Monday, August 2, 2010

Gader Dgn Fiza (DJ Kelantan FM)

Masih lagi acara kat Kota Bharu. Yg ni pada hari Sabtu 31 Julai 2010. Memang dah pakat dgn Fiza nak jumpa masa K.Nor ke KB cuma tak leh nak tetapkan waktu jer. Almaklumlah DJ radio ni agak bz, kita org cuma sempat set masa nak jumpa lepas Fiza abis duty pkl 1.30 ptg tu. Kalau nak tau lokasi gader K.Nor dgn Fiza ni sebenarnya kat lobi Hospital Pakar Perdana. K.Nor mmg dari awal dah plan nak ke hospital ni sbb nak ziarah counsin suami yg perlu jalani angiogram kat situ pd hari Sabtu tu. Lepas tu terus nak bertolak balik ke Tganu. Sebab tu terpaksa jumpa Fiza kat hospital tu gak. Lagipun dia pulak ada plan dgn mak dan abah dia lepas jumpa K.Nor