f Secubit Garam: Blackpepper Prawn & Broccoli

Monday, June 14, 2010

Blackpepper Prawn & Broccoli

Salam semua.. Ermmm... dah 4 hari mengharungi jadual@aktiviti yg padat. Dari pagi sampai ke malam. Ke hulu ke hilir, keletung keletang.. ermmm... kalau citer pun tak guna gak. Nanti semput org yg membaca.. Tak per lah.. kita layan menu mabeles kat bawah ni aje dah la ya.. Jom..


Blackpepper Prawn With Broccoli, resipi asal Blackpepper Chicken & Broccoli by JC yg sememangnya mabeles. K.Nor tukar penggunaan ayam tu ke udang. Udang kalau masak apa2 pun memang la sedap kan tapi bila dimasak stail gini laaaaaaaaagi la sedap!! Try la ya..



BLACKPEPPER PRAWN & BROCCOLI
versi asal : Blackpepper Chicken & Broccoli by Jun JC

400gm udang
1 tsp minyak bijan ~ K.Nor tak letak
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp seasoning salt

Gaul semua bahan ni dgn udang dan perap sekejap.

Bahan sos:
1/2 cawan sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu teh jus lime atau cuka
1 kiub pati ayam

Sampingan:
1 head broccoli-potong & kukus atau rebus dulu ketepikan
1 btg carrot-hiris & stim ketepikan
1/2 lada benggala warna merah
1/2 lada benggala warna hijau
3 ulas bawang putih- cincang
3 tangkai daun bawang-hiris

Panaskan minyak kemudian goreng udang goreng sekejap dan ketepikan. Guna minyak yg sama tumis lada benggala, bawang putih dan daun bawang.

Masukkan udang dan sos kacau rata masak sekejap. kemudian masukkan broccoli dan carrot gaul rata. ( kalu nk berkuah sikit masukkan sikit air ).