Monday, May 31, 2010

Moist Roast Chicken

Moist Roast Chicken, resipi asal dr Tulip aka Fiza. Dia buat utk dimakan dgn nasi ayam tp K.Nor tak buat pun nasi ayam, cuma makan dgn nasi putih jer. Cuma K.Nor buat gak sos kicap (dr resipi Nasi Ayam Ipoh by Quinnie). Resipi K.Nor amik kat rumah AlongRoz. Dah berjauh berjalan resipi ni, dr Dublin ke Miri, pastu ke Jepun, Siam.. pastu mana ek? Tak pasti la pulak.. Al maklum la.. skrg ni masa terhad, tak boleh nak merempit ke blog2 cam dulu.. Apa pun mintak izin dr Fiza nak C&P resipi ni kat sini. Dan mekacih jugak buat Along, sbb K.Nor copy kat rumah dia.. hehe..




MOIST ROAST CHICKEN by Tulip MyR
sumber Alongroz

INGREDIENTS:
1/2 Chicken - cut into 6-8 pieces
4 cloves Garlic*
1" Ginger*
1 tbsp Coriander Seeds*
1 tbsp Fennel Seeds* (* blended)
1 tbsp Sweet Soy Sauce
1 tbsp Honey
2 tbs Oyster Sauce
2 tbsp Chili Sauce
1 tbsp Tomato Sauce
4 tbsp Water
Butter

METHOD:
1. Mix all of them.
Marinate for 30 min.
2. Place in a baking dish.
Place some butter on top.
3. Bake 190C for 60 min.
4. Top with brown sauce & serve with Chicken Rice or plain rice.

Saturday, May 29, 2010

Musim Laici Kembali Lagi..

Jom makan laici.. mmg manis dan juicy laici ni. Penjual buah tu cakap nama dia Laici King disebabkan saiz dia yg agak besar. Happy sungguh Luqman bila tengok K.Nor beli laici ni. Memang dia suka sgt dgn buah laici tak kira la yg dlm tin atau yg fresh gini.

K.Nor amik beberapa biji laici tu utk buat smuti. Panas2 gini bila pekena smuti best kan. Pernah tengok Love publish resipi smuti tp dek rasa malas nak mencari resipi tu K.Nor godek jer sesedap rasa. Alhamdulillah.. terhasil la Lychee Smoothie My Style hehe


Jemput minum...


LYCHEE SMOOTHIE My Style

7 bj laici ~ ambil isinya aje
250ml susu rendah lemak
3 sudu besar gula ~ secukup rasa
1 gelas ketulan ais


Blend kesemua bahan.
Tuangkan ke dalam gelas dan sedia utk di sluurrrp!! ^___^

Award yg tertangguh..

circle-of-friends-awardsunshine award2
Aduhai Love dear... mintak ampun.. mintak maaf sgt2.. K.Nor terlupa sungguh nak amik award dr Love ni. Lagi pun skrg ni masa utk nak blogwalking pun dah berkurangan. Penat ke hulu ke hilir tu tak yah cakap la.. cuma body jer maintain tak bergerak jarum timbangan ke kiri.. huhu.. degil betul cik meta ni..

TQ my dear Love, K.Nor amik yg dua ni jer ya.. Kalau ikutkan nak amik yg supermom tu tp rasanya tak sampai lg taraf utk jd supermom. Jadi ibu yg biasa2 jer nih... Tq again Love.. mmmmmmmuah..

RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO

Akhirnya.... dpt jugak buat kek Sheila Mambo ni. Dah ramai yg buat kan.. tak per.. tak per.. biar lambat asal buat jugak.. hehe.. Perjalanan resipi kek ni dah jauh kan, dr satu blog ke satu blog. K.Nor amik resipi ni kat rumah Mek Siam. Dah lama plan nak buat tp maklum la skrg ni bz like a bee tu gak.. Tapi dah simpat niat nak buat gak pd 28 Mei (smlm), kut mana2 pun mmg kena buat.

Sebenarnya K.Nor buat ni nak menunaikan hajat sister K.Nor yg kat Puchong tu. Masa duk sembang2 dgn dia aritu (lepas keluar dr IJN) dia ada cakap teringin nak makan kek butter. Nak buat malas katanya. K.Nor pun plan la, nak buatkan utk sister ni. Lagi pun pd 23 Mei baru2 ni harijadi dia yg ke 51. Mulanya K.Nor berhajat nak buatkan kek ni dan berikan pd sister ni masa gi follow up kat IJN last week. Tp disebabkan tak jadi tidur rumah dia masa tu, K.Nor tukar plan buatkan utk dia bila dia balik ke K.Trg hari Rabu baru2 ni. Dia dan anak dara bongsu dia balik kat K.Trg dan sempat tidur 2 malam kat rumah K.Nor. Pagi td dah hantar dia org ke airport utk balik ke KL. Sempat la K.Nor godek kek yg sedap ni.

