Tuesday, August 31, 2010

Ayam Harum Thai

Salam..

Dah tak ada idea nak berkata2 dek keseronokan dpt bersembang dan bergurau senda dgn anakanda yg jauh. Skrg ni walau duduk beribu batu tp terasa dekat jer. Anytime dpt bersembang tak la terasa rindu sgt. Cuma rindu nak memeluk, nak rasa dipeluk oleh dia.. Web cam menjadi penghubung samada melalui YM atau Skype.. Seronoknya dia bila tengok barang2 yg K.Nor hantar minggu lepas tu. Mudah2an selamat sampai sebelum raya.. amiin..


Berbalik pd menu hari ni.. Ayam Harum Thai by Oshin MyR. Sedap!! K.Nor cuma tambah sket bahan lain utk kasi lebih ummph.. iaitu cili padi yg dibelah dua utk beri rasa pedas sket. Lebih pedas lebih menyelerakan!! Tapi tak la pedas sampai berasap telinga kang Luqman tak leh makan pulak.. kesian dia..

Sapa2 yg kebuntuan idea nak masak utk berbuka, jom try Ayam Harum Thai ni.. insyaallah sedap! Halal ya Oshin, K.Nor nak share resipi tu kat sini ya... Mekasih.. 

AYAM HARUM THAI by Oshin MyR

Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos
2 sudu besar - sos cili
1 sudu besar - sos tomato
2 sudu besar - pes tomyam
2 sudu besar - kicap cair
2 sudu besar - kicap manis

1 biji air perahan limau nipis
daun sup (dihiris nipis)
Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)



Panaskan minyak didalam kuali tumiskan
Bahan A hingga wangi Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan
Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut
Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2...
Akhir sekali masukkan perahan limau nipis, daun sup dan lada bengala/capsicum...


** spt biasa K.Nor suka goreng dulu ayam yg diperap dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak tp tak garing ya..