Saturday, February 6, 2010

Inche Kabin

Tak tau nak masak apa dgn ayam hari ni.. Duk la menyelongkar dapur blogger satu demi satu. Mulanya rasa nak buat masak ungkep... ermm kensel.. masuk pulak rumah org tu org ni.. tak dtg seru gak nk buat. Bila masuk rumah Ummi, ternampak menu ayam terbaru dia Inche Kabin(resipi asal dr Mat Gebu) Baca dia punya resipi cam menarik jer walaupun nama resipi sedikit pelik. Try aje la kan.. Ummi bagi nama lain iaitu Ayam Goreng Kari.. ermmm... kalau bab goreng ayam yg campur rempah2 kari ni mmg kebiasaannya sedap.

Rasa ayam goreng ni lebih kurang gak dgn ayam goreng berempah yg dah biasa K.Nor buat cuma ada tambahan penggunaan santan kat dlm bahan perapan tu yg membuat rasa salutan/kerak tu terasa lemak. Dan untuk memberi lebih rasa kari, K.Nor masukkan sedikit daun kari masa memerap dan masukkan sekali daun2 kari tu masa menggoreng.





INCHE KABIN (AYAM GORENG KARI) by Mat Gebu

Bahan-Bahannya
  • 4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
  • 1/3 cawan rempah kari
  • 200 ml pati santan
  • 1 inci halia*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
  • 1 camca besar serbuk cili
  • 2 biji limau nipis, perah jusnya
  • 3/4 camca besar gula
  • 1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)

  1. Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
  3. Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
  5. Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasan, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!)

#K.Nor tak ikut step goreng dua kali tu (step no 3).. just goreng sekali sampai masak.