Wednesday, March 24, 2010

Banana Pancake

Banana Pancake.. ada yg terliur tak? Dengan lelehan choc tu.. walla!! best sgt. Resipi Banana Pancake ni masih lagi menggunakan resipi pancake Hajar yg sedap tu tp K.Nor tambah sebiji pisang masa blend bahan2 tersebut. Kat sini K.Nor letak sukatan bagi satu adunan bg Banana Pancake ni ya.. Kalau nak banyak buat la 2 adunan pastu double jer volume dia..


BANANA PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
hasil olahan dari resipi Pancake by Hajar

3 sudu besar butter ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil gula castor
1 cawan susu segar
1bj pisang ~ yg dah masak ranum
1 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam

Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.

** bila dimasukkan pisang dlm adunan pancake utk menghasilkan Banana Pancake, K.Nor kurangkan sedikit sukatan gula. Kerana pisang dah sedia manis kan.. Tapi terpulang la pada citarasa masing2 ok..