Alhamdulillah.. mmg sedap, mmg puas hati makan kek ni. Kalau nak tau K.Nor buat 3 adunan sekali gus. Yer la takkan nak buatkan utk dia jer kan, mesti nak rasa gak. Sedang elok jer kek nak masak petang smlm adik K.Nor yg kat K.Berang tu dtg bersama suami dan anak dia utk hantar balik sister K.Nor ke rumah K.Nor. Anak sdara dah siap bising2, sedapnyer bau kek! Bila masak jer, biarkan sekejap dan terus jer potong yg sebiji tu. Yang sebiji lagi asingkan utk sister K.Nor bawak balik ke Puchong. Apa lagi bila dpt makan kek panas2 kejap jer la licin. Tp sebelum tu sempat simpan sket utk posing. Tu pun posing kat dapur jer.. segan wehh nak posing dpn2 org.. hehe Snap pun dgn kamera tecik, gambar pun blurr semacam jer.. Tak per la, asal ada gambar dah la kan..



Kepada tuan asal resipi mintak izin ya nak C&P resipi tu kat sini pulak. Insyaallah akan ada proses buat lagi dan lagi kek ni. Mekacih jugak Ijah, sbb akak amik resipi tu kat rumah Ijah ya.. :)




RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO
sumber dr rumah Ika

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor>>cuma 115g jer
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]>>yg ni pun kita guna fresh milk
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.
Nota :- Saya cairkan coklat guna kaedah mikrowave, sebab tu cepat. Ikut resepi asal ada toppingnya tapi saya tak minat nak bubuh sebab kek ini dengan sendirinya dah cukup sedap. Selamat mencuba!


** utk makluman K.Nor dikemudian hari:
utk 2 adunan
gula ~190gm
tambah 1 sudu kecil ovellate
lebihkan sedikit utk adunan plain

Sebelum proses pembakaran

Thursday, May 27, 2010

Red Bean Cake

Salam di petang Khamis...


Dah makan petang ke belum? Meh makan Red Bean Cake dan pekena dgn teh O.. sedap nih.. Hasil skodeng kat dapur Ayu S'pore yg terror masak tu. Dah la terror masak, raaaaaaaaaajin pulak tu sbb translatekan setiap resipi yg dia publishkan ke BM or BI. Sedap dan lembut tp K.Nor rasa la kalau dpt dikurangkan sket tepung tu laaaaaaagi lembut dan laaaaaaaaaagi sedap :) Apapun terpulang pd selera masing2. Kalau nk letak inti lain pun boleh gak rasanya spt inti jem nenas, blueberry filling ke..



Ayu, mintak izin ya nak tampal resipi tu kat sini pulak.. Macehhh..




Satu lagi resipi yg diambil kat rumah Ayu S'pore. Sekali pandang terus jatuh cintan dgn rupa kek comel tuh.. Kebetulan red bean paste mmg dah ada dlm freezer tu yg terasa sgt nak buat.


RED BEEN CAKE

Sources:- Local Kueh-Joy Of Cooking


Ingredients:-

30 floral baking tins-(30 acuan bunga)

300g red bean paste-(300g pes kacan merah)

7 eggs-(7 biji telur)

300g sugar- I used 210g-(300g gula-saya gunakan 210g aje)

2 tbsp honey-(2 sudu besar madu)

350g plain flour-(350g tepung gandum)

50g corn flour-(50g tepung jagung)

25g ovalette-(25g ovalette)

2 tsp baking powder-(2 sudu kecil baking powder)

90ml water-(90ml air)

1 tsp vanilla essence-( 1 sudu kecil esence vanilla)

100ml oil-(100ml minyak)

50g almond slice-(50g hirisan badam)


Method:-

Grease each baking cup with a little oil and put in 1 tsp red bean paste. Beat eggs, sugar and honey in a mixer for 2 minutes. add plain flour, corn flour, ovalette and baking powder and mix till fuffy. Add water and vanilla essence. mix well then remove from mixer. pour in 100ml oil and mix well by hand. Pour mixture into baking cups. sprinkle some almond slice on top. Bake in oven for 20 minutes at 175C.- (Sapukan minyak kedalam acuan bunga dan letak 1 sudu kecil pes kacang merah didalamnya. Pukul telur, gula dan madu selama 2 minit. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, ovalette dan baking powder dan pukul hingga gebu. Masukkan air dan vanilla esen. Kacau rata then alihkan mangkuk. Tuangkan minyak dan kacau menggunakan tangan. Tuangkan adunan kedalm acuan bunga dan hiaskan dengan hirisan badam. Bakar didalam oven selama 20 minit dengan 175C.)




updated:
Ni acuan floral/bunga yg K.Nor guna. Dibeli kat kedai K.T Steel, Kg, Tanjung, K.Trg. Haa... beritau awal2 senang sbb rasanya mesti ada yg tanya kat mana K.Nor beli tuh.. hehe..

