Saturday, June 19, 2010

Japanese Style Sweet Bun Dough


Akhirnya menjadi gak Japanese Style Sweet Sweet Bun Dough setelah percubaan kali ke2. Kali pertama buat keras tp tak la keras kejung! Ingatkan sbb yis dah kojol tapi bila baca balik resipi rupanya terlupa nak masukkan telur. Memang keras sket la roti aritu, kurang naik. Tapi tetap licin bila dimakan panas, sambil cicah air kopi.

Sebenarnya projek meroti ni dibuat semalam, dek kepenatan.. mood hilang nak letak N3. Sempat letak N3 Nasi Ayam Goreng jer pastu terus masuk beradu. Pastu plannya nak publish pagi tadi.. tak sampai hajat gak. Biasanya Sabtu tak jogging tapi hari ni patient ajak jogging. Lagipun Isnin dan Khamis nak off jogging. So cover dgn Jumaat dan Sabtu. Pastu balik jogging terus masuk dapur. Tak leh lewat sbb pkl 2ptg Luqman kena ke kelas tuisyen. Pastu godek2 something utk Naim bawak balik ke asrama. Pastu hantar dia lak ke stesen bas dan terus g amik Luqman. Haa... ni baru time lepak2.. Mengantuk la pulak rasa..

Ok berbalik pd roti ni, alhamdulillah.. baru puas hati kali ni. Hasilnya cukup memuaskan, doh mmg lembut dr awal. K.Nor buat bun biasa cuma taburkan sket gula pastu balance doh tu K.Nor buat Roti Sosej Bunga dan sedikit yg berbentuk pintal.


Resipi Japanese Style Sweet Bun Dough asalnya dr Rumah Gert, pastu merayap ke rumah CMG, rumah Ummi, rumah Ina@Hana, rumah Ika dan ada lagi rumah lain.. K.Nor copy resipi ni dr rumah Ina la senang sket sbb dah dialihbahasa oleh CMG. Mekacih buat semua yg terlibat dlm penyebaran resipi ni ya...


JAPANESE STYLE SEET BUN DOUGH

Bahan-bahan
  • 375 g tepung roti (high protein flour)
  • 100 g tepung gandum
  • 35 g susu tepung
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
  • 80 g gula halus
  • 3/4 camca teh garam
  • 2 1/2 camca teh instant yeast
  • 150 ml air suam (kurang lebih) - hana lebihkan 15ml
  • 40 g mentega
  • 4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
  • 1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan

Jom makan...