f Secubit Garam: Usia Meningkat Lagi... Alhamdulillah...

Thursday, February 25, 2010

Usia Meningkat Lagi... Alhamdulillah...


Alhamdulillah... syukur dipanjatkan pada Ilahi dgn limpah kurnianya masih diberi peluang utk menyedut udara dgn penuh nikmat dan rahmat di pagi ni. Syukur juga kerana diberi peluang utk meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri kepada seorang suami yg penyayang dan memahami serta ibu kepada 4 org cahayamata yg terbaik. Semoga kehidupan kita sekeluarga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.. amiin...

Andai kata dpt memeluk, dapat mencium insan yg melahirkan kita ke bumi ini pada hari ulang tahun kelahiran tanda berterima kasih kerana telah mengandung, melahirkan dan membesarkan kita.. itu adalah sesuatu hadiah yg tak ternilai rasanya. Namum semua hanya impian yg tak kesampaian buat K.Nor. Ditinggalkan oleh ibu yg melahirkan seawal umur K.Nor 6 tahun, membuatkan hati ni sangat merinduinya. Hanya tuhan yg maha mengetahui.. Berbahagialah pada teman2 yg masih mempunyai ibu utk dipeluk dan dicium... Semoga Allah melimpahkan rahmat dan menempatkan roh mak dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.. Semoga kita berjumpa di alam akhirat nanti di syurga yg indah.. amiin...

Di kesempatan ini juga nak mengucapkan Happy Birthday buat Yani MyR dan Fiza Myr kerana birthday kita org jatuh pada tarikh yg sama (25 Feb). Semoga dipanjangkan usia dan dilimpahkan rezeki dan rahmat serta keberkatan atas usia kita semua ya.... Semoga dpt kita sambut lagi birthday kita di tahun2 akan datang..

Ada yg bertanya berapa usia K.Nor? Tak yah rahsia2 ya.. dah tua dah.. dah 43 pun... Alhamdulillah... takut apa pd usia yg tua.. Setiap yg baru akan jd lama, setiap yg muda akan menjadi tua. Terima lah seadanya dan sentiasa panjatkan kesyukuran pada Allah. Sesungguhnya DIA amat suka hamba2 yg sentiasa bersyukur pada NYA..

K.Nor sgt2 happy tahun ni, di samping famili terdekat yg mengucapkan happy birthday seawal 2 hari lepas (dr Naim, sbb dr smlm dia ada kat camp, so tak leh nk wish) K.Nor juga mendapat ucapan dr teman2 alam maya. Bertalu2 ucapan yg diterima kat FB, sms dan juga kat rumah ni.. Terima kasih K.Nor ucapkan buat semua ya......... luv u all ...mmmmmmmmmuah!


Nak tayang kat sini la ya.. pemberian adik2 serta teman alam cyber tersayang ni.. kena amik org yg org bagi dan kena la tayang kat sini utk dijadikan kenangan di kemudian hari.. kan.. Mekacih buat semua yg baik hati ni.. dgn doa2 dan ucapan serta hadiah2 ni.. Semua ni telah pasti menceriakan K.Nor sepanjang hari.. Mekasih.... ^___^



Yg ni dr Ummi Kuantan.. kena letak atas sekali sbb seawal pkl 6.30pg td Ummi sms suruh amik kat rumah dia.. tp disebabkan atas kesilapan teknikal kat mana ntah, mmg tak keluar langsung n3 Ummi ni. Hinggakan K.Nor keluar rumah atas sedikit urusan td dlm pkl 11.00 lebih pun masih tak keluar. Sampai Ummi sms, majuk dah tu sbb tak amik hadiah dia.. hihihi.. alalalal.. cayang Ummi bukan tak nak amik ya.. dah 3 - 4 kali masuk rumah Ummi mmg tak nampak pun n3 ni td.. Apapun mekacih ya... cayang dia..

Ni ucapan Ummi : SELAMAT HARI LAHIR, SELAMAT HARI LAHIR, SELAMAT HARI LAHIR BUAT NOR, SELAMAT HARI LAHIIIIIRRR...(bkn hari jadi kan, hari lahir la kan..) Nor, Semoga panjang umur, dilimpahkan rahmat dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat...Moga diberiNya rezeki yang melimpah ruah dan sihat walafiat hendaknya...berbahgia selalu hendaknya di samping suami dan anak2 serta keluarga tersayang...Nor, hanya ucapan ini yang mampu Ummi berikan, kalau duk dekat dah lama laga pipi..mmmuuuaaahhhh!!


Ucapan dr HaSue: Selamat hari lahir buat Kak Nor..semoga di usia terbaru ni akak mendapat yang terbaik dari segala yang terbaik yang akak harapkan...
Juga semoga rezeki akak semakin mencurah2 kerana sudi berkongsi ilmu masakan dan pelbagai ilmu zahir batin dengan kitorang adik2 yg chumel2 dan masih mentah ini..heeee.. :P
Semoga semakin banyak ilmu bakal akak kongsikan lagi dan lagii dan semoga ceria2 laaa selalu yer kakk..muahhhhhhhhhhhs!!!

Yg ni juga dari HaSue.. ermm.. pandai sungguh dia pilih ya... :)




Ucapan dr Azie: Dr jauh A doakan agar kakak2 ku ini pjg umur...murah rezekinya selalu...apa yg diidamkan akan jd kenyataan..Insyaallah yg paling penting mereka bahagia ngan family mereka Amin...Amin..Amin.

Azie, satu hadiah mana cukup nk bg 3 org!! hihi

Yg tiga kat atas ni dr Azie.. mekacih ya Azie.. muuuuuuuuah



Ucapan dr Ina@Hana : Moga terus dpanjangkan umur, murah rezeki dan bahagia disamping suami dan anak2

waduhh ina.. cantik sih kek nyer.. ghajen ya malam2 buta wat kek, darwish tak kacau ke :)
mekacihhhhh... sayang dia..
Sue, kita potong kek ni ya makan ramai2 hehe

Ni dari K.Sue (Sueozana) :
Happy Birthday Nor...!
Semoga Diberkati Allah Di Dunia & Akhirat...

Salam Kasih Sayang Dari Kak Sue

Kata2 dr K.Sue kat blog buat Nor terharu sgt..
mekasih.. yg baik2 tu dr Allah Taala jua...



atie doakn k.nor panjang umur..murah rezeki...semoga jadi isteri yg solehah...bahgia ngan kehidupan brsama keluarga trsayang & sentiasa diberkati oleh ALLAH..Amin.

Cantiknya roses kuning merah ni Atie... tq so much!


seperti org lain, zura juga mendoakan kesejahteraan, kemakmuran, kesihatan dan segala keeeee lah.. ekeke.. semoga segala impian kak nor tercapai..

Kek pemberian Azura Rahman..
Mekasih ya Zura, semoga impian Zura juga tercapai.. aniin..
.. cantik kek.. yg real tadak ke? ciskek pun tak per hihi