f Secubit Garam: Honey Sesame Chicken (Honey & Blackpepper Chicken)

Thursday, May 13, 2010

Honey Sesame Chicken (Honey & Blackpepper Chicken)

Kalau nak tau, ni la ayam panggang yang saaaaaaaaaangat sedap.. boleh bg 4 thumbs up tau.. Resipi Honey Sesame Chicken ni hasil skodeng kat dapur Ina@Hana@Mama 3D nun kat Jepun. Sapa tak kena Hana ni kan.. Makin hari makin pemes dgn gambar yg makin mantop.. (psst Ina, bodek ni tau.. kut2 boleh dpt sedozen bekas chawan mushi yg kiut miut tu ke.. hihihi)

Kalau ikutkan resipi asal Ina ni bg nama Honey Sesame Chicken. Adanya penggunaan minyak bijan kat dlm bahan2 perap dan bijan yg ditabur lepas dah bakar tu. Tapi kat dapur K.Nor mmg tak pernah ada minyak bijan (sbb tak pernah beli) dan kebetulan pulak bijan pun out of stock. Bila dah buat dan tak letak dua bahan tu tak boleh la nak panggil Honey Sesame Chicken kan, jadi kena la tukar nama sket. Honey & Blackpepper Chicken.. ermm.... boleh la ek..

Aritu dah sembang dgn Ina ni, mintak izin tukar nama resipi ayam dia.. dia pun dah kata ok tu.. kan Ina kan.. :) Tapi kredit tetap pergi kepada Ina, sbb resipi asal ayam ni mmg sangat mabeles. Memang hingga menjilat jari la bila makan tu. K.Nor buat ayam ni masa Naim balik cuti baru2 ni. Dia pulak mmg antu ayam bakar.. mmg puas hati tengok dia makan. Dia pun cakap mmg sedap sangat2.. So boleh la buat lagi bila dia balik cuti nanti.. insyaallah..

K.Nor akan letak resipi asal dr Ina dan juga resipi yg dah K.Nor edit sket sbb K.Nor buat aritu menggunakan seekor ayam. Ini utk memudahkan K.Nor utk buat lagi dan lagi nanti.. Mintak izin ya Ina, K.Nor nak c & p resipi tu kat sini.. Macehhh.. :)


HONEY SESAME CHICKEN by Ina@Hana (versi asal)

Bahan-bahan

  • 2 keping dada@peha ayam boneless
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • 1 inci halia - parut
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili - hana ltk blackpepper
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • garam
  • bijan sangai secukupnyer - utk tabur

Cara-cara

  • Perap ayam dengan semua bahan kecuali bijan sangai selama 1-2jam atau semalaman.
  • Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat.
  • Hidangkan dengan menaburkan bijan yg telah di sangai.
  • Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.



Ni part dada ayam utk patient...

HONEY & BLACKPEPPER CHICKEN
dr versi asal Honey Sesame Chicken by Ina@Hana

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong 4)
  • 5 ulas bawang putih - parut
  • 1.5 inci halia - parut
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar serbuk blackpepper
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam

Cara-cara

  • Perap ayam dengan semua bahan selama 1-2jam atau semalaman.
  • Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat.
  • Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.


## nota utk K.Nor di kemudian hari:

1. ambil air yg keluar dr ayam bila dipanggang (kalau menggunakan oven) dan masukkan kedalam periuk bersama2 dgn lebihan bahan perap.
2. masak dgn api kecil hingga sedikit pekat.
3. curah keatas ayam yg dah masak dan sedia utk dihidangkan.