f Secubit Garam: July 2010

Saturday, July 31, 2010

Daging Goreng Jintan


Ayu!! Sedapnyer!! Pedas, berasap! hihi.. Mana tak pedas, ada triple lada dlm tu. Ada lada hitam, cili padi dan cili merah. fuhhhhh..... mmg berasap! Tapi SEDAP!!! Tq Ayu, sbb dah share resipi daging yg simple tp mabeles ni. Disebabkan menggunakan daging batang pinang, jadi K.Nor tak rebus dulu daging dgn bahan2 yg nyatakan tu. K.Nor goreng direct jer dlm kuali selepas tumis bahan2 spt bawang besar, cili merah dan cili padi. Pastu tambah sedikit air dan tutup kuali supaya daging empuk dgn rata. Pastu baru la dimasukkan bahan2 lain. Cepat jer dah siap satu menu yg menyelerakan.. Memang tak rugi mencuba resipi ni. TQ so much Ayu, dan cam biasa nak share kat sini la ya... :)


DAGING GORENG JINTAN
sumber: Ayu Singapore

Ingredients A:-
300g daging dipotong nipis
1 sudu teh jitan manis ditumbuk-Ayu gunakn serbuk aje
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk -Ayu gunakan serbuk aje
1 sudu teh serbuk jintan putih-Ayu tambah
1 sudu teh serbuk ketumbar-Ayu tambah
sedikit kunyit
air untuk merebus daging

Ingredients B:-
3 tangkai cili api dipotong-Ayu gunakan 5-6 tangkai
1 tangkai cili merah dipotong -Ayu xletak
1 biji bawang besar dipotong bulat-sorry terlupa type ni -just edited
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu minyak menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam + perasa secukupnya




Method:-
Daging digaul bersama Bahan A, Rebus sehingga empuk dan air telah kering. Didalam kuali yang sama masukkan minyak, tumiskan bawang besar, cili daun sup dan daun bawang. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan aroma yang cukup menyelerakan.

Friday, July 30, 2010

Marble Cheese Cake


Semalam dua buah rumah tayang kek marble cheese ni tp dlm nama yg berlainan rasanya. Rumah Ummi Kuantan dan Rumah Ayu S'pore. Bila ditilik2, renung2 bahan2 yg digunakan sama jer cuma dlm sukatan yg berbeza. Tak kisah la sbb rasanya taste kek ni sama jer insyaallah... K.Nor mmg stick dgn resipi ni, dah banyak kali buat dan dah banyak kali duk ulang tayang kat rumah ni. Tak per la ek.. yg sedap tak kisah la diulang tayang pun kan..

Buat kek ni sbb nak perabiskan stok creamcheese yg dah lama bertapa dlm esbok. Tu pun ada seketul lg, duk pikir2 nak buat apa lak lepas ni.. Apakah kek setan? haha... Tak puas ler makan kek setan hari tu. Kena buat lg sebelum bulan puasa ni.. insyaallah.

Ok jom tengok resipi Kek Marble Cheese oleh Ummi Feeza MyR ni. Rasanya dia copy resipi ni dr buku kalau tak silap. Tak boleh nak letak link, MyR under construction at this moment..


KEK MARBLE CHEESE by Umi Feeza MyR

* Bahan A
* 185gm butter
* 1/4 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn gula halus
* 1 cwn tepung naik sendiri
* 2 biji telur
* k.nor tambah 1/3 cawan susu fresh sbb adunan agak pekat

* Bahan B
* 250gm cream cheese
* 1/2 cwn gula halus
* 1/4 cwn fresh milk
* 1 biji telur
* 1 sudu teh esen vanila



1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
4.
Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist. Yang saya buat tu cheesenya terlebih kat tengah acuan. Tak sabar tunggu, potong awal...tu yg sememeh sket kat tengah tu, cheese xdan sejuk.

Thursday, July 29, 2010

Konyaku Jelly

Konyaku Jelly, dessert yg teramat mudah nak buat. Cepat dan sedap. Kenyal2 gitu tak macam agar2 biasa. Nak try buat? Boleh la tengok resipinya kat sini. Kat dalam tu boleh la dipelbagaikan, nak letak atau tidak buah2. Boleh letak buah apa aje tp rasanya durian tak sesuai kut :)

Jom Sejukkan Anak Tekak


Minuman yg menyegarkan, Iced Calamansi Teh. Tengok Ina@Hana yg buat baru2 ni, terasa nak buat juga sbb mmg ada stok limau kasturi kat dlm esbok. K.Nor mmg suka minum teh o limau, nak2 kalau sakit kepala. Jom la tengok resipi, tak leh nak pot pet panjang2, nak pi spital jap nih..

