Resipi ni dihasilkan bila K.Nor duk menyelongkar dapur K.Liza (Daging Masak Hitam) dan Ummi Kuantan (Daging Tempra ~ resipi asal Mat Gebu). K.Nor gabungkan kedua resipi tu dan tambah kat mana2 sesedap rasa, akhirnya terhasil lah Daging Hitam Manis Berempah. Tq untuk K.Liza, Ummi dan Mat kerana memberi idea utk Nor hasilkan resipi yg sedap ni. Dah ditanya qualiti kontrol td, camna rasa masakan daging ni. Dia tak cakap banyak, cuma angkat ibu jari jer.. hehe faham2 aje la ya..
DAGING HITAM MANIS BEREMPAH
300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan
bahan A
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
~~~~~~~~~
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 bj cili merah ~ dihiris
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
minyak
~~~~~~~~~
bahan B
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis
Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah.
Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi.
Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar.
(Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging)
Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu)
Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.