
Ok layan menu ayam dr Dayang Jack ni. Sedap!! Wangi jer bila digoreng. Pada sesiapa yg ada stok taucu dlm esbok tu, sila la buat. Tapi kalau taucu tu jenis yg biji2, tumbuk lumat dulu ya. Apa pun kredit buat Dayang yg sentiasa menghasilkan resipi2 yg sedap2 belaka. Mintak izin ya Dayang, K.Nor nak share lak resipi tu kat sini. TQ
AYAM GORENG TAUCU by Dayang Jack
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 8 ketul ayam
- 2 sudu besar taucu
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 2 sk serbuk paprika - optional
- 2-3 sudu besar gula ~ k.nor letak 1 sd besar jer
- 50 ml air asam jawa / jus limau kasturi
Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman. Kemudian bolehlah digoreng hingga masak. ***ayam ini boleh juga dibakar jika suka.