Salam di pagi Jumaat yg mulia...
Mengimbau kembali 17 tahun dulu, lebih kurang pkl 9.30pg juga di hari Jumaat.. lahirlah sorang baby boy yg pada mulanya doc duk kata bb girl tiap kali scan masa peknen. Alhamdulillah.. syukur semuanya selamat walaupun masa tu duk teringinkan bb girl. Muhammad Naim, nama pilihan K.Nor dan tak sangka jugak dia banyak membesar di Kelantan Darul Naim hehe.. sesuai la tu kut.. insyaallah.. Kalau nak tau malam kelahiran Naim ni terjadi gerhana bulan dan org2 tua cakap anak ni insyaallah membawa rahmat dlm kehidupan. Alhamdulillah setiap anak2 mmg pembawa rahmat dan rezeki buat kita semua kan..
Buat Naim @ Angah... mak dan ayah doakan segala yg terbaik dlm kehidupan Angah. Semoga menjadi adik yg hormat dan sayangkan abg dan abg yg terbaik bagi adik2. Belajar rajin2, SPM dah tak lama lg.. semoga berjaya dgn cemerlang dn dpt mengikut jejak langkah Along dpt belajar ke luar negeri spt yg Angah idam2kan.. aminn..
Ya Rahman.. Ya Rahim.... Panjangkanlah usia anakku Naim dan limpahkanlah dia dgn rahmat dan keberkatan Mu..
Kurniakanlah dia dgn kesihatan yg terbaik..
Jadikanlah dia anak yg beriman dan bertaqwa, mencapai kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat..
Lindungilah dia di mana saja dia berada dn dlm apa saja perkara yg dilakukan
Perelokkanlah akhlaknya dan semoga dia sentiasa berada di jalan yg lurus, jalan yg engkau redhai..
Semoga Al-Quran yg dihafaznya berada elok dan kekal di dalam dadanya hingga ke akhir hayat..
Amin... Amiin.... Ya Rabbal a'lamin...