f Secubit Garam: Honey Prawns

Friday, March 19, 2010

Honey Prawns



Jom makan Honey Prawns.. resipi mabeles dr Dayang Jack yg terror mencipta pelbagai resipi lauk pauk dan jugak kek.




Dayang, mintak izin sekali lg nak tayang resipi tu kat sini ya.. Mekacih.. :)


HONEY PRAWNS by Dayang Jack

bahan-bahan :
400 gm udang basah
(diperap bersama serbuk kunyit, garam dan
1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit.
Kemudian digoreng sehingga garing)
~~~~~~~~~~~~
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili

1 sudu makan jus lemon
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara :
Kisar bahan2 bertanda *.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
Tumis bahan2 kisar hingga garing.
Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit.
Kemudian masukkan cili api.
Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar.
Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.