f Secubit Garam: Hadiah Dari Seorang Adik

Sunday, February 28, 2010

Hadiah Dari Seorang Adik


Tak terlafaz dgn kata2 bila terima parcel dan membukanya tengahari td. Terharu dan bersyukur pada tuhan yg maha esa dgn keizinanNYA dan sifat murah hati seorang adik blogger yg telah menghadiahkannya pada K.Nor. Bila K.Nor call, dia cakap hadiah tu sebagai balasan kerana dia telah banyak mengambil resipi2 K.Nor dan jugak kebetulan ulangtahun kelahiran K.Nor.. Apalah sangat resipi2 yg telah K.Nor tayang kat rumah ni, sekadar resipi2 biasa jer. Lagi pun ilmu yg tuhan kurniakan ni adalah utk dikongsi bersama kan.. Kalau tak kongsi nanti hilang keberkatannya. Bagi K.Nor cukuplah K.Nor mengutip hasilnya kat atas sana, itu lebih bermakna dan memberi manafaat yg tak terhitung.

Pada **** K.Nor ucapkan jutaan terima kasih atas hadiah yg sangat K.Nor suka ni. Telekong sembahyang yg amat selesa bila dipakai, cantik di mata dan hati K.Nor. Insyaallah akan K.Nor gunakan pemberian ni sebaiknya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan buat **** dan juga murahkan rezeki serta memberikan kesihatan yg terbaik buat **** sekeluarga.. Dan juga semoga ukhwah di antara kita semakin subur dan berkekalan hingga ke akhir hayat... amiin....