Yg K.Nor buat ni tak ikut sukatan pun tp kalau nak resipi meh nak letak yg K.Nor copy kat rumah Mek Jepun tu.. Ina, mintak izin ya buk nak share resipi kat sini.. Maceh ya buk.. :)


ICED CALAMANSI TEA
sumber : Ina@Hana

Bahan-bahan ( 2 gelas <>350ml )
1 Boh tea bag - hana gune lipton
350ml air panas
Gula secukupnya
4 biji calamansi limes
Cara-cara
Masukkan tea bag ke dalam jug/mug besar.
Tuang air panas ke dalamnnya dan biarkan sebentar hingga teh larut dalam 5-10min supaya pekat keperangan.
Perasakan dengan gula (pastikan manis sedikit sbb nak ltk ais). Kacau.
Tuang ke dalam 2 gelas. Perahkan 2 biji limau ke dalam setiap gelas dan masukkan kiub ais. kacau dan sedia diminum.

Yg ni ku punya, tak suka ais2 sgt..

Wednesday, July 28, 2010

Sardine Rolls & The Gang

Salam buat semua..

Sebelum pergi ke menu pg ni, nak ucapkan Happy 2nd Birthday buat HanaMemories dan tahniah buat peneraju utama HanaMemories... Ina@Hana a.k.a Mama 3D a.k.a Mek Jepun.. hihihi Dah 2 tahun ya.. Alhamdulillah.. Semoga HanaMemories terus unggul di persada alam blogger dan dpt menempuh berbagai onak dan duri di kiri dan kanan jalan yg dilalui. Dan semoga empunya HanaMemories diberikan kesihatan yg baik utk terus meneraju HanaMemories utk lebih ngetop lg... amiin.... Luv U Ina & HanaMemories.. always.. insyaallah..

Ni special utk Ina, peminat sardin hehehe...
Syedap ni tau :)

Ok back to the N3. Dah sarapan? Belum? ish.. ish..ishhhhh.. kesiannyer.. Meh sini kita pakat sarapan sama2 nak? K.Nor ada buat roti sket ni.. Ni pun tinggal beberapa ketul jer lagi. Mana tahan nafsu makan bila tengok roti gebus gebas mcm ni. Lepas masak tak tunggu sejuk mana pun dah lesap satu persatu. Tinggal la beberapa ketul jer lagi utk sarapan dan sbg bekal anak2 ke sekolah. Ok2.. nak kopi , teh atau milo? Jom... jom kita sarapan sama2


Tengok tu betapa gebus gebas nyer sardine roll K.Nor
sampai muat 4 ketul jer dlm satu loyang besar ni..
Pekena 2 ketul pun dah menyandar!!

Seperti biasa, K.Nor guna Basic Doh utk membuat doh roti ni. Dgn menggunakan resipi Basic Doh ni, kita boleh hasilkan bermacam2 versi roti, bun atau roll. Terpulang pd citarasa masing2 ya. Kalau nak letak topping atau filling yg manis2 boleh aje terus ikut sukatan gula yg dah diberikan tu. Tapi kalau nak buat roti/bun kosong boleh la ditambah sukatan gula dlm 20 -30gm lg sbb doh ni tak berapa manis sgt ya..



Dari satu adunan doh, K.Nor hasilkan 3 jenis roti, Sardine Roll, Cheese Roll dan Bun Inti Coklat. Bun Inti Coklat ni K.Nor spread jer Chocolate Breadspread (atau boleh guna Nutella), pastu potong2sket hujung tu dan gulung. Nak tengok cara2 nak buat Bun Inti Coklat ni boleh tengok kat rumah Noreen, cuma Noreen guna inti coklat tp teknik tu tak berbeza sgt la..

Ok cukup la tu, dah panjang ni.. Hari ni ada banyak kerja. Ada tetamu dtg nak lunch kat rumah. So kena masak awal2 sket. Tak ada menu special, cuma yg biasa2 jer. Ok jumpa lg, selamat bersarapan ....

