Azie, satu hadiah mana cukup nk bg 3 org!! hihi

Yg tiga kat atas ni dr Azie.. mekacih ya Azie.. muuuuuuuuah



Ucapan dr Ina@Hana : Moga terus dpanjangkan umur, murah rezeki dan bahagia disamping suami dan anak2

waduhh ina.. cantik sih kek nyer.. ghajen ya malam2 buta wat kek, darwish tak kacau ke :)
mekacihhhhh... sayang dia..
Sue, kita potong kek ni ya makan ramai2 hehe

Ni dari K.Sue (Sueozana) :
Happy Birthday Nor...!
Semoga Diberkati Allah Di Dunia & Akhirat...

Salam Kasih Sayang Dari Kak Sue

Kata2 dr K.Sue kat blog buat Nor terharu sgt..
mekasih.. yg baik2 tu dr Allah Taala jua...



atie doakn k.nor panjang umur..murah rezeki...semoga jadi isteri yg solehah...bahgia ngan kehidupan brsama keluarga trsayang & sentiasa diberkati oleh ALLAH..Amin.

Cantiknya roses kuning merah ni Atie... tq so much!


seperti org lain, zura juga mendoakan kesejahteraan, kemakmuran, kesihatan dan segala keeeee lah.. ekeke.. semoga segala impian kak nor tercapai..

Kek pemberian Azura Rahman..
Mekasih ya Zura, semoga impian Zura juga tercapai.. aniin..
.. cantik kek.. yg real tadak ke? ciskek pun tak per hihi

Wednesday, February 24, 2010

Chicken Varuval


Seperti yg dijanjikan dgn Ika nak buat Chicken Varuval ni bila balik dr kenduri kawin kat Puchong tu... dah buat pun ni.. Mudah.. simple dan sedap! Tq Love.. Love ni mmg terror bab buat masakan ayam. Love, K.Nor nak C&P bulat2 resipi ayam ni dr rumah Love ya.. tq so much!



CHICKEN VARUVAL by Love2cook
Ingredients :~
  • 1 whole chicken ~ cleaned and cut into smaller pieces
  • 3 tbsp garlic-ginger paste
  • 2 tbsp chilli powder ( may also add some curry powder)
  • 1/2 tsp turmeric powder
  • 8 dried chillies ~ cut into pieces
  • 2 onions ~ sliced/cut into rings
  • 2 sprigs curry leaves
  • 2 lemongrass ~ crushed
  • 1 pc cinnamon stick
  • 2 pcs star anise
  • 2 pcs cardamoms
  • 1/2 tsp fennel seeds
  • 1/2 tsp cumin seeds
  • 1/2 tsp grounded blackpepper
  • salt to taste
  • oil for frying

Cooking Method :~

  1. Marinate chicken pieces with garlic-ginger paste, chilli powder, turmeric powder and salt for 20 mins.
  2. Heat oil in wok, fry marinated chicken till cooked and set aside.
  3. Reduce the remaining oil. Sauté cinnamon stick, star anises, cardamoms, fennel and cumin seeds till fragrant.
  4. Add the sliced onions, dried chillies, lemongrass and curry leaves. Stir till they turn light brown.
  5. Add the fried chicken, blackpepper and lil salt. Mix together. Dish out.

Majlis Perkahwinan Anak Sdara di Puchong

Salam buat semua...

Hari ni K.Nor nak berkongsi sedikit gambar2 semasa perkahwinan anak sdara K.Nor di Puchong, Selangor pd 20 Feb. baru2 ni. Tak boleh nak tayang banyak2.. tak larat nak memilih, resize dll lagi gambar2 yg diambil oleh cik abg K.Nor tempohari. Cukup la dgn apa yg ditayang kat sini hari ni.. psst!!! kalau nak tengok banyak lagi gambar2 kena tengok kat FB ya.. hehe



Hantaran dr pihak pengantin perempuan....
(hantaran dr pihak pengantin lelaki cik abg lupa nk shoot.. )












Acara membatalkan air sembahyang dan menyarungkan cincin

Pengantin diapit oleh abg2, kakak sulong dan 2 adik perempuan


Pengantin baru bergambar bersama pengantin lama ^___^



Bergambar di hadapan pelamin sebelum berangkat
ke rumah pengantin lelaki di Subang ~21 Feb.




Bergambar bersama adik beradik dan abg ipar pengantin perempuan.