Tuesday, July 13, 2010

Seri nyer muka!! :)

Alaa... bukan muka K.Nor yg berseri.. tp kuih ni haa.. Serimuka Pelangi. ermmm pelangi tak cukup bilangan hehe.. Masih tak leh lawan serimuka Ika yg mmg teror wat kuih yg lapis2 nih. Kalau hasil tangan Ika mmg mengancam sungguh. Ni pun buat kuih serimuka hasil duk tengok tayangan amal dia sokmo. Cantik jer lapisan yg Ika buat. Tak per la, asal ada iras2 lapis pelangi dah la.. Lagi pun serimuka ni mmg best! Resipi K.Liza, chef tersohor tu.

Ok kita tengok resipi Serimuka Pelangi K.Liza yg K.Nor kopipes dr rumah Ummi Kuantan. Mekasih ya K.Liza atas resipi yg sedap ni dan mekasih gak buat Ummi ya... :)




KUIH SERI MUKA PELANGI by K. Hanieliza
sumber : Ummi Kuantan

Bahan:-
Lapisan Bawah:-
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan pulut - dibasuh dan direndam 3 jam
1 sudu teh garam

Lapisan Atas:-
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan etpung gadnum
1 biji telor
3 sudu makan gula pasir
sedikit garam
(beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat paste)

Cara-Cara:-
Lapisan Bawah :- Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
Apabila telah masak, angkat dari kukusan dan mampatkan pulut dengan menekan2 pulut (akak gunakan penekan kek lapis dialas dengan plastic bag). Biar betul2 padat.
Lapisan Atas:- Bancuhkan kesemua bahan lapisan atas kecuali pewarna. Kacau sebati dan tapiskan.
Bahagikan adunan lapisan pelangi (atas) kepada 4 mangkuk. (*akak bahagi 3 sahaja - lebihkurang 1 cawan setiap 3 bahagian).
Masukkan setiap mangkuk dengan beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat berasingan, kacau masing2 hingga sebati.
Letakkan semula loyang berisi pulut tadi di atas kukusan. Lapiskan dengan lapisan hijau dan kukus selama 10 minit.
Buat lapisan seterusnya hingga habis. Kukus setiap kali selama 10 - 15 minit. (*untuk lapisan terakhir akak kukus lebih lama lebihkurang 20 - 25 minit).
Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
Hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

** utk dptkan potongan yg licin dan menarik sila potong dgn pisau plastik.