Tuesday, July 27, 2010

Telur Dadar Bermayonis

Meniru adalah salah satu proses pembelajaran tp tak leh guna pakai dlm exam ya.... Ni tiru dlm bab masak jer.. Mungkin dlm bab deco2 pun boleh. Ttg meniru ni, K.Nor maksudkan dgn menu utk hari ni. Telur Dadar Bermayonis, resipi yg Sheila (Sheila apa ya artis tu.. tak ingat ler) duk buat dlm iklan tu. Dlm telur dadar dia letak mayonis. Saja jer la nak try buat, hasilnya? Not bad.. sedap gak.. K.Nor pun tak ingat 100% gak apa yg dia letak dlm resipi telur dadar dia tu. Yg K.Nor buat ni pun main campak2 jer. Tak ada sukatan sgt. Kalau nak buat silakan. Yg K.Nor letak resipi ni versi K.Nor kalau nak yg ori dr Sheila sila tengok iklan kat tv ya... :)

TELUR DADAR BERMAYONIS

3 bj telur
2- 3 sudu besar mayonis
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris
daun saderi ~ dihiris
sedikit garam
sedikit minyak

Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
Pukul dgn garfu hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati.
Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.
Angkat dan hidangkan.

Asam Pedas Ikan Aji2

Menu hari ni, Asam Pedas Ikan Aji2. Ikan Pebret K.Nor dan cik abg, pantang K.Nor tengok kat pasar mesti nak beli. Mcm2 boleh dibuat dgn ikan ni. Nak buat asam pedas boleh, singgang pedas (Ganu style) pun boleh. Kalau buat masak kari pun sedap ni. Kalau kurang ghajen, goreng atau panggang bodo pun sodap :)

Ermmmm........ lama tak tayang set lunch kat rumah ni kan. Hari ni terlebih ghajen sket. Tu yg nak posing semua lauk. Tp yg biasa2 jer la.. Jom layan.........


Asam Pedas Ikan Aji2, Ayam Goreng Berempah (ni utk anak2), Telur Dadar Bermayonis dan tak ketinggalan ulam2 (daun salad, timun dan tomato).... Jom makan............


Nak tau ikan aji2 tu ikan apa? Sila klik kat sini atau tengok n3 K.Liza yg khas utk jenis2 ikan. ni.

Dadar Lauk Samarinda

tak berapa nampak sgt kan stripe tu sbb silap colour combination 
lain kali kena guna colour lain lak :)


Ni sebenarnya satu lg menu berbuka K.Nor semalam. Tak sempat nak post N3 sebelum Maghrib tu yg jd siaran tertunda nih. Mana nak sempat, projek start pukul 6ptg. Mulanya tak terpikir nak buat tp last minute buat gak sbb anak tekak tukang masak terasa sgt nak makan. Ngam2 bila abis melenggang, letak atas plate, snap sekeping dua.. clearkan yg dlm sink... terdengar la org azan.. Pastu bila dah malam, malas la pulak nak masukkan N3. Tak per la ek.. kita tunda show ke pagi ni. Tak leh nak offer dah..semua dah selamat :) K.Nor berbuka dgn kuih ni jer, tak makan nasi pun. Tu pun sendat dah perut.. tangki kecik jer nih...  myvi jer kut :)

Resipi diambil kat rumah Izah tp sebelum tu dah tengok kat rumah Mek Jepun. Mek Jepun tak ada stok sardin, dia tukar ke inti daging.. kesian mek tu.. Sampai abis kopak pintu rumah K.Nor dia tendang aritu. Tu dah ganti pintu baru, tak tau la kena tendang ke tak kali ni..hihihihi..

Izah, K.Nor letak resipi tu kat sini lak ya.. Kita panjang2kan resipi yg sedap nih. Insyaallah bulan Ramadhan nanti boleh buat lagi. Thanks ya Izah..

Kita potong sket tengok inti kat dalam...
Eh Ina, inti sardin la.. ^_____^


DADAR LAUK SAMARINDA
copy dr rumah Izah Muffin
Source: Buku aneka Hidangan SARAPAN

Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung (saya guna minyak masak biasa je)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning (saya letak 1/2 susu kecil kunyit serbuk)

Bahan inti:
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan (saya guna tin kecil)
1/2 biji kentang- yang ni saya tambah
100 ml air
4 biji cili merah hiris (saya tumbuk cili padi)
2 biji bawang besar
5 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan kentang, sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.


**  K.Nor guna botol mayo yg aritu utk buat stripe kat atas dadar tu
Kalau sapa2 nak buat gitu, asingkan sket adunan dan warnakan dgn warna yg kontra dgn warna asas dadar.
Lepas dah lenggang dadar tu dan dah kering permukaan atasnya, picit adunan yg dlm botol mayo tu. 
Biarkan hingga adunan strip masak baru la diangkat
Terbalikkan atas dulang, isikan inti dan baru la digulung.
Sebaiknya sejukkan sekejap dadar sebelum mulakan proses meletak inti dan menggulung supaya dadar kita tak pecah.


