Dah lama tengok menu Sotong Oriental ni kat rumah Ayu S'pore dan resipi asal Ayu amik kat rumah Madiha. Sekarang ni payah sket nak masak lauk2 seafood gini bila ada patient kat rumah ni. Tapi bila g pasar tengok sutun yg segar2, nak tak nak beli gak sket. Cukup la utk sekali masak, lauk utk K.Nor dan Aisyah. K.Nor mmg tak bagi lagi patient makan lauk seafood ni, biar dia betul2 sembuh dulu. Tapi kalau ikutkan pakar diet kat IJN boleh aje bg patient makan, just once a week. Gitu gak kalau lauk daging, lauk santan/lemak atau goreng2. Tapi buat masa ni biar la dulu.. lg pun patient tak kisah sgt. Patient K.Nor ni baik tau.. tak banyak songeh.. hehehe..
Berbalik pd menu hari ni, try la buat.. sedap gak ni tau. Dari duk masak sambal, masak kunyit, masak tomyam, meh kita tukar cara masak sotong lak kali ni..
Berbalik pd menu hari ni, try la buat.. sedap gak ni tau. Dari duk masak sambal, masak kunyit, masak tomyam, meh kita tukar cara masak sotong lak kali ni..
TQ buat Ayu bg pencetus idea nak masak sotong dan TQ juga buat Madiha kerana share resipi sedap ni.. Mintak izin ya Madiha nak C&P resipi tu kat sini pulak.
SOTONG ORIENTAL
(sumber Madiha)
Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)
Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.