f Secubit Garam: 2 hari di Kuala Lumpur

Tuesday, March 30, 2010

2 hari di Kuala Lumpur

Ini la hotel penginapan utk satu malam semasa K.Nor berada di KL pd 28 dan 29 Mac baru2 ni, Hotel Putra KL. Bertolak dr K.Trg pd pkl 11 pg dan sampai aje kat KL terus aje check in kat hotel ni lebih kurang pukul 5.30ptg. Rehat kejap ingatkan lepas solat Maghrib nak la keluar g makan2 dan jalan2 tp tak dpt sbb hujan turun dgn lebatnya mlm tu. Dengan kilat duk sambar menyambar lagi. Jadi K.Nor, cik abg dan Luqman langsung tak kemana2.


Dah tak boleh nak bergerak kemana2 tu, lepak2 sambil tengok tv dan sambil tu snap pemandangan dr tingkap bilik hotel. Ni la hasil dr kemera tecik K.Nor. Cik abg tak bawak satu pun senapang dia kali ni kerana misi ke KL ni tak mengizinkan dia bawak satu pun. Masa gambar ni diambil hujan baru jer renyai2 tak lama lepas tu ermm.. lebat sgt2.

Awal2 pagi esok tu lepas aje kita org sarapan terus menuju ke seberang jalan tempat K.Nor bermalam.. Nak tau apa?....


Ni lah dia tempat yg utama yg dituju.. IJN.. semua tau kan kalau ke tempat ni tak lain tak bukan berkait dgn masalah penyakit jantung.

Sebenarnya suami K.Nor dirujuk ke IJN oleh doktor kat hospital K.Trg kerana mengalami masalah berkaitan jantungnya. Sebab tu la yg K.Nor duk ulang alik jer ke spital sejak 2 minggu lepas. Semuanya bermula bila dia merasa mengah dan stuck kat area dada dan tak leh bernafas dgn elok. Sakit tu tak menyerang secara kerap cuma sesekali jer. Kadang tu masa gosok gigi, kadang tu masa berwuduk. Tak lama cuma dlm 2 - 3 minit pastu dia kena rilek kejap pastu ok balik. Semuanya bermula dlm masa sebulan jer ni. 2 minggu lepas bila diserang sekali lagi rasa camtu dia call anak sdara dia kat spital K.Trg yg jadi doctor kat MOPD (anak sdara hb K.Nor ni adalah anak sdara suami Ros jintan manis gak... hehe..) So dia suruh hb K.Nor dtg check kat spital dan dia yg handle kes hb K.Nor ni. Dah buat ECG dan ECHO serta amik darah pada hari yg sama tp semua normal. Minggu berikut tu g la buat stress test. Baru aje buat excersice kat treadmill tu dah mengah dan rasa sakit tu datang menyerang. Start dr situ la doc dpt detact ada saluran tersumbat pd saluran darah di bahagian luar jantung hb K.Nor.

Doctor terus call IJN dan buat appointment utk checking dan dpt tarikh 29 Mac. Tu yg pada hari Khamis 25hb K.Nor dan cik abg duk seharian kat spital K.Trg utk uruskan macam2 hal sebelum ke IJN.

Smlm masa checking tu doktor kat IJN mengesahkan la yg saluran darah ke jantung hb K.Nor perlu dibuat angiogram. Proses ni utk mengenal pasti kat mana saluran yg tersumbat dan berapa saluran yg tersumbat. ermmm bila sebut saluran2 ni cam nak mengundi lak ya.. hehe.. Lepas tu nanti baru la prosidur seterusnya diambil samada saluran tersumbat tu boleh diubati dgn kaedah makan ubat aje ke, balloon ke atau bypass (nauzubillah.. )

Doktor pun dah set date utk prosidur angiogram ni pada 13 Apr dan kena admit ward pd 12 Apr. Kalau tak ada apa2 hal selepas tu insyaallah dah boleh balik pada 14 Apr.. mudah2an.. aminnn..

Itu la la kisah disebalik perjalanan 2 hari ke KL smlm. Setelah penat berada di IJN bermula pukul 8 pg dan settle semua pukul 12.00tgh.. check out pukul 12.30 terus pandu pulang ke K.Trg.. driving pun cam lumba lari berganti2 jer dgn dia hehe..

Doa2kan lah ya semoga semuanya berjalan dgn lancar dan dipermudahkan oleh Allah hendaknya.. amiin...