Monday, July 26, 2010

Puding Gula Hangus Anis


Selamat berpuasa Nisfu Sya'ban buat semua yg berpuasa hari ni. Tak lama sgt lg dah nak puasa Ramadhan pulak. Pejam celik, pejam celik kejap jer rasanya.Alhamdulillah hutang puasa Ramadhan bg K.Nor dan Aisyah dah dibayar masa bulan Syawal lg. Memang amalan ni sentiasa K.Nor praktikkan dan Aisyah pun dah terikut sejak dia mula menjadi 'anak dara' :) Skrg ni pun dia selalu ikut berpuasa sunat kalau K.Nor dan suami berpuasa sunat. Alhamdulillah.. semoga dia terus mengamalkannya hingga ke akhir hayat.. amiin..


Berbalik pd menu hari ni, ternampak Anis buat Puding Gula Hangus a.k.a Puding Karamel. Terus plan utk buat hari ni sbg juadah berbuka puasa. So rasa tak tau lagi la camna ya..

Buat Anis, izinkan K.Nor share resipi Anis tu kat sini pulak ya. Mekasih..


PUDING GULA HANGUS by Anis

Bahan-bahannya:
5 biji telur gred A
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1/2 cawan gula pasir - dijadikan gula hangus




Cara-caranya:
1. Panaskan kukusan.
2. Sediakan gula hangus dan tuang ke dalam acuan yang digunakan.
3. Masukkan semua bahan dalam jug pengisar dan kisar sebati.
4. Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam acuan yang telah sedia dengan gula hangus di dalamnya.
5. Tutup acuan dengan aluminium foil.
6. Kukus puding tadi selama 45 minit dengan api sederhana kuat.
7. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.


updated: teksture puding agak pejal sket.rasanya kalau yg suka lembut sket tu boleh la tambahkan air sket.
ni utk ingatan k.nor di kemudian hari: (sori ya Anis..tak berniat nak ngejas2 resipi Anis ya..)
tambah air dlm 1 1/2 - 2 cawan
gula utk karamel kurangkan menjadi 1/3 cawan jer.. sbb rasa manis jer td..

Sunday, July 25, 2010

Marble Banana Muffin


Hari ni K.Nor mencuba satu lg resipi muffin, Marble Banana Muffin. Dah lama nampak Izah Muffin buat. Hari ni baru berkesempatan nak buat. Muffin ni rasanya sedap, lembut jer. Combination antara pisang dgn coklat mmg ngam.. Cam biasa la nk buat muffin mmg mudah, tak perlu guna mixer. Just guna handwisk dan gaul sebati tp jgn sampai terover gaul atau overmix. Nanti keras muffin tu.

Lupa nak mekap dgn choc chips td, tp tak per la.. rasanya dah sedap tu kut.. Resipi asal kat rumah Bisous A Toi tp K.Nor amik kat rumah Izah jer. Mintak izin ya nak share resipi tu kat sini pulak. Mekasih buat adik2 berdua ya..




MARBLE BANANA MUFFIN
Source: Bisous A Toi
ceduk kat rumah : Izah Muffin

Bahan:
A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam


B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar

1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)

Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai (saya tak letak)



Caranya:
Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

Saturday, July 24, 2010

Milk Pudding


Sweet jer kaler puding ni kan.. kombinasi hijau dan putih... menyamankan mata yg memandang( Ayu, idup Ganu kiter!! ngeeee...) Kalau dah ngap tu, semestinya menyamankan anak tekak! Pertama kali pandang kat rumah Gert terus jatuh cinta, terus masuk list dan arini terus jer buat..heheh  Opss tertinggal satu lagi terus.. terus jer ngap lepas shooting hihihihi.. Sedap, lemak2 berkrim, tak manis sgt sbb K.Nor dah kurangkan sukatan gula (guna 7 sudu besar aje). Cuma... agak pejal sket tekstur dia. So next time kena lebihkan air, K.Nor lebih suka puding yg lembut2 sket... huhh cam org tarak gigi ek.. tak la... mmg jenis suka puding yg lembut tak pejal sgt ler. Sori Gert bukan memandai nk ngejas resipi Gert ya.. cuma nak disesuaikan dgn selera anak tekak. Tak salah kan..

