Friday, August 6, 2010

Ayam Goreng Bersambal Istimewa

Plan asal nak buat menu ayam lain tup2 yg terhasilnya menu ayam lain. Semuanya disebabkan tak tengok betul2 resipi. Terus jer goreng ayam tu dgn garam dan kunyit. Bila nak buat sambal tu, tengok2 ayam tu perlu diperap dgn bahan2 lain spt lada hitam dan tepung beras. Ayam dah siap goreng, nak tak nak kena buat stail lain la. Pastu teringat Ikan Goreng Bersambal Istimewa Alongroz. Bahan2 pun cukup, buat yg tu aje la. Lagi pun nak masak Sambal Istimewa tu mudah sgt2. Akhirnya jadi la Ayam Goreng Bersambal Istimewa . Walau dah ditukar main ingredient, rasa lauk ni tetap mabeles! Anak2 siap meratah lg. Jadi jgn takut nak derhaka pd resipi, bukan semestinya kena guna bahan yg tu jer, kita boleh tukar2 mengikut keadaan dan stok bahan2 yg ada. Kita yg buat dia bukan dia buat kita kan... ^___^


Kalau nak resipi boleh tengok kat resipi asal Ikan Goreng Bersambal Istimewa ni. Kalau nak buat cam yg K.Nor buat ni (guna ayam) perapkan ayam tu dgn garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga masak. Pastu ikut la step yg seterusnya. Kali ni K.Nor tambah 1bj tomato yg dipotong dadu dlm masakan ni utk beri lebih rasa masam2 pd sambal tu. Selamat mencuba!