f Secubit Garam: Kunjungan Teman2 @ IJN

Monday, May 10, 2010

Kunjungan Teman2 @ IJN

Punya la lama duk peram gambar2 ni, sampai dah nak masuk sebulan. Nak buat camna kalau cakap pun benda yg sama jer.. tak sempat dek kebizian melanda.. Tak per la, at least K.Nor tayang dah ni... biar la dah basi pun mcm gambar K.Ina KL dng K.Nor ni sbb K.Ina dah lama tayang versi yg dia punya. Sebagai kenangan dpt jumpa K.Ina masa dia dan manager dia dtg kat IJN aritu.

Sapa yg tak kenal dgn K.Ina KL ni kan. Dah jd Top Blogger skrg ni. Kita org sebenarnya dah rapat masa kat dlm forum MyR lagi. Pastu pernah jumpa masa gader2 kat KLCC tahun 2009 kalau tak silap. Mekasih buat K.Ina dan Firdaus yg sudi meluangkan masa dtg ke IJN, siap bawak buah tangan lagi tu. Masa tu K.Nor duk sarapan kat cafe IJN dlm pukul 10 lebih kut.. Kita org lepak kat cafe jer sbb masa ni suami K.Nor sdg dibedah kat OT di Blok A.


Ha.... ada sapa2 yg kenal tak dgn mek ni? Rasanya dia dah mula tayang muka dia kat rumah dia tu. Kecik kiut jer mek ni. Tak sangka dpt jumpa dia sbb masa mula2 gi utk check-up kat IJN aritu dia cuti kes adik ipar dia kawin. Kali ke2 gi IJN pun nyaris2 tak dpt jumpa. Masa mula2 suami K.Nor masuk wad dia cuti, anak tak sihat rasanya. Pastu bila dah masuk kerja balik, bila dia check senarai pesakit dlm wad Mawar nama suami K.Nor dah tak ada. Mana nak ada, dia dikira discharge dr wad Mawar sbb dah di opperate. Tu pun nasib baik mek ni sms tanya kabar, abg dah di discharge ke.. K.Nor jawab la discharge apanya, dia dlm ICU sbb kena bypass! Ha.... lepas tu terkejut la mek ni sbb dia tak sangka yg suami K.Nor kena bypass, ingatkan setakat buat angiogram jer. Akhirnya lepas abis shif dia pagi 16 April tu, dia pun dtg ke wad Mawar masa K.Nor duk lepak2 sementara menunggu masa melawat kat ICU.

Eh.. lupa nk cakap, ni la Fmina atau Mama Mina. Mesti dah ada yg kenal kan, nak2 si kakak ipar dia yg kat Jepun nun :) Seronok sungguh sembang dgn Mama Mina ni. Awalnya pemalu sgt nak datang jumpa K.Nor tp lepas dah sembang tu ilang la malu2 kucing dia tu.. hehehe.. Pastu kita org gi sarapan sambil sembang2 lagi.. Rasanya 3 kali gak jumpa si Mama Mina ni, yg ke2 kalau tak silap terserempak kat lif. Sempat hai2 jer masa tu.. hihi.. Kali yg ke3 mek ni dtg waktu malam lepas abis shif dia sambil bawak nasi goreng. Masa tu suami K.Nor dah balik ke wad Mawar. Sempat la dia jumpa suami K.Nor dan tengok luka kat betis yg membengkak tu. Mekasih ya Mama Mina cayang.. sudi luangkan masa jumpa K.Nor dan suami walaupun dlm keletihan selepas abis syif. Moga kita jumpa lagi nanti.. psst... follow-up abg 21 Mei ni.. kerja tak aritu? :)

Haaa... ni gader2 tanpa potluk group MyR @ IJN hehehe.. Teman2 rapat K.Nor masa kat forum MyR. Kita org pun pernah jumpa masa gader2 @ KLCC aritu, sama2 dgn K.Ina dan lain2 lagi. Yg kat sebelah K.Nor tu la Lilydvalley, pastu Ton@Rumahku Syurgaku, Izah MyR dan Ziehelmy@Teratak Lestari. Dia org ni dtg dgn suami masing2 tapi Ton siap angkut semua anak2 sekali :) Memang happy sungguh dpt jumpa lagi teman2 rapat ni. Hilang kerisauan kejap bila duk gelak sakan dgn dia org. Dia org semua ni sempat la jenguk suami K.Nor yg masa tu masih dlm ICU (Sabtu 17 Apr). Opss.. Sebenarnya Hunny Myr pun ada gi gak bersama suami dan anak2 tp cuma dpt jumpa K.Nor jer kat luar ICU (sori Hunny lupa nak snap gambar, duk kalut sgt masa kat luar ICU aritu) Mekasih buat semua yg sudi dtg ziarah suami K.Nor siap bawak mcm2 buah tangan.. tq so much! Kalian semua mmg sentiasa dlm hati K.Nor :)


Kali ni gader kat rumah sister K.Nor kat Puchong setelah keluar dr wad (Ahad 25 April). Yang kat tengah2 tu ialah Kakyu, mama Power Rangers a.k.a supermom @ the sendukwood.. hehehehe.. Geng rapat jugak dr forum MyR. Kat sebelah Kakyu tu Lily. Kakyu dtg dr Shah Alam dgn suami dan semua anak2 dan Lily lak dtg dgn anak dara dia Zafirah. Kalau jumpa Kakyu ni kan, mmg jamm la rahang kat mulut tu. Tak leh stop ketawa, ada jer modal dia nak wat lawak. Tegang abis urat perut dr start jumpa sampai la saat dia nak balik. Tambah lak adanya Lily, lagi la happening :) Mekasih buat Lily danKakyu sudi dtg jumpa Nor dan abg kamera hehe.. lain kali kalau Nor ke Puchong lagi jgn lupa datang ya.. dah kenal jalan kan.. pssst!!! pisang aritu tak sempat la nak buat cokodok hihihihi...


Last sekali masa kat airport masa nak bertolak balik ke Tganu (Isnin 26 April) K.Nor sempat jumpa anak dara comel ni (Aisya) dgn ibu dia. Ni la Zaliana member forum MyR dan juga blogger yg terror buat sulaman riben. Mekasih Za, susah2 dtg jumpa K.Nor aritu siap bagi ole2 lagi.. cantik sgt.. selama ni duk puji yg dlm blog, tup2 dpt miliki gak hasiltangan Za.. TQ so much!! Panjang umur kita jumpa lagi ya Za..


fuh... punya la lama amik masa nak siapkan N3 kali ni. Padahal pendek jer. Hampir pukul 11mlm baru siap. Tadi tengah2 syok mengarang, ada jiran dtg ziarah cik abg.. Ok la.. layan jer citer2 kat atas ya.. misi dah ngantuks ni.. nite2 :)
Add Image