
Untung sebenarnya beli dragon fruit ni. Beli 3 bj, dpt menghasilkan dessert dan minuman yg pelbagai. Sebiji dah dibuat jelly, sebiji lg buat eskrim dan yg last dpt buat satu jag jus dragon fruit. Berbaloi2... :)

Meh tengok resipi bg sesiapa yg berminat ...
JUS DRAGON FRUIT
1 bj dragonfruit 1 gelas air
1 gelas air soda
1 kotak kecik susu fresh (250ml) ~ k.nor guna lowfat milk
4 @ 5 sudu besar gula
ais secukupnya
Blendkan kesemua bahan kecuali ais.
Tuangkan kedalam gelas yg diisikan ais dan sedia utk diminum.
** Boleh gak kalau blend sekali dgn ais, nanti jadi la smoothie.. sedap gak tuh...