Saturday, April 10, 2010

Daging Goreng Sos Tiram

Hari ni cik abg tak ada kat rumah, so tukang masak amik kesempatan masak lauk daging. Lamanya tak masak daging sejak tau dia tak sihat nih.. huhu.. daging adalah menu kegemaran K.Nor disamping menu seafood.. Nak buat camna, kesian gak kat dia kalau dah K.Nor masak kang dia duk pandang2 jer nak makan sama. Kebetulan dia tak ada ni boleh la K.Nor masak daging kan.. Sebenarnya cik abg duk sibuk handle bengkel foto kat Taman Tamadun Islam, hari ni dan jugak esok. Alhamdulillah.. bengkel fotonya mendapat sambutan yg sangat menggalakkan, sampai terpaksa dibuat satu lagi bengkel (siri ke2) pada 24 - 25 April ni. Kalau nak tengok persiapan terakhir bengkel foto cik abg K.Nor ni boleh la tengok kat sini ya.. Kalau ikutkan hati nak gak join tp kamera spare dah terbang ke Jordan.. huhu... lagipun kesian lak anak2, nk pergi/balik tuisyen, nak pergi/balik sekolah esok..Dan takkan nk biarkan 2 beradik ni duk kat rumah jer kan.. tak sampai hati lak nak tinggal gitu jer. Lagi pun hari start hari Isnin nak kena tinggal lagi utk 3 atau 4 hari.. ermmm.. dah panjang citer tang ke lain nih.. meh balik ke pangkal jalan.. hihihii...

Ok ... berbalik pd resipi ni, bila cik abg tak ada kat rumah.. kelam kabut ler tukang masak. Mana nk hantar anak tuisyen, balik singgah pasar. Pastu kemas2 rumah kejap, keluar lg g amik si anak dara ni. Singgah lak kat Giant cari barang dapur sket. Sampai rumah jer terus masak, kang tak sempat lak anak bongsu makan sebelum g tuisyen. Pastu keluar lg g hantar Luqman tuisyen.. ni nak kena keluar lg amik dia balik.. hu hu hu.. satu hari yg memenatkan.. Esok satu hari lagi.. sabar aje la kan.. Bila nak cepat ni mula la masak cincai2 jer. Tu yg terhasilnya menu Daging Goreng Sos Tiram ni. Dari tadi tak tau nk bg nama apa.. alih2 bagi jer la nama tu.. Sedap sbb ada rasa pedas2.. i like!! .. hehe


Jom tengok resipi hasil dr adegan campak2 yg express ni..


DAGING GORENG SOS TIRAM

400gm daging btg pinang
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh digantikan dgn serbuk cili/cili mesin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar perahan limau nipis
7 bj cili padi ~ dipotong
1 bj bawang besar ~ dihiris bulat
minyak
garam/gula jika perlu

Hiris daging nipis2 melawan urat dan toskan.
Gaul daging dgn sos tiram, sos ikan, kicap manis, serbuk cili kasar dan serbuk kunyit.
Perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan daging.
Goreng daging dgn api sederhana hingga keluar air daging.
Kacau2 dan masukkan cili api dan bawang besar.
Rasa sedikit dan jika perlu baru dimasukkan garam dan gula (k.nor dh tak letak sbb dah ada rasa masin dr sos tiram dan sos ikan.. serta manis dari kicap. tp terpulang la pada citarasa masing2 ya..)
Bila hampir kering, padamkan api dan masukkan perahan limau nipis.
Kacau2 sekejap dan boleh lah dihidangkan.