Thursday, July 15, 2010

Laksa Penang/Kedah/Perlis


Punya la rangkum sekaligus 3 buah negeri kat utagha tu kan. Bukan apa, kalau kata laksa Penang, mesti Mimi Penang kata bukan, sbb katanya laksa Penang tak letak telur rebus. Yg letak telur rebus tu laksa Kedah/Perlis. Pastu tengok resipi Tulip Myr pulak dia bg nama laksa Kedah tp tak letak bawang mesin. Dah tu yg K.Nor ni buat letak semua.. bwang mesin letak, telur rebus pun ada. Jadi tak leh nak panggil laksa yg khusus la. Sebab tu kena bg nama laksa ke tiga2 negeri, Laksa Penang/Kedah/Perlis. Baru la senang, tak ada rasanya org nak komplen dah kan.. Kalau komplen pun ikut suka la, K.Nor mmg suka letak semua tu bila masak kuah laksa ni. Senang2 panggil laksa utagha la noo.. ngeeee............
Plan asalnya nak post N3 ni sebelum Maghrib tapi tak sempat. Tak per la ya, kita makan lepas solat Isyak lak. Jom la makan, K.Nor buat banyak ni. Hari ni hero yg duk kat asrama di Machang tu balik bercuti utk 4 hari. Biasa la tu cuti tahfiz, cuti khas utk pelajar balik rumah.. sebulan diberi cuti 4 hari. Laksa ni mmg kegemaran dia (dan juga si anak dara), tu pun 2 hari lepas masa dia call beritau nak balik K.Nor dah cakap yg nak buat laksa utk petang ni. Memang dia suka sgt la tu.

Kalau nak resipi boleh tengok kat rumah Mimi (versi laksa Penang) dan yg kat bawah ni resipi Tulip/Fiza MyR (versi laksa Kedah). Resipi K.Nor?? Tak ada sukatan tepat, sbb main campak2 jer berpandukan bahan2 yg diberikan kat resipi Mimi dan Fiza. Pandai2 la ngejas ya.. :)


ulam2an

kuah

laksa fresh..
fuhhh.. udah $3.00 sekg sekarang nih.. dolu2 $1.20 jer..
lepas ni mesti naik lagi.. kan minyak dah naik, start esok :)


Fiza, mintak izin ya nak C&P resipi tu kat sini. Nasib baik sempat copy dan save resipi tu 2 hari lepas :)



LAKSA KEDAH SPECIAL by Tulip77@MyR

• 2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
• 2btg bunga kantan - dipotong dua
• 3 ikat daun kesum
• 3sb cili giling
• 10bj cili padi - ditumbuk halus
• 20 keping asam gelugor
• 20gm belacan
• garam & serbuk perasa
• - Bahan-bahan ulam -
• 1 labu bawang besar
• 1bj salad buah
• 1 ikat daun selum
• 1 btg timun
• 3bj telur rebus
• 3bj limau sambal
• 1 btg bunga kantan
• Laksa sediakan seperti arahan di pek

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
2. Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
4. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5. Masukkan garam & serbuk perasa.
6. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
7. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.

ni special buat Mimi, si birthday girl..
Happy Birthday Mimi..
Semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan keberkatan dlm kehidupan ya..
amiin....