Friday, March 26, 2010

ooohh yeahhhh... :)

Sesekali ku rasa teringiiiiiiin............ heheh.. teringin nak mengapam cam org lain.. mekar berjambak2.. Tapi fobia sungguh nak mengapam nih.. Masam jer.. langsung tak mau senyum. Tu yg frust sokmo kalau nak buat apam. Tapi dah tak tertahan gak rasanya.. teringin betul nak try mengapam.. kut2 mana tau... merekah berjambak2.. kan..

Nekad gak ptg td dgn projek ni. Harap sgt2 tak masam mencuka.. Tapi tak guna resipi apam sebaliknya cuba dgn resipi bahulu K.Fida ni yg baru gak lagi dia post kat MyR.

Fobia tetap fobia tp tamak tetap ada hehe.. sbb tengok sukatan tepung tu cam sikit jer. Rasa cam dpt sikit tu yg di doublekan adunan. Ada la skit yg diedit iaitu sukatan gula. Rasa cam banyak jer gula yg digunakan. Skrg ni tak leh dah nak main dgn makanan yg manis2 kena hadkan penggunaan gula dlm masakan dan makanan apa2. Selama ni pun K.Nor sekeluarga mmg tak suka yg manis2 sgt sekadar sederhana jer. Tambahan lak kesihatan cik abg tak berapa elok skrg ni.

Ok berbalik pd kuih ni, bila dah buka penutup kukusan.. Hanya ucapan Alhamdulillah yg terkeluar.. Syukur sgt2.. ni la pertama kali buat kuih yg merekah semekar2 nya. berjambak2 lak tu... hehe.. Seronok sgt tp tak la sampai meloncat2 kat dapur ... Satu permulaan untuk mencuba lebih banyak lg resipi apam.. insyaallah...

Try la resipi Bahulu Batik ni.. mmg sedap.. lembut jer.. Puas hati betul bila makan.. sedap!!!


K.Fida mintak izin ya nk letak resipi tu kat sini..



Bahulu Batik Mekar Kukus by K.Fida MyR
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 g gula halus
  • 1/2 sk penuh ovallete
  • 4 1/4 sb susu cair
  • 1 biji telur - A
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
  1. Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  2. Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
  3. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
  4. Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
  5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
  6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Sapa2 nak tengok step by step sila klik link kat nama K.Fida tu ya..



#peringatan utk K.Nor dikemudian hari :
1. utk dua adunan, sukatan gula cuma 190gm
2. disebabkan adunan nampak agak pekat K.Nor tambah 60ml minyak sayuran dlm adunan (bukan kata salah resipi tp berkemungkinan besar telur yg K.Nor guna dah lama sket kut)
3. letak adunan 3/4 penuh cup aje.



Haaa... yg ni versi letak adunan 1/2 penuh jer dlm cup tu.. tu yg tak membuak2. Yg dlm gambar kat atas tu K.Nor letak hampir2 penuh. Rasanya lain kali kena letak 3/4 penuh jer baru cantik sket.