Tuesday, June 1, 2010

Ayam Goreng Madras


Smlm buat Moist Roast Chicken, bertembung dgn Izah Muffin yg jugak buat menu yg sama. Hari ni pulak bila buat Ayam Goreng Madras, sama pulak menu dgn K.Asma. Baru jer buka pintu rumah nak update n3 Ayam Goreng Madras ternampak K.Asma pun buat menu yg sama.. Macam pakat2 jer 2 hari ni.. hehe

Resipi diambil dr rumah Leen, dah merayap ke rumah Ijah.. rumah org lain tak pasti la pulak. Tak ada stok dadih/yogurt nak dicicahkan ayam ni, jadi buat makan gitu jer la dgn nasi putih. Apapun rasa ayam ni lebih kurang ayam goreng berempah yg K.Nor dah biasa buat. Cuma kalau nak sedap lagi masukkan jus limau nipis atau lemon. Insyaallah lagi kick..

Mekasih Leen, sudi berkongsi resipi Ayam Goreng Madras ni dan mintak izin ya nak share resipi tu kat sini pulak..





AYAM GORENG MADRAS
sumber : Leen

Bahan-bahan:-

500gm ayam
60gm Bawang Merah }
60gm Bawang Putih } dikisar - kita tumbuk aje...
60gm Halia }

3 sudu makan serbuk kari ayam

2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu teh lada putih
4 sudu makan tepung beras
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
3 sudu makan dadih

Cara-cara:-
-gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama ayam
-kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali minyak
-gaul sebati dan perap setengah jam atau lebih
-panaskan minyak, goreng ayam-ayam tadi
-hidangkan bersama sos atau pun dadih.


*K.Nor tambah sedikit daun kari dan gaulkan bersama rempah2 utk membangkitkan rasa kari pd ayam ni.