f Secubit Garam: Nasi Daging

Friday, March 5, 2010

Nasi Daging

Salam di hari Jumaat yg mulia.. Hari ni menu lunch spesel sket. Sket jer ya.. Kalau nasi beriani baru la spesel lebih sket sbb nak buat tu remeh banyak kan tapi hasilnya berbaloi2.. Nasi daging ni kali ke2 K.Nor buat. Masih menggunakan resipi Nasi Daging oleh Rinnchan dan ada penambahan lauk iaitu Dalca Sayur. Selain tu pada air asam tu K.Nor buat eskperimen sket dgn menambah hirisan daun ketumbar dan sedikit sos ikan. Ermmm makin enak sih...

## Kpd Shaz89, saya rekomenkan nasi daging ni kalau rasa nak buat nasi beriani karam tu cerewet. Tapi walaupun ceweret, Nasi Beriani Karam mmg sedap. Namun rasanya Nasi Daging ni pun cukup sedap apatah lagi kalau dimakan beramai2. Penyediaannya tak la secerewet nasi beriani. Apapun terpulang pd Shaz la nak buat yg mana satu ya..

Pada Rinn, mintak izin ya nak paste sekali lagi resipi tu kat sini. Mekasih..


NASI DAGING by Rinnchan

Bahan-bahan:
3 pot beras (pot=tin susu pekat...)
1/2 cwn tomato puree cair
1 cawan susu cair

Bahan-bahan utk stok daging :
500gm daging
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar rempah kurma
i camca teh lada putih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut

* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.

Bahan-bahan tumis :
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis

Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
3. Masukkan beras dan kacau seketika.
4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.

* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.

Cara hidangan :
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Rinn potong daging siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air asam.


Dalca Sayur


Air asam


Air asam :

Perahan air asam jawa
Bawang besar hiris
Buah tomato segar, dipotong kecil-kecil
Hirisan cili merah atau cili hijau
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis/kasturi

Yg ni K.Nor tambah:
hirisan daun ketumbar
1 sudu besar sos ikan



Dah siap hidang, siap dgn ais lemonade tu.. Jom makan...