Ok, dah mintak izin dgn Gert ank kopipes resipi kat sini. Jom kita tengok bahan2 nya ya... TQ Gert..:)


MILK PUDDING by Gert

Ingredients:
600 ml water
120 gram sugar
8 gram agar agar powder
3 pandan leaves
300 ml milk
200 ml coconut milk
A few drop of pandan paste


1. In a medium size saucepan bring the water, agar agar power and pandan leaves to boil. Let it boil for 3 minute until agar agar power dissolved.
2. Add in sugar; continue to stir until sugar dissolved. Lastly pour in the milk and coconut milk. Turn down the heat and bring the mixture to a slow simmer. Turn off the heat and remove the pandan leaves.
3. Remove ¾ of the mixture and add in a small drop of pandan paste. Pour into prepared pan or mould. Let it set before pouring the balance of the agar agar (white portion) mixture on top. Let it set and serve cold.

Friday, July 23, 2010

Nasi Goreng Mentega

Dah2 la tu ya cuci mata dgn roti jala kaler maler K.Nor tu. Kita tukar menu lain lak. Menu sempoi jer ni. Hari ni mmg rasa males nak masak. Tanak nasi dan buat nasi goreng... dah.. Ok gak kan sesekali makan nasi goreng ni. Nasi goreng yg K.Nor buat ni pun sgt2 simple dan mudah dibuat. Boleh dipanggil Nasi Goreng 10 Minit. Sbb dlm 10 minit jer dah siap nasi goreng ni. Tak termasuk tanak nasi la... hehe

Ni dia nasi goreng 10 minit tu.. Nasi Goreng Mentega, resipi Dayang Jack. Mudah sgt menyediakan nasi goreng ni. Kalau tak caya tengok resipi kat bawah ni. Dayang, akak letak resipi tu kat sini ya.. Tak marah kan.. Mekacih!! :)


NASI GORENG MENTEGA by Dayang Jack

Bahan-bahan
4 cawan nasi
2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional

Cara-cara
Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.



K.Nor gandingkan Nasi Goreng Mentega ni dgn Daging Merah Ala Thai.. 
syedap!!! Jom makan :)

Daging Merah Ala Thai


Daging Merah Ala Thai, resipi oleh Jeezy MyR. Sgt sedap dan menyelerakan, tak kira la dgn nasi putih ke, nasi goreng ke.. mmg mudah nak buat, hasilnya sgt2 sedap.. 
Mintak izin ya Jeezy, K.Nor nak share resipi tu kat sini..


DAGING MERAH ALA THAI by Jeezy

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)



Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

Thursday, July 22, 2010

Roti Jala Kaler Maler ^__^


Salam di petang Khamis.. ada yg berpuasa arini? Insyaallah ada kan.. meh kita layan menu berbuka K.Nor sekeluarga utk hari ni...bersempena memecah dara toy baru :)

Oyeahh.. udah kehilangan daranya... hihii

Tu dia... roti jala kawin campur.. hihihi.. dimasak atas pan yg baru diterima. Memang best sungguh guna pan ni. Langsung tak melekat. Panas dia pun sekata jer. Berbaloi2 membeli, kan Mimi kan.. Mekasih buat Mimi yg bersusah payah membeli dan mengepos utk K.Nor. Yg wok tu tunggu lain hari lak baru ku pecah daranya :)


Ni nak tayang cara atau alat yg digunakan utk membuat roti jala kaler maler ni. Biasanya K.Nor guna acu muncung 3 yg dibuat dr tembaga tu tp kali ni tak guna tu dah. Sebaliknya guna botol mayo yg didatangkan khas dr Shah Alam. ehhh bukan, aritu gi amik kat Puchong. Yg ni pun sesi memecah dara gak tau. 1st time guna tu.. wahhhh.. betul2 sesi memecah dara arini.. ngeeeeeeee.... Botol mayo ni K.Nor kirim kat sorang sahabat baik yg duk Shah Alam. Cakap jer apa yg termengidam atau di meroyankan, insyaallah dia sentiasa sudi menolong memenuhi permintaan K.Nor ni. Ni utk K.Nor dan utk member2 yg rapat jer kan.. mdm kan.. hehehe Macehhhh mmmmmmuah!


