Tak ada N3 masak2 yg boleh ditayangkan, jadi K.Nor tayang aje la ya kisah2 semasa K.Nor dan suami berhoneymoon kat IJN. Kalau ikut perancangan awal ingatkan setakat bermalam kat IJN dlm 3 malam jer tp perancangan Allah melangkaui apa yg kita org rancangkan. Langsung tak terfikir yg suami K.Nor perlu menjalani opperation, duk target awal2 tu setakat buat balloon jer selepas proses Angiogram tu. Semua berlaku terlalu pantas dan secara tiba2 jer tapi syukur dipanjatkan pada Allah kerana semuanya dipermudahkan dan berjalan dgn lancar. Berkat doa2 yg dipanjatkan oleh teman2, adik2 serta kaum keluarga semua.. Alhamdulillah.. Mekasih ya... K.Nor terhutang budi dgn semua hanya Allah jua yg mampu membalasnya...
Ok tak nak buang masa dgn cerita yg meleret2... K.Nor catatkan dgn cara yg mudah dibaca utk tatapan mana2 yg ingin tau apa yg berlaku. Kalau tak nak baca tak per, tak ada paksaan pun. Lagipun boleh dijadikan kenangan buat anak2 K.Nor di kemudian hari...
12 April :
- Admit wad Mawar, Tingkat 2 IJN lebih kurang pkl 3.15 ptg.
- Cik abg ditempatkan di bed 7, pastu nurse dtg memberikan sedikit penerangan suasana berada di wad Mawar.
- Pastu dimasukkan drip kat pergelangan tangan.
Kemana saja pergi, buku ttg fotografi/kamera tak ditinggalkan... :)
14 April:
bersambung......
Dahhh.. nak g sidai kain, nak g pasar tani lak.. daaaaaaaaa... hehe
- Petang tu ramai kawan2 foto cik abg dtg menziarah.. lupa pulak nk snap gambar ..
- Pukul 12tgh malam mula berpuasa
- Pukul 5 pg dah mandi spt yg diarahkan oleh nurse.
- Lepas tu cik abg solat hajat dan menunggu masuk waktu subuh.
- Lepas solat, sambil duk sembang2, K.Nor terima sms dr anakanda kat Jordan yg mengutuskan doa2 buat ayahanda tersayang... alhamdulillah.. lega hati ayahanda baca sms tu.. :)
- Tukar pakaian yg perlu dipakai iaitu baju, topi bedah dan cawat khas.. hehe
- Hampir pukul 7 pg nurse dtg dan nak bawak cik abg ke lab utk dilakukan angiogram.. tp sebelum tu snap dulu kejap utk dijadikan kenangan.. :)
- Pada pukul 8.10 pg cik abg dibawa keluar kembali ke bed 7 wad Mawar.
- Pesakit yg menjalani Angiogram tak dibenarkan bergerak selama 6jam. Takut kang darah tersembur keluar.
- Nak makan ke, nak 'membuang' ke, semua kena sambil baring.
- Opss lupa nak beritau, angiogram yg dilakukan tu kat pangkal peha tapi ada gak patient lain yg dilakukan kat pergelangan tangan.
- Memang agak sukar nak bergerak bila plaster kat peha tu tak dibuang dengan kaedah tekanan yg dilakukan masa nak letak plaster tu.
- Sampai biru/hitam lebam kesan kat peha tu. Skrg ni pun masih ada lagi kesan lebam2 tu.
- Lepas buat angiogram tu, Doc Azlan cakap, tak boleh teruskan dgn proses balloon disebabkan saluran darah dah terlalu sempit.
- Kut mana2 pun perlu dilakukan bypass.
- Dia kata tunggu dia discuss dgn doc bedah utk tentukan tarikh.
- Terkedu K.Nor bila terima berita tu hanya Allah juga yg tau. Sedih, bimbang dan mcm2 lagi.. :(
14 April:
- Tak perasan lak pukul berapa masa tu Mr Khin dtg (pakar bedah dr Myammar.. Alhamdulillah dia ni Islam.. mulutnya tak lekang dgn salam, insyaallah, masyaallah dan lain2 bila bercakap dgn kita org) dan explain yg cik abg mmg perlu dilakukan bypass.
- Mengikut apa yg Doc Azlan catatkan kat rekod cik abg, kes tu urgent.
- So kata Mr Khin, within days or week perlu dijalankan bypass tp kena tunggu dia discuss dgn bos dia dulu (pakar bedah Mr Jeswant Singh.. juga muslim alhamdulillah, yg melakukan pembedahan keatas suami K.Nor semuanya Islam.. )
- Petang tu masa K.Nor duk lepak2 kat ward, cik abg masa tu duk sembang2 dgn kawan2nya kat cafe.. nurse dtg beritau, pembedahan bypass akan dijalankan pagi esok!! huhu..
- Terus K.Nor ke cafe dan beritau suami hal ni.
- Lepas tu kita org ke tempat pendaftaran utk uruskan bayaran utk pembedahan tu..
- Malam tu pkl 12 tgh malam sekali lg cik abg kena puasa dan pembedahan dijadualkan pd pukul 8pg.
bersambung......
Dahhh.. nak g sidai kain, nak g pasar tani lak.. daaaaaaaaa... hehe