f Secubit Garam: Apam Mentega

Thursday, March 11, 2010

Apam Mentega


Org meng'apam' kita nak meng'apam' gak. Tapi disebabkan dah tau mmg tak kan merekah or kembang bertaman2 baik tak yah la nak gatal cuba yg jenis kembang mekar tu. Baik buat yg gerenti tak merekah, Apam Mentega ni. Resipi oleh Fiza MyR. Apam yg lembut, gebus, manis yg sedang elok dan sedapppp yg pastinya. Mokwo ooo Mokwo, meh la cuba resipi apam ni. Mokwo kan tokey apam ke tak nak main dgn apam dah sejak dah jadi tokey roti nih.. :)




Ok Pia, mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini pulak. Senang sket kalau MyR tiba2 demam hehe.. ampun ya Yani :)





APAM MENTEGA by KakFiza MyR
  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.