Ni hasilnya dr kawin campur tu ^___*

Spt biasa adunan roti jala yg K.Nor buat ni menggunakan resipi Roti Jala Ummi Kuantan. Memang dah tak tukar haluan dah rasanya. Stick dgn resipi tu jer. Mudah dan simple jer bahan2nya. Hasilnya pun sgt memuaskan. Sedang elok jer, tak cair sgt dan tak pekat sgt. Ummi, cam biasa Nor nak letak sekali lg resipi tu kat sini ya.. Meh makan roti jala ni.. kang kalau tak ajak ada yg marah2 lak :)

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning


Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.


Roti jala kena berpartner dgn kuah kari kan, baru mengancam! Kali ni K.Nor partnerkan dia dgn Kari Ikan Tanpa Santan yg dah dimasukkan N3 tadi. Jom kita berbuka dgn roti jala hari ni ya...


updated: Disebabkan ramai yg berkenan kat botol mayo tu, meh nak kasi tau kat mana sahabat K.Nor beli tu ya. Dia beli kat Daiso dan katanya kat kedai 100yen biasanya ada gak (melainkan habis stok laa)

updated lg..... hehe
pd sesiapa yg nak merembat botol mayo ni dan tak tau kat mana Daiso ni, klik kat sini ya.. harap2 ketemu la tu nanti dgn botol idaman hihi

dan sedikit pembetulan.. sahabat K.Nor tu beli kat Daiso Petaling Jaya ya..

Kari Ikan Tanpa Santan


Hari ni kita layan menu sihat, Kari Ikan Tanpa Santan. Memang dah plan nak buat kari ikan hari ni tambah lagi tengok Dayang post N3 yg sama 2 hari lepas. K.Nor pun sebelum ni selalu gak buat kari tanpa santan tp tak ada la resipi tepatnya, sekadar main campak2  jer. Bila tengok resipi Dayang, lebih kurang jer dgn yg K.Nor duk selalu buat tu. Jadi kalau sapa2 nak resipi kari sihat ni, boleh la tengok kat rumah Dayang ya..

Dpt Gift Lagi!!


Alhamdulillah... Murah rezeki K.Nor sekeluarga semenjak bergelumang dgn alam cyber ni. Dapat kenalan baru yg boleh dipanggil teman, sahabat, kakak, adik dan tiap2 tahun dpt anak sdara baru.. berderet lak tu ^__^

Petang semalam tengah duk lepak2 sambil meronda rumah2 alam maya, ada org ketuk2 pintu. ishh tak bagi salam pun. Cik abg jenguk tengok2 mr pos laju dtg bawak parcel. Heran gak, rasanya tak ada pulak kabar2 di angin lalu nak terima parcel atau gift. Belek la kat kotak tu nak tengok sapa pengirim baik hati tu. Bila tengok nama dan negeri pengirim, wahhhh dah tau sapa!! Opss.. tak leh cakap, pengirim budiman kata jgn sebut nama dia.. hehehe Tak sangka sungguh, pemberian K.Nor dulu yg tak seberapa dpt pembalasan yg sebegini banyak. Jom kita tengok apa yg K.Nor dpt..


Ni dia semua item yg ada dlm kotak tu. Ada perencah laksa sarawak, ada gula hitam browning (browing sos), ada lada hitam biji, kerepek pisang ada 2 paket (aritu order 2kg tp yg dihantarnya 2 paket jer, nanti lain kali dia buat lagi kerepek pisang, K.Nor nak order 50kg.. kurang2 dpt 5 paket ok gak kan.. tamak betul!! hahahaha). Pastu ada satu lg tu, yg munga2 tu, pink roses lagi tu.. Nak tau apa dia? Jap ek.. nak bukak...

.
.
.
.
.


Apron!!! Cantik kan! Fully handmade ni tau.. Terharunya bila terima hadiah cam ni. Hasil tangan sorang yg teramat bz bukan setakat duk rumah cam K.Nor ni tp orgnya berkerjaya tu.. ish.. sebak! Tak sangka persahabatan alam maya yg bermula dr dlm forum MyR membuahkan ikatan yg sungguh indah.. Mekasih banyak2 buat ***** cayang. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat dan semoga satu hari nanti kita dpt bersua muka ya.. insyaallah.. Hanya Allah jua yg dpt membalas segala budi baik ***** ni. Yg paling best kat apron ni...... jom kita close up sket...

.
.
.


Siap sulaman nama ku dan nama blog!! Kata ***** dia cuba utk sulam font yg sama dgn font Secubit Garam tp bg K.Nor tu dah nampak close sgt dah.. ok la tu kan.. ermmm.. the one & only, apron "NOR SECUBIT GARAM" Hand made ya.. kelas gitu! Mekacih banyak2 ***** cayang.. 

