f Secubit Garam: Telur Dadar Bermayonis

Tuesday, July 27, 2010

Telur Dadar Bermayonis

Meniru adalah salah satu proses pembelajaran tp tak leh guna pakai dlm exam ya.... Ni tiru dlm bab masak jer.. Mungkin dlm bab deco2 pun boleh. Ttg meniru ni, K.Nor maksudkan dgn menu utk hari ni. Telur Dadar Bermayonis, resipi yg Sheila (Sheila apa ya artis tu.. tak ingat ler) duk buat dlm iklan tu. Dlm telur dadar dia letak mayonis. Saja jer la nak try buat, hasilnya? Not bad.. sedap gak.. K.Nor pun tak ingat 100% gak apa yg dia letak dlm resipi telur dadar dia tu. Yg K.Nor buat ni pun main campak2 jer. Tak ada sukatan sgt. Kalau nak buat silakan. Yg K.Nor letak resipi ni versi K.Nor kalau nak yg ori dr Sheila sila tengok iklan kat tv ya... :)

TELUR DADAR BERMAYONIS

3 bj telur
2- 3 sudu besar mayonis
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris
daun saderi ~ dihiris
sedikit garam
sedikit minyak

Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
Pukul dgn garfu hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati.
Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.
Angkat dan hidangkan.