Bila tengok Ina buat Kek Chiffon Pandan, rasa tergoda sungguh. Memang dah lama tak buat kek chiffon. Mcm biasa, kalau nak pelbagai resipi kek chiffon gi la skodeng dapur Che Mat Gebu. Macam2 adaaaa.... Resipi Kek Chiffon Oren ni asalnya dr rumah Gert. Dan seperti selalunya K.Nor amik resipi kat rumah CMG jer. Memudahkan sbb Che Mat dah siap translate ditambah lagi adanya step by step yg CMG tayang. Sapa2 yg nak resipi atau nak belajar wat kek chiffon gi la rumah CMG ya..
Sebenarnya buat kek ni semalam lagi dah tp tak sempat nak letak N3. Lepas snap gambar terus duk ngap jer kek gebus gebas ni. Memang teramat gebus kek chiffon yg K.Nor buat kali ni. Alhamdulillah.. menjadi dgn elok sgt. Lembut, gebus dan lembab.. cuma terlupa nak kurangkan gula so manis sket la.. Kali ni terpaksa guna gula pasir biasa yg dikisar sbb langsung tak ada stok gula castor. Tadi gi giant pun tak ada stok gula pasir atau gula castor. Nak ke kedai baking pun hari ni hari Jumaat, gerenti tutup punya. Rasanya tak ada stok jugak gula castor kat kedai baking tuh..

Camna, gebus gebas tak? Cun kan.. hehehe... Halus jer tekstur dia. Satu tip utk buat kek chiffon ni, gunakan telur baru. Jgn guna telur yg dah agak lama nanti tak kembang dgn elok putih telur tu bila dipukul.
Resipi Kek Chiffon ni asalnya dr rumah Gert tp alang2 Che Mat dah translatekan ke BM, jadi K.Nor amik kat rumah Che Mat aje la. K.Nor nak tumpang kopipes la pulak kat sini. Mekasih buat Gert dan Che Mat ya..

KEK CHIFFON OREN
sumber: Che Mat Gebu
BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
- Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
- Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
- Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...
Jom makan kek gebus gebas :)
## utk makluman.. sebelum ditanya org :)
K.Nor tak letak cream of tartar dan tak gantikan dgn apa2 pun. Alhamdulillah.. menjadi dgn elok jer kek chiffon ni. Ada petua yg mengatakan kalau nak sub cream of tartar tu boleh guna 1 sudu teh perahan lemon. Setakat ni K.Nor buat kek chiffon mmg tak letak cream of tartar. Dan hasilnya??? Tu... kek kat atas tu jawapannya :)