Monday, February 8, 2010

Pulut Gulung Serunding

Sapa2 nk potong sendiri ya.. :)


Sebenarnya K.Nor buat Pulut Gulung Serunding ni semalam lg dah. Saja males nk tayang lagi, bagi laluan pd Rendang dn Pulut Kuning dulu. Sejak tengok Citrasawan@K.Wan post resipi ni kat MyR dah berkenan sgt nk buat tp duk KIV jer dulu padahal beras pulut mmg ada dah sket kat dapur. Bila tengok si Mama 3D buat, ermmmm........ kena buat gak nih.. Bila dah buat.. enak sih melayan pulut. K.Nor mmg suka sgt dgn makanan berasaskan pulut.

Memang agak cerewet sket la nk menggulung Pulut Gulung Serunding ni. Tapi bg yg biasa buat sushi mungkin tak susah mana kut. Pulut gulung yg K.Nor buat ni tak kemas sgt. Pada sapa2 yg nk buat tu nanti, K.Nor syorkan buat la Pulut gulung ni atau gulung la masa pulut kuning baru masak, masa panas2 lagi tu. Baru cantik dan kemas pulut tu nanti.

Kalau nk tengok step by step membuat Pulut Gulung Serunding ni boleh la tengok kat rumah Mama 3D nih ya..