Tuesday, May 25, 2010

Hati Ayam Masak Berempah

Mari mencuba resipi baru, main campak2 jer masa masak ni. Tak tau nak masak apa dgn hati ayam ni tu yg duk campak2 bahan dlm kuali. Memang tak refer mana2 resipi lain utk masak menu ni, kut kang ada yg kata K.Nor ngaku resipi org lain pulak. Tapi kalau ada yg serupa atau lebih kurang tu mungkin secara kebetulan. Idea nak masak ni mmg datang sepontan jer..Tapi hasilnya.. alhamdulillah... sedap kat anak tekak tukang masak.



HATI AYAM MASAK BEREMPAH

6 - 8 ketul hati ayam

Bancuhkan dgn sedikit air panas utk dijadikan pes:
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih


2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap
1 bj bawang besar ~ hiris bulat
1 bj cili merah ~ hiris serong * kalau nak lebih pedas boleh guna cili api
sedikit garam, gula (jika suka)
air
minyak


Masukkan hati ayam, air dan sedikit garam ke dalam periuk dan rebus sekejap. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bahan2 yg dijadikan pes.
Goreng hingga pecah minyak. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air (boleh guna air rebusan hati ayam)
Masukkan daun kari dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan masukkan sos tomato, kicap dan sedikit gula (rasa dulu sebelum masukkan garam sebab dah masukkan garam masa proses merebus hati ayam)
Goreng sekejap dan masukkan lebihan air rebusan hati ayam td.
Masak hingga sedikit pekat dan masukkan hati ayam dan goreng sekejap.
Masukkan cili merah yg dipotong.
Gaul sebati dan bolehlah dihidangkan panas2.


## sos tomato boleh diganti dgn air asam jawa atau perahan limau nipis.

Monday, May 24, 2010

Sotong Oriental

Dah lama tengok menu Sotong Oriental ni kat rumah Ayu S'pore dan resipi asal Ayu amik kat rumah Madiha. Sekarang ni payah sket nak masak lauk2 seafood gini bila ada patient kat rumah ni. Tapi bila g pasar tengok sutun yg segar2, nak tak nak beli gak sket. Cukup la utk sekali masak, lauk utk K.Nor dan Aisyah. K.Nor mmg tak bagi lagi patient makan lauk seafood ni, biar dia betul2 sembuh dulu. Tapi kalau ikutkan pakar diet kat IJN boleh aje bg patient makan, just once a week. Gitu gak kalau lauk daging, lauk santan/lemak atau goreng2. Tapi buat masa ni biar la dulu.. lg pun patient tak kisah sgt. Patient K.Nor ni baik tau.. tak banyak songeh.. hehehe..

Berbalik pd menu hari ni, try la buat.. sedap gak ni tau. Dari duk masak sambal, masak kunyit, masak tomyam, meh kita tukar cara masak sotong lak kali ni..


TQ buat Ayu bg pencetus idea nak masak sotong dan TQ juga buat Madiha kerana share resipi sedap ni.. Mintak izin ya Madiha nak C&P resipi tu kat sini pulak.


SOTONG ORIENTAL
(sumber Madiha)

Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.

Sunday, May 23, 2010

Kembali Bersiaran...

Alhamdulillah.. dapat kembali bersiaran kat rumah alam maya ni setelah 2 hari ke Kuala Lumpur. Semalam penat sgt tu yg terus bg MC kat dapur. Tukang masak sambung cuti lagi sehari. Kan best kalau boleh sambung MC lama2 sket hehe...

K.Nor dan suami bertolak dr K.Trg pd pagi Khamis, bermalam satu malam kat Puchong dan bertolak balik pada Jumaat malam tu jugak. Tak nak la tinggalkan anak2 lama2 kat Tganu ni, kesian rasanya duk kena tinggal jer. Nak bawak bersama pun mmg tak boleh sbb hari ni Luqman dah start peperiksaan pertengahan tahun. Aisyah pulak start exam pd hari Selasa ni. Bila travel ni kan penat, kesian kat dia org nak exam lagi, tu yg tak bawak dia org sekali.

Kali ni K.Nor masih bermalam kat Puchong tp bukan Puchong Putra Perdana (rumah kakak K.Nor) tp kat Puchong Tasik Prima. Ni rumah cousin suami K.Nor. Kebetulan anak sdara K.Nor yg jd driver masa K.Nor kat KL aritu dah start kerja. Jadi kakak K.Nor tak dpt la nak hantar K.Nor ke IJN sbb anak dara dia yg guna kereta tu. Kebetulan cousin suami call dan dia pulak ajak bermalam kat rumah dia. Alhamdulillah.. pelawaan org tak leh nak tolak kan. Memang cousin suami K.Nor (suami isteri) baik sgt2 dgn kita org. Masa suami K.Nor kat IJN aritu 3x dia suami isteri dtg melawat dan hubungan suami K.Nor dgn cousin dia ni mmg rapat dr kecik. Rumah dia org ni cantik dan kat belakang tu tasik. Pemandangan mmg cantik sangat, dgn angin yg bertiup.. fuuh... nyaman.... Siap boleh memancing lg ikan2 kat tasik tu..

Cuaca gelap sket sbb masa tu mmg dah nak hujan.


