Saturday, July 31, 2010

Daging Goreng Jintan


Ayu!! Sedapnyer!! Pedas, berasap! hihi.. Mana tak pedas, ada triple lada dlm tu. Ada lada hitam, cili padi dan cili merah. fuhhhhh..... mmg berasap! Tapi SEDAP!!! Tq Ayu, sbb dah share resipi daging yg simple tp mabeles ni. Disebabkan menggunakan daging batang pinang, jadi K.Nor tak rebus dulu daging dgn bahan2 yg nyatakan tu. K.Nor goreng direct jer dlm kuali selepas tumis bahan2 spt bawang besar, cili merah dan cili padi. Pastu tambah sedikit air dan tutup kuali supaya daging empuk dgn rata. Pastu baru la dimasukkan bahan2 lain. Cepat jer dah siap satu menu yg menyelerakan.. Memang tak rugi mencuba resipi ni. TQ so much Ayu, dan cam biasa nak share kat sini la ya... :)


DAGING GORENG JINTAN
sumber: Ayu Singapore

Ingredients A:-
300g daging dipotong nipis
1 sudu teh jitan manis ditumbuk-Ayu gunakn serbuk aje
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk -Ayu gunakan serbuk aje
1 sudu teh serbuk jintan putih-Ayu tambah
1 sudu teh serbuk ketumbar-Ayu tambah
sedikit kunyit
air untuk merebus daging

Ingredients B:-
3 tangkai cili api dipotong-Ayu gunakan 5-6 tangkai
1 tangkai cili merah dipotong -Ayu xletak
1 biji bawang besar dipotong bulat-sorry terlupa type ni -just edited
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu minyak menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam + perasa secukupnya




Method:-
Daging digaul bersama Bahan A, Rebus sehingga empuk dan air telah kering. Didalam kuali yang sama masukkan minyak, tumiskan bawang besar, cili daun sup dan daun bawang. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan aroma yang cukup menyelerakan.