Thursday, June 10, 2010

Berjumpa dgn Ilyas Eusoff

Pagi tadi selepas balik dr jogging, pastu rest kejap, tunggu patient belayar ke bulan kejap.. K.Nor pun gi ke Kg Kuala Ibai. Nak gi jumpa dgn buah hati baru hehe.. Ilyas Eusoff. Alaaa jgn ler pikir bukan2.. K.Nor gi pun bukan sorang2 tp dgn patient kesayangan nih..

Nak tau sapa Ilyas Eusoff? Cuba teka sapa pemilik nama yg indah ni. Usia pun baru sgt2 lagi. Baru aje dilahirkan pd 21 Mei 2010 di Hospital Ampang Putri, Kuala Lumpur. Lahir awal dr jangkaan disebabkan 'kena paksa'. Nak tau story yg lebih detail ttg kelahiran Ilyas ni kena tengok kat rumah si ibunya ya.. :)

Jom kita lihat gambar terkini Ilyas Eusoff..

Ini dia buah hati baru Lelayong .. Ilyas Eusoff..
Sepanjang masa K.Nor kat rumah Lela td Ilyas ni duk tidur jer
biasalah.. bb kan.


Ni pulak Lelayong, buat sapa2 yg masih belum kenal Lela atau bersua muka dgn Lela. Lela ni asalnya dr Kg Kuala Ibai. Dekat jer dgn rumah K.Nor, dlm 10 min perjalanan jer. Bersebelahan rumah Lela ni, rumah arwah Mak Sdara suami K.Nor (juga arwah mak sdara suami Ros Jintanmanis - arwah Mak Teh Nik). Slim melim betul la Lela ni, sebelum melahirkan beratnya cuma 50kg!! Tak nampak cam org baru bersalin.. hehe


Hani (anak sulung Lela) dgn Ilyas




Buat Lela, terima kasih kerana sudi melayan K.Nor dn cik abg tadi ya.. Memang seronok berbual tp sori la tak leh lama2 sbb kena balik masak2 pulak. Sampaikan salam buat emak Lela, semoga kita dpt jumpa lagi nanti.. insyaallah...