Angin mmg bertiup kencang masa ni.. nyaman sungguh...


Ok la.. berbalik pd tujuan sebenar K.Nor dan suami ke KL adalah utk follow-up dia kat IJN. Pagi2 lagi lepas cousin suami K.Nor hantar anak2 dia ke sekolah, dia hantar pulak K.Nor dan suami ke IJN. Sampai aje kat sana, kita org breakfast kat cafe dulu. Lepas tu baru la gi klinik pesakit luar utk appointment dgn Mr. Jeswat yg bedah suami K.Nor dulu. Masa nak g cafe tu sempat sms Fmina tp tiada balasan. Memang dah tau dia kerja opis hour masa tu tp saja2 la sms sbb nak ajak dia bf sekali. Masa nak lunch aritu tu pun call lg dia ni tp masih tak berjawab. Tu tanda masih tengah kerja lagi la tu.. Nurse kat IJN ni mmg dedikasi time kerja, memang kerja betul2.. memang rajin. Masa kat wad Mawar dulu nurse2 ni mmg tak reti duk diam, ada jer kerja dia org. Memang tabik la, dah la rajin, baik hati lak tu. Boleh dikatakan staf IJN mmg kebanyakkannya baik dan ramah, Dari doktor, nurse, amah kat wad hingga lah ke sec. guard. Memang puas hati dgn layanan dia org sepanjang kita org berada kat IJN dulu.. alhamdulillah..

Tak per la Mama Mina, tak ada jodoh kita nak jumpa kali ni. Mudah2an kita jumpa lagi di masa akan datang. ermmm.. nanti bulan Ogos appointment abg dgn Mr. Jeswant.. insyaallah jika diizinkan kita jumpa ya... :)

Meh kita tengok apa ole2 yg K.Nor bawak balik dr KL kali ni. Satu plastik besar tau dpt ni. Ada yg dpt lebih banyak lg dari ni.

Haa... ni dia ole2 dr IJN.. ada sapa2 nak? :)


Ni la dia apa yg terkandung dlm plastik tu. Stok ubat2an cik abg utk tempoh 3 bulan. Ada ubat cair darah, cair kolestrol, ubat utk jantung, utk tekanan darah tinggi (2 jenis), ubat utk gastrik (disebabkan pengambilan ubat2 yg banyak) dan lain2 lg tu..

Agak2 berapa kos utk semua ubat ni? Ada yg dapat agak tak? Meh la nak kasi tau.. semua sekali tu berjumlah...................................... $961.20... Mau dekat satu libu tuh... fuh... tak termasuk kos jumpa doc. $50.00 dan jumpa Pakar Diet $35.00. Semua sekali aritu abis $1046.20. Nak buat camna, nak sihat kan.. pejam mata aje la...

Nanti 20 Ogos kena pergi lagi utk 2nd follow-up. Kali ni mmg kena standby duit lebih, tak tau la berapa lak kena nanti. Dah la time tu nanti bulan puasa.. K.Nor dah cuba utk tukar tarikh biar kena lepas raya tp tak boleh la pulak. Terpaksa la redah gak time puasa nanti... Tak tau lagi camna nanti, nak bawak ke. Kalau ditinggalkan lagi la kesian..

Ok la.. tu aje utk kali ni... jumpa lagi....



Wednesday, May 19, 2010

Simple Tapi Menyelerakan..

Tadi masa duk sembang2 dgn Farah Salwa kat FB, dia beritau lauk lunch dia hari ni.. Sambal Sardin dan Telur Dadar. Wahh.. lauk pebret K.Nor ni. Dah lama benor tak masak dan makan lauk sardin dgn telur dadar. Kenapa ya, tiap kali masak sardin mesti nak gu dgn telur dadar.. Memang partner sejati dua lauk ni. Masa tu ralit benor duk kat FB sambil lepak2 hilangkan penat menyental toilet. Padahal waktu tu dah pkl 12.00 lebih. Tak kisah la arini duk sorang2 kebetulan patient keluar dgn kawan dia ke Kerteh atas urusan kerja dgn Mesra Mall yg terpaksa gak pergi (kawan dia drive, bukan dia ya..) Seperti diseru2, terus masuk dapur. Keletung kelentang tak sampai 1 jam, siap lauk lunch K.Nor. Sambal Sardin, Telur Dadar Bercencaluk dan nasi putih. Ulam timun tak ada la pulak.. tak kisah la..

Ni dia Sambal Sardin, simple jer..
Org kat Jepun jgn meraung ya.. dah sampai ke belum stok sardin? :)



Telur dadar bercencaluk. Ikhlas K.Nor cakap idea masak telur dadar ni hasil dr Che Mat Gebu. Dah acapkali K.Nor buat ni, memang sedap. Tadi main campak2 jer, tak refer dah kat resipi asal Che Mat sbb nak cepat. Dalam telur dadar ni K.Nor letak telur ayam, cencaluk yg diperah buang airnya, hirisan cili merah, bawang besar yg dicincang dan hirisan daun sup. Jgn letak garam sbb cencaluk tu dah masin. Gaul sebati dan goreng.. Rasanya semua dah pandai masak telur dadar kan..


