f Secubit Garam: Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 21 Wahai Anakku

Thursday, February 18, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 21 Wahai Anakku


Salam di hari yg bahagia ni.. Memang bahagia menjadi seorang ibu kan.. Semua dgn limpah kurnia dr Ilahi yg maha pemurah lagi maha penyayang. Bukan semua perempuan dpt limpah kurnia NYA utk menjadi seorang IBU. Sememangnya K.Nor tumpang simpati pada yg masih tak dpt melahirkan zuriat sendiri. Semoga impian adik2 semua menjadi kenyataan suatu hari nanti.. insyaallah.. amiin.. Dan ada juga yg tuhan bg peluang utk menjadi IBU tp mensia2kannya. Anak adalah harta/anugerah yg paling berharga. Anak juga adalah pintu rezeki bg kedua ibubapa. Betapa ramainya hari ni (bukan hari ni aje, dr dulu2 lagi) mensia2kan peluang membesarkan anak dgn memberi/menyerahkan pada org lain utk dibela. Ada yang sanggup menggugurkan kandungan, ada yg membuang anak di dlm tong sampah, sumbat dlm lubang tandas malah dah ada yang sanggup membakar anak kandung sendiri. Apalah malangnya nasib anak yg tak berdosa tu.. sedih sungguh tengok semua tu.. Patutkah dipersalahkan anak2 bila dia org dah besar nanti, tak dpt menerima sepenuhnya ibu atau bapa yg dah mensia2kan hidup dia org masa kecik. Tapi yg ramainya ibu bapa yg hanya pandai mengungkit.. ermmm...entah la...

Ish... dah panjang mukaddimah hari ni.. Kita balik pd topic n3 hari ni ya... :) Hari ni adalah ulangtahun kelahiran anak sulung K.Nor, Mohd Shukri bin Tolahah @ Along. Dilahirkan di Hospital Besar K.Trg pd pukul 10.45 mlm setelah seharian menahan sakit bersalin. Atas sebab2 tertentu yg tak dapat diceritakan kat sini, nama Mohd Shukri dipilih oleh ayah K.Nor atas tanda kesyukuran kerana Along telah selamat dilahirkan. Panjang sangat kalau nk diceritakan kisah2 tu... :) ina@hana jer yg meneka dgn tepat pagi td.. lepas tu diikuti dgn zila.. tahniah2.. so taja sendiri ya percutian anda berdua.. dgn segala kosnya sendiri tanggung ya... ^____^


Ini lah Along yg sememangnya anak yg comel, bila ada yg menegur mesti duk ingat anak omputih. Dilahirkan dgn kulit yg putih melepak membuatkan org menyangka dia gitu. ermmm... dah omak dan ayah nya kulit putih kan... mesti la turun kat anak hehe..



Dah besar pun masih lagi putih tu.. tambah lagi dah masuk tahun ke3 tinggal di Jordan. Matahari tak membakar seperti di Malaysia kan.. Gambar ni dirakamkan kat KLIA masa Along nak mula2 nak berangkat ke Jordan dulu. Sekejap jer waktu berlalu dah nak masuk 3 tahun dia berada di Jordan.




Semoga Allah panjangkan usia Along dan usia kita sekeluarga agar dpt kita berjumpa lagi. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan keatas Along. Semoga Along menjadi hambaNYA yg beriman dan bertaqwa serta beramal soleh.. mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Di samping menjadi abang yg terbaik dan penyayang buat adik2. Mudah2an Along di bawah perlindungan Allah setiap masa dan di mana saja Along berada.. Kasih sayang mak sentiasa buat Along..

Selamat Hari Lahir ya Bunayya...


oppss lupa.. hadiah on the way ya.. tunggu mat nor sampai :)