f Secubit Garam: Kek Coklat Tanpa Telur

Wednesday, February 3, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur


Dua hari lepas dah tanya birthday boy, nak kek tak utk besday.. dia jawab tak nak. Tapi disebabkan si emak lak terbayang2 kek cekelat tanpa telur Dayang Jack nun, digodek gak kek cekelat tu. Biasanya kek mmg perlukan telur kan. Tapi lately ramai blogger mula buat kek or muffin yg tak ada penggunaan telur kat dalam tu terutamanya Mama Mikael nun di Finland. Terasa gak nk mencuba apa rasanya kek yg tiada penggunaan telur kat dalamnya. Bila tengok kek Dayang yg punya la gebus, K.Nor beranikan utk mencuba utk kali pertama membuat kek tanpa telur ni.

Alhamdulillah, menjadi dgn elok kek cekelat tanpa telur walaupun pd mulanya was2 gak. Takut bantat la, takut masam la sbb adanya penggunaan cuka kat dalam adunan kek tu. Ikhlas K.Nor cakap mmg sedap kek ni. Tak ada perbezaan pun pada rasa kek cekelat walau pun tak letak telur. Keknya tetap gebus dan lembut jer dan tak perlu dah diletak topping. Cukup enak dimakan begitu saja...... Cuma, disebabkan K.Nor tak ada loyang kecik jd kek ni agak nipis la. Lain kali mmg kena double up sukatan tu. Mudah ajer persediaannya, cuma sediakan bahan, ayak, campur dan godek2 gitu jer. Pastu tapis dan bakar. Tak perlukan penggunaan mixer besar or hand mixer, just kacau2 jer dgn hand wisk atau spatula. Insyaallah menjadi ... kan Dayang..

Tq so... much Dayang atas resipi yg mabeles ni. Izinkan K.Nor kopipes resipi tu kat sini pulak ya..




Kek Coklat Tanpa Telur by Dayang Jack
Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam*
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam.Pastikan air kopi betul2 panas.
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.