Ok dah dihidangkan... Jom makan ...


Untuk makluman semua, tak akan ada show baru utk 2 - 3 hari ni sbb tuan rumah nak ke KL lagi esok. Hari Jumaat ni patient ada follow-up dgn dengan doc kat IJN. Insyaallah malam tu gak kita org berangkat pulang. Tak boleh lama2 sbb anak2 tak ikut lagi kali ni sbb minggu depan dia org ada exam pertengahan tahun. Aritu dah request nak date follow-up time cuti sekolah (bulan Jun) tp dah penuh. Terpaksa gak gi yg 21 Mei (lusa). Jumpa lagi ... insyaallah..

Sandwich Sihat ..

Hehe.. nak gelak dulu.. Ada yg boring dah ke tengok bubur nasi jer 2-3 hari ni? Nak buat camna, jawatan banyak duk pegang sorang2.. tak tercapai dek tangan nak buat semua. Ni pun sbb pagi ni hujan, tak leh gi jogging dgn patient so K.Nor duk menyental la bilik air tu. Baru jer settle satu bilik air. Kalau dulu2 K.Nor cuci satu toilet, cik abg satu toilet.. tak la tension sangat kan kalau dah share job tu. Kali ni kena la pulun dua2 toilet sorang2.. hu hu.. Tak per la.. berkorban apa saja.... alhamdulillah...

Ok Mdm Lily, dah tayang show baru nih. Patient tak makan ler bubur hari2. Tapi kalau tukang masak ni no hal.. hari2 bubur pun tak kisah :) Smlm buat lagi Honey & Blackpepper Chicken. Memang buat lebih part dada ayam tu seketul utk buat sandwich. Ni la dinner kita org smlm.. alhamdulillah cukup mengenyangkan.. K.Nor guna roti Gardenia Breaktrough (sbb tu panggil sandwich sihat hehe..) Letak daun salad, hirisan kobis dan hirisan tomato.


Pastu letak pulak hirisan ayam panggang tu. Tak lupa potongan carrot dan letak sket sos dr ayam panggang.

Sebelum ditutup dgn sekeping lagi roti, letak sket cili sos dan last sekali daun salad. Sedia utk dingap... Jemput makan Sandwich Sihat K.Nor ^_____^

Monday, May 17, 2010

Menu paling simple...

Hari ni masak menu paling simple.. Bubur nasi berpartner dgn Sambal Ketuk. Sesekali makan bubur nasi bodo2 gini best gak tau.. Alang2 buatkan bubur nasi utk patient, tukang masak pun join semangkuk makan bubur gak. Tapiiiiiiiiiiiiii patient tak makan itu sambal ketuk tau.. utk patient ada partner yg tersendiri.. ikan panggang hehehehe.. sabo jer la cik abg ya... kan nak sembuh sepenuhnya kan.. kan nak gi menembak lagi kan... kena la ikut cakap misi ni.. ^____^



Tak yah resipi la ya.. setakat buat bubur sapa tak reti kan. Campak jer beras, air, hirisan bawang merah, hirisan halia dlm periuk.. pastu letak la potongan ayam ke, udang ke, daging pun boleh. Yg K.Nor buat ni letak isi ayam jer. Nak letak carrot ke, ubi kentang ke.. semua boleh.. kita yg buat dia kan.... :) Lagi menyengat bila makan dgn sambal ketuk.. Boleh abis bubur nasi bermangkuk2.. hehe


updated:

ni utk adik2 yg nk tau apa tu sambal ketuk.. kat atas tu K.Nor dah letak link, cuma perlu klik jer.. hehe.. tak per la.. meh nak letak sekali lg dgn gambar yg sama la ya.. sbb kali ni tak shoot gambar sambal ketuk.




SAMBAL KETUK
(resipi asal by Masz Kajang)

Bahan2:

ikan bilis
cili padi ~ belah dua
belacan ~ nak sedap bakar dulu
sedikit gula ~ jika suka

Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing.
Angkat dan toskan.
Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.
Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.
Tak letak pun tak per, kalau letak pun bukannya banyak dlm 1/2 sudu kecik jer, bukan sebalang hehe..
Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap!

Sunday, May 16, 2010

Udang Masak Merah Berempah

Dah lama peram resipi udang ni. Tau aje la skrg ni payah sket nak masak seafood gini bila ada patient yg masih berpantang kat rumah ni. Tapi dek keinginan anak tekak tukang masak yg dah lama memendam rasa nak makan udang, ku godek gak udang ni dlm diam2 hehe...

Ni menu semalam ya.. udah pinish.. Lepas patient lunch dgn menu pantang cam biasa, K.Nor masak la udang ni. Masa tu dia kat dlm bilik, dah pun zzzzzzzzzzz... Siap masak, K.Nor hadap la dgn Aisyah. Puas hati tukang masak dpt melayan udang yg sentiasa menjadi pebret nih..

Jom tengok resipi Udang Masak Merah Berempah oleh Dayang Jack ni. Mintak izin ya Dayang, nak share resipi tu kat sini pulak ya.. tq :)




Udang Masak Merah Berempah by Dayang Jack

Bahan-bahan :

  • 500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 tangkai daun kari
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 4-5 sudu makan cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
Bahan-bahan mesin :

  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 mesin bersama daun kari hingga wangi.
  3. Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2 mesin tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  5. Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
  6. Hidangkan setelah masak.

Friday, May 14, 2010

Nasi Ayam Ipoh

Salam buat semua...


Nasi Ayam Ipoh sudah sampai Tganu... terjangkit dr Siam la ni.. Takper kan, jangkitan mengenyangkan perut, jangan jangkitan penyakit udah la.. nauzubillah... Selama ni duk buat nasi ayam versi K.Nor versi biasa2 jer. Bila tengok Ika buat terasa nak mencuba padahal dah lama Q post resipi ni kat MyR. Memang tak sia2 mencuba, sedap nasi ayam ni. Wangi dan ada kelainan bila letak sos tiram. Sebelum ni bila buat nasi ayam mmg K.Nor tumis sekali daun pandan tp tak pernah pulak letak sos tiram.. mmg terasa la kelainan pada nasi ni. Mcm biasa K.Nor tak letak minyak bijan sbb mmg tak ada stok tp hasil nasi ni mmg tetap wangi.

Yang paling best ialah sos kicap dia tu. Kalau sos lada tu mmg biasa la kita buat kan, ni 1st time buat nasi ayam sekali dgn sos kicap. Memang membangkit selera.. Try la ya..

Q, mintak izin ya K.Nor nak C&P resipi Nasi Ayam Ipoh ni tp K.Nor amik dr rumah Ika sbb tak leh nak masuk MyR. Mekacih jugak buat Ika :)


NASI AYAM IPOH

Bahan Utk Nasi:-

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
~ k.nor guna minyak bunga

Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)


Bahan Untuk Sup:-

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili

10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)



Bahan Untuk Kicap:-

5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


B
ahan Hiasan

tomato, salad, daun sup dan bawang, timun



Cara2:-

Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.



Method Untuk Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.


Yg ni K.Nor bakar dlm oven


Method Untuk Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.


Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Thursday, May 13, 2010

Honey Sesame Chicken (Honey & Blackpepper Chicken)

Kalau nak tau, ni la ayam panggang yang saaaaaaaaaangat sedap.. boleh bg 4 thumbs up tau.. Resipi Honey Sesame Chicken ni hasil skodeng kat dapur Ina@Hana@Mama 3D nun kat Jepun. Sapa tak kena Hana ni kan.. Makin hari makin pemes dgn gambar yg makin mantop.. (psst Ina, bodek ni tau.. kut2 boleh dpt sedozen bekas chawan mushi yg kiut miut tu ke.. hihihi)

Kalau ikutkan resipi asal Ina ni bg nama Honey Sesame Chicken. Adanya penggunaan minyak bijan kat dlm bahan2 perap dan bijan yg ditabur lepas dah bakar tu. Tapi kat dapur K.Nor mmg tak pernah ada minyak bijan (sbb tak pernah beli) dan kebetulan pulak bijan pun out of stock. Bila dah buat dan tak letak dua bahan tu tak boleh la nak panggil Honey Sesame Chicken kan, jadi kena la tukar nama sket. Honey & Blackpepper Chicken.. ermm.... boleh la ek..

Aritu dah sembang dgn Ina ni, mintak izin tukar nama resipi ayam dia.. dia pun dah kata ok tu.. kan Ina kan.. :) Tapi kredit tetap pergi kepada Ina, sbb resipi asal ayam ni mmg sangat mabeles. Memang hingga menjilat jari la bila makan tu. K.Nor buat ayam ni masa Naim balik cuti baru2 ni. Dia pulak mmg antu ayam bakar.. mmg puas hati tengok dia makan. Dia pun cakap mmg sedap sangat2.. So boleh la buat lagi bila dia balik cuti nanti.. insyaallah..

K.Nor akan letak resipi asal dr Ina dan juga resipi yg dah K.Nor edit sket sbb K.Nor buat aritu menggunakan seekor ayam. Ini utk memudahkan K.Nor utk buat lagi dan lagi nanti.. Mintak izin ya Ina, K.Nor nak c & p resipi tu kat sini.. Macehhh.. :)


HONEY SESAME CHICKEN by Ina@Hana (versi asal)

Bahan-bahan

  • 2 keping dada@peha ayam boneless
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • 1 inci halia - parut
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili - hana ltk blackpepper
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • garam
  • bijan sangai secukupnyer - utk tabur

Cara-cara

  • Perap ayam dengan semua bahan kecuali bijan sangai selama 1-2jam atau semalaman.
  • Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat.
  • Hidangkan dengan menaburkan bijan yg telah di sangai.
  • Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.



Ni part dada ayam utk patient...

HONEY & BLACKPEPPER CHICKEN
dr versi asal Honey Sesame Chicken by Ina@Hana

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong 4)
  • 5 ulas bawang putih - parut
  • 1.5 inci halia - parut
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar serbuk blackpepper
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam

Cara-cara

  • Perap ayam dengan semua bahan selama 1-2jam atau semalaman.
  • Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat.
  • Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.


## nota utk K.Nor di kemudian hari:

1. ambil air yg keluar dr ayam bila dipanggang (kalau menggunakan oven) dan masukkan kedalam periuk bersama2 dgn lebihan bahan perap.
2. masak dgn api kecil hingga sedikit pekat.
3. curah keatas ayam yg dah masak dan sedia utk dihidangkan.

Tuesday, May 11, 2010

Sup Ayam (& Cendawan) Hadnyai

Musim2 panas gini sedap kalau dpt pekena lauk2 air gini kan. Tambah pulak bila ada patient yg masih berpantang kat rumah ni. Dari resipi Sup Ayam Hadnyai by Pyhonda MyR, K.Nor tambah cendawan tiram yg sememangnya menjadi kegemaran seisi keluarga telah menghasilkan sup yg sungguh sedap dimakan, diratah, dihirup begitu sajaaaaaaaa..... hehehe.. Kalau tak caya buat ya..



SUP AYAM HADNYAI by Pyhonda MyR

  • 1) Sebelah ayam dipotong-potong
  • 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  • 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  • 5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  • 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

Monday, May 10, 2010

Kunjungan Teman2 @ IJN

Punya la lama duk peram gambar2 ni, sampai dah nak masuk sebulan. Nak buat camna kalau cakap pun benda yg sama jer.. tak sempat dek kebizian melanda.. Tak per la, at least K.Nor tayang dah ni... biar la dah basi pun mcm gambar K.Ina KL dng K.Nor ni sbb K.Ina dah lama tayang versi yg dia punya. Sebagai kenangan dpt jumpa K.Ina masa dia dan manager dia dtg kat IJN aritu.

Sapa yg tak kenal dgn K.Ina KL ni kan. Dah jd Top Blogger skrg ni. Kita org sebenarnya dah rapat masa kat dlm forum MyR lagi. Pastu pernah jumpa masa gader2 kat KLCC tahun 2009 kalau tak silap. Mekasih buat K.Ina dan Firdaus yg sudi meluangkan masa dtg ke IJN, siap bawak buah tangan lagi tu. Masa tu K.Nor duk sarapan kat cafe IJN dlm pukul 10 lebih kut.. Kita org lepak kat cafe jer sbb masa ni suami K.Nor sdg dibedah kat OT di Blok A.


Ha.... ada sapa2 yg kenal tak dgn mek ni? Rasanya dia dah mula tayang muka dia kat rumah dia tu. Kecik kiut jer mek ni. Tak sangka dpt jumpa dia sbb masa mula2 gi utk check-up kat IJN aritu dia cuti kes adik ipar dia kawin. Kali ke2 gi IJN pun nyaris2 tak dpt jumpa. Masa mula2 suami K.Nor masuk wad dia cuti, anak tak sihat rasanya. Pastu bila dah masuk kerja balik, bila dia check senarai pesakit dlm wad Mawar nama suami K.Nor dah tak ada. Mana nak ada, dia dikira discharge dr wad Mawar sbb dah di opperate. Tu pun nasib baik mek ni sms tanya kabar, abg dah di discharge ke.. K.Nor jawab la discharge apanya, dia dlm ICU sbb kena bypass! Ha.... lepas tu terkejut la mek ni sbb dia tak sangka yg suami K.Nor kena bypass, ingatkan setakat buat angiogram jer. Akhirnya lepas abis shif dia pagi 16 April tu, dia pun dtg ke wad Mawar masa K.Nor duk lepak2 sementara menunggu masa melawat kat ICU.

Eh.. lupa nk cakap, ni la Fmina atau Mama Mina. Mesti dah ada yg kenal kan, nak2 si kakak ipar dia yg kat Jepun nun :) Seronok sungguh sembang dgn Mama Mina ni. Awalnya pemalu sgt nak datang jumpa K.Nor tp lepas dah sembang tu ilang la malu2 kucing dia tu.. hehehe.. Pastu kita org gi sarapan sambil sembang2 lagi.. Rasanya 3 kali gak jumpa si Mama Mina ni, yg ke2 kalau tak silap terserempak kat lif. Sempat hai2 jer masa tu.. hihi.. Kali yg ke3 mek ni dtg waktu malam lepas abis shif dia sambil bawak nasi goreng. Masa tu suami K.Nor dah balik ke wad Mawar. Sempat la dia jumpa suami K.Nor dan tengok luka kat betis yg membengkak tu. Mekasih ya Mama Mina cayang.. sudi luangkan masa jumpa K.Nor dan suami walaupun dlm keletihan selepas abis syif. Moga kita jumpa lagi nanti.. psst... follow-up abg 21 Mei ni.. kerja tak aritu? :)

Haaa... ni gader2 tanpa potluk group MyR @ IJN hehehe.. Teman2 rapat K.Nor masa kat forum MyR. Kita org pun pernah jumpa masa gader2 @ KLCC aritu, sama2 dgn K.Ina dan lain2 lagi. Yg kat sebelah K.Nor tu la Lilydvalley, pastu Ton@Rumahku Syurgaku, Izah MyR dan Ziehelmy@Teratak Lestari. Dia org ni dtg dgn suami masing2 tapi Ton siap angkut semua anak2 sekali :) Memang happy sungguh dpt jumpa lagi teman2 rapat ni. Hilang kerisauan kejap bila duk gelak sakan dgn dia org. Dia org semua ni sempat la jenguk suami K.Nor yg masa tu masih dlm ICU (Sabtu 17 Apr). Opss.. Sebenarnya Hunny Myr pun ada gi gak bersama suami dan anak2 tp cuma dpt jumpa K.Nor jer kat luar ICU (sori Hunny lupa nak snap gambar, duk kalut sgt masa kat luar ICU aritu) Mekasih buat semua yg sudi dtg ziarah suami K.Nor siap bawak mcm2 buah tangan.. tq so much! Kalian semua mmg sentiasa dlm hati K.Nor :)


Kali ni gader kat rumah sister K.Nor kat Puchong setelah keluar dr wad (Ahad 25 April). Yang kat tengah2 tu ialah Kakyu, mama Power Rangers a.k.a supermom @ the sendukwood.. hehehehe.. Geng rapat jugak dr forum MyR. Kat sebelah Kakyu tu Lily. Kakyu dtg dr Shah Alam dgn suami dan semua anak2 dan Lily lak dtg dgn anak dara dia Zafirah. Kalau jumpa Kakyu ni kan, mmg jamm la rahang kat mulut tu. Tak leh stop ketawa, ada jer modal dia nak wat lawak. Tegang abis urat perut dr start jumpa sampai la saat dia nak balik. Tambah lak adanya Lily, lagi la happening :) Mekasih buat Lily danKakyu sudi dtg jumpa Nor dan abg kamera hehe.. lain kali kalau Nor ke Puchong lagi jgn lupa datang ya.. dah kenal jalan kan.. pssst!!! pisang aritu tak sempat la nak buat cokodok hihihihi...


Last sekali masa kat airport masa nak bertolak balik ke Tganu (Isnin 26 April) K.Nor sempat jumpa anak dara comel ni (Aisya) dgn ibu dia. Ni la Zaliana member forum MyR dan juga blogger yg terror buat sulaman riben. Mekasih Za, susah2 dtg jumpa K.Nor aritu siap bagi ole2 lagi.. cantik sgt.. selama ni duk puji yg dlm blog, tup2 dpt miliki gak hasiltangan Za.. TQ so much!! Panjang umur kita jumpa lagi ya Za..


fuh... punya la lama amik masa nak siapkan N3 kali ni. Padahal pendek jer. Hampir pukul 11mlm baru siap. Tadi tengah2 syok mengarang, ada jiran dtg ziarah cik abg.. Ok la.. layan jer citer2 kat atas ya.. misi dah ngantuks ni.. nite2 :)
Add Image

Kad Hari Ibu lagi.. dan award dr K.Liza

Salam semua.. Dah hari Isnin lagi.. Kejap nyer masa berlalu kan.. Ok nak tampal lagi kad2 sempena Hari Ibu yg K.Nor terima dr adik2 blogger. Ada lagi ke yg tertinggal? Kalau ada beritau ya.. nanti g angkut smula.. tq buat semua ..


Pada mu Ya Allah ku panjatkan kesyukuran yg tak terhingga kerana diberi kesempatan ini utk menjadi ibu pada anak2 ku yg tersayang. Anak2 yg menjadi penawar bg segala duka, penghibur bagi hati yg lara dan penyejuk hati tika dilanda ujian demi ujian.. Semoga Engkau panjangkan usiaku dan suamiku dan limpahkan kami dgn kesihatan yg terbaik utk terus menunaikan amanah Mu dlm mendidik anak2 kami menjadi hamba Mu yg soleh dan solehah, bertaqwa dan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan akhirat... amiin...


mother'sdaylove2cook
from love ... tq so much dear..
mmg seronok dpt pegang jemari kecil gitu :)

dr Ummi Kuantan.. tq Ummi
pinky tuh !! ^__^


dari Yatie USA
sweet jer pink roses tu.. tq Yatie


dr Izah Pencinta Muffin.. :)
tq ya Izah....



dr Azatie..
pink roses lagi... tq Atie..



~~~~~~~ O ~~~~~~~


K.Nor amik kesempatan masukkan sekali la ya award dr K.Liza ni.. Nak letak sekali lagi apron ni sbb K.Nor mmg suka sgt dgn apron pink ni.. Tak ada ke yg buat apron gini, geram jer tengok.. Tq ya K.Liza bg award ni dan tq juga sebab memahami :)



Tq K.Liza...