Semoga ***** sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik ... amiin..


psst!! tali tu Nor mmg suka panjang, Nor pun suka ikat kat depan :)

Wednesday, July 21, 2010

Marble Chocolate Bread & Bun

Marble Chocolate Bun With Choc Chips

Lama tak meroti.. meh la makan roti panas2 ni. Masih menggunakan resipi Basic Doh, K.Nor beri touch up baru dgn menambah chocolate paste utk menghasilakn doh berperisa coklat dan kemudian dimarblekan. Yg dlm bentuk bun tu K.Nor letak choc. chips. Alhamdulillah... laku bisnes K.Nor.. anak2 duk sambar menyambar jer tu. Rasanya tak sempat utk dibuat breakfast esok hehehe

Hari ni gambar2 roti tak cun, males nak guna senapang gedabak tu. Guna kamera tecik jer. Dah la gitu, roti pun lupa nak sapu dgn butter bila dah masak. Tu yg kusam jer, tak berseri langsung! Tak berseri kat mata jer kan, kat anak tekak.. fuuhhhh sodap! :)

Lembut sgt...



Roti ku ireng!  Tp maintain lembut dan sodap .. alhamdulillah...


Tuesday, July 20, 2010

Yogurt Chiffon Cake

Masa Jiya tayang Yogurt Chiffon Cake dia petang td, kek K.Nor ni masih duk tertonggeng lg atas rack hehe.. tak sangka lak ada tayangan kembar hari ni. Dah banyak hari peram nak buat kek cipon ni akhirnya arini baru berkesempatan buat. Alhamdulillah.. sedaaaaaaap sgt. Lembut dan moist. Mungkin org duk tertanya2 kenapa kek K.Nor berwarna purple kan. Jawapannya.. sbb K.Nor menggunakan Blueberry Yogurt pastu tambah lak sket dgn blueberry filling dan sedikit pewarna purple utk upkan kaler dia.. Dah jadi cam Yam Chiffon Cake la pulak kan.. tak per.. rasa maintain sodap!!

Resipi Yogurt Chiffon Cake ni K.Nor amik kat rumah Yani Deco Choco. Mekasih Yani share resipi kek cipon mabeles ni. Izinkan K.Nor share pulak resipi tu kat sini ya.. tq


YOGURT CHIFFON CAKE by Yani

Bahan-bahah:
4 biji telur
60g gula kastor
110g yogurt
20g jus lemon
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder




Cara-cara:-
  1. Asingkan putih dan kuning telur.
  2. Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
  3. Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
  4. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
  8. Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.



Seperti yg dijanjikan pd Izah, ni dia spatula yg K.Nor gunakan masa nak sisipkan tepi kek utk keluarkan kek dr loyang. Spatula ni mmg nipis sgt. Cukup memudahkan bila kita nak sisip kek dr loyang tu. K.Nor sisipkan sekali harung jer, jgn duk ulang2 naik turun, naik turun cam kita guna pisau. Bila ulang2 tu yg buat tepi kek jd kurang cantik/sememeh sket. Spatula ni mmg dah lama benar K.Nor duk guna. Tak ingat dah pun beli kat mana tp rasanya kat Ganu ni jer :) Ok Izah, beres? ^____^

Nasi Beriani Shan

Ini dia nasi yg digandingkan dgn Ayam Beriani K.Liza yg kat N3 bawah tu. Spt yg K.Nor kata td, mmg plan nak buat Nasi Minyak tp bila gi masuk dapur baru teringat ada sekotak/paket rempah Nasi Beriani Shan pemberian org jauh yg dah agak lama. Nasib baik tarikh expired tahun 2011. hihihi.. ampun ya Min.. mmg lupa sungguh tang rempah ni. Kesian kat rempah ni duk tunggu K.Nor guna dia, tu yg buat gak hari ni tu. Mekacih ya Min sbb bg K.Nor rempah ni. Kalau tak tak terfikir nak beli pun sbb selalunya duk guna rempah beriani yg juga pemberian Biniwahid tu :) Biniwanid.. rempah tu ada lg, nanti kalau dah nak abis stok akak order ek.. boleh kan hehe..

Bagi sapa2 yg tak pernah makan nasi beriani menggunakan rempah Shan ni, rasa nasinya agak keIndiaan.. hehhe.. faham2 la ek.. ngeeee...... oppsss.... lupa nak beritau, hari ni masak yg remeh temeh sket sbb sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Dah cuti hari ni, masak la lebih2 sket. Plannya nak gi piknik tp anak dara pulak ada hal kat sekolah dr pagi sampai ke petang.. terpaksa la duk rumah aje.

K.Nor tak letak resipi la ya utk Nasi Beriani ni, sbb ikut 100% resipi kat belakang kotak rempah tu. Disamping Ayam Beriani sbg pengiring Nasi Beriani ni, K.Nor juga buatkan Acar Epal Hijau dan goreng poppadom. Entah la ek apa ejaan sebenarnya kerepek ni, ada yg eja papadom ada yg eja poppadom dan bila check kat wikki diejanya papadum. haishhhhh!! Love.. which one is correct!! hehe


Yg duk kat Jepun nun, jgn nak ngamuk tendang2, ganaz sungguh!.. 
Tak padan dgn puasa !!
Meh berbuka dgn Nasi Beriani & The Gang ni.. :)

Ayam Beriani

Ayam Beriani, resipi K.Hanieliza ni mulanya nak digandingkan dgn Nasi Minyak K.Liza gak. Tapi last minute tukar plan. Tunggu la ya.. kejap lg K.Nor letak N3 nasi yg digandingkan dgn Ayam Beriani K.Liza ni.

K.Liza, Nor share resipi tu kat sini ya.. td dah mintak izin kat shoutbox :) TQ


AYAM BERIANI by K.Hanieliza

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil]
4 sudu besar rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 1 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak



Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan ayam dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

Monday, July 19, 2010

Sizzling Mee


Lama betul tak makan mee sizzling. Smlm anak dara duk tanya, nak berbuka dgn apa esok (hari ni) K.Nor pun blurr, tak tau nak masak apa. Akhirnya dpt idea nak buat mee sizzling ni sbb dah lama sgt tak makan, tambah lagi mee ni salah satu menu kegemaran K.Nor sekeluarga. Lagi pun arini tak masak lunch sbb Luqman balik lewat dr kelas fardu ain. Dan bila tengok kat esbok, semua bahan2 dah ada. Tak perlu la K.Nor ke pasar lagi dah.. alhamdulillah..

Bila dah siap td, tak sabar2 anak dara tu nak makan. Sedap pulak mee kali ni sbb K.Nor dah start letak minyak bijan. hehhe dah beli aritu tp ni kali pertama guna minyak bijan. Lepas ni mana2 resipi yg letak minyak bijan takkan K.Nor skip lg dah minyak bijan tu..


Cam biasa, K.Nor hanya guna resipi Mdm Lily MyR utk buat mee sizzling ni tp K.Nor tak guna yee mee atau mee telur atau mee sanggul. K.Nor guna Mee Segera Cintan Tanpa Goreng. Bagi K.Nor sedap gak tau guna mee segera gini. Cuba la kalau tak caya hehe..

Ya Mdm Lily yg teramat bz skrg ni.. mintak izin ya.. nak letak resipi mabeles tu kat sini.. Jgn nak kutip royalti dah la ek.. Tapi kalau nak ajak gi Bandung boleh ajer.. hihihihi




SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR

2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis


Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

From Penang To Tganu

Alhamdulillah.. dah sampai pun barang yg ditunggu2. 2 barangan Premier Cookware, satu pan dan satu lg wok. Yg pan tu bersaiz 28cm dan yg wok kecik kiut tu bersaiz 22cm. Lepas ni ada la acara pecah dara toy terbaru ni, insyaallah.. Mekasih banyak2 buat Mimi Penang yg baik hati tolong belikan dan tolong poskan utk K.Nor ni. Hanya Allah jua yg dpt membalasnya..

oppss.. dah tak sabar2 nak tengok isi dalam..
dah koyakkan sket kertas pembalut tu baru teringat ingat nak snap gambo dulu hehe...


ok.. ini dia.. my new toys..
erkk... nak tengok yg kat dalam gak ke...
ok2.. jap ek...





haa... tu dia.. dah nampak dgn jelas kan..
ada sapa yg teringin?
pi tanya dgn Mimi ok hihihihi


Premier Cookware ni produk India mari. Kalau tengok kat katalog yg disertakan sekali kat dalam tu.. fuuh.hhhh.. boleh meroyan akak, macam2 adooo... hihihi Agaknya Fiza Chennai dah puas tengok barang2 tu semua dan mesti banyak collection dia.. Meh nak nk jd promoter tak bergaji.. sapa2 yg nak cuci mata dgn produk Premier ni boleh ler layari http://www.sspremier.net/