Saturday, August 21, 2010

Eskrim Goreng


Projek yg tak berapa nak menjadi, ada kesilapan teknikal yg dah dikenalpasti. Tapi nak letak gak gambo. Ni dessert berbuka smlm. Buat pun tak banyak, ngam2 utk 4 mulut. Alhamdulillah... walau tak menjadi sgt tp tetap sedap. Roti tu rangup jer. Syok pulak berbuka dgn dessert gini. Lepas ni insyaallah try lagi sampai betul2 menjadi. Mana boleh give up kan.. :)

Apa2 pun nak letak dulu resipi Aiskrim Goreng yg diambil dr rumah Mek Jepun nun. Resipi asal dr Lina PG. Tq ya mak2 dara, nak letak kat sini pulak resipi tu. Kang senang nak refer..


AISKRIM GORENG by Lina Pg
sumber: Ina@Hana

Bahan-bahan:
* 10 keping roti putih
* 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
* Plastik wrap ( untuk balut roti)
* Minyak

Cara-cara:
1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.