f Secubit Garam: Menu paling simple...

Monday, May 17, 2010

Menu paling simple...

Hari ni masak menu paling simple.. Bubur nasi berpartner dgn Sambal Ketuk. Sesekali makan bubur nasi bodo2 gini best gak tau.. Alang2 buatkan bubur nasi utk patient, tukang masak pun join semangkuk makan bubur gak. Tapiiiiiiiiiiiiii patient tak makan itu sambal ketuk tau.. utk patient ada partner yg tersendiri.. ikan panggang hehehehe.. sabo jer la cik abg ya... kan nak sembuh sepenuhnya kan.. kan nak gi menembak lagi kan... kena la ikut cakap misi ni.. ^____^



Tak yah resipi la ya.. setakat buat bubur sapa tak reti kan. Campak jer beras, air, hirisan bawang merah, hirisan halia dlm periuk.. pastu letak la potongan ayam ke, udang ke, daging pun boleh. Yg K.Nor buat ni letak isi ayam jer. Nak letak carrot ke, ubi kentang ke.. semua boleh.. kita yg buat dia kan.... :) Lagi menyengat bila makan dgn sambal ketuk.. Boleh abis bubur nasi bermangkuk2.. hehe


updated:

ni utk adik2 yg nk tau apa tu sambal ketuk.. kat atas tu K.Nor dah letak link, cuma perlu klik jer.. hehe.. tak per la.. meh nak letak sekali lg dgn gambar yg sama la ya.. sbb kali ni tak shoot gambar sambal ketuk.




SAMBAL KETUK
(resipi asal by Masz Kajang)

Bahan2:

ikan bilis
cili padi ~ belah dua
belacan ~ nak sedap bakar dulu
sedikit gula ~ jika suka

Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing.
Angkat dan toskan.
Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.
Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.
Tak letak pun tak per, kalau letak pun bukannya banyak dlm 1/2 sudu kecik jer, bukan sebalang hehe..
Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap!