Sudah agak lama simpan resipi masakan hati lembu milik Dayang Jack ni. Kebetulan ke pasar tani baru2 ni beli la sedikit hati lembu, lagipun dah agak lama gak tak masak hati lembu. Bila dah ada hati lembu ni, terus aje nk masak resipi Dayang yg simple jer ni. Mudah jer masak hati ni, sedap pulak tu.. Dayang, mintak izin cam biasa ya nk kopipes resipi tu kat sini..
* bagi yg tak makan hati lembu atau yg payah nk dpt stok hati lembu boleh juga gantikan dgn hati ayam.. insyaallah rasanya tetap sedap. rebus dulu hati tu kejap sama cam rebus dulu hati lembu tu..
HATI LEMBU MASAK KICAP by Dayang Jack
Bahan-bahan :
* bagi yg tak makan hati lembu atau yg payah nk dpt stok hati lembu boleh juga gantikan dgn hati ayam.. insyaallah rasanya tetap sedap. rebus dulu hati tu kejap sama cam rebus dulu hati lembu tu..
HATI LEMBU MASAK KICAP by Dayang Jack
Bahan-bahan :
- 500 gm hati lembu (direbus bersama sedikit garam hingga masak dan dihiris)
- 1 labu bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia muda*
- 1 sudu besar cili kering kisar
- 1 sk serbuk ketumbar
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sk air asam jawa
- 1 sk gula
- garam jika perlu
- 3-4 biji cili padi (diketuk) - jika suka
- bahan2 hirisan : cili merah dan bawang besar
Cara-cara :
- Kisar bahan2 bertanda *. Sediakan kuali. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 kisar, serbuk ketumbar dan cili kering hingga wangi.
- Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, cili padi dan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati.
- Masukkan hati, garam(jika perlu) dan gula. Gaulkan. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili merah dan bawang besar. Hidangkan setelah masak.
tip utk masak hati lembu..
1. utk menghilangkan bau yg kurang menyenangkan pd hati lembu, gaul hati dgn tepung gandum dan sedikit air. biarkan dlm 10 - 15 min baru la dibasuh bersih dan toskan.
2. jgn sesekali masak hati dgn api yg besar/kuat, ini menyebabkan hati tu masak secara mengejut dan menyebabkan hati tu nanti agak keras. gunakan api yg sederhana aje.
3. hati tak perlu dimasak terlalu lama spt kita masak daging, kerana hati ni tak ada urat cam daging yg menyebabkan liat bila tak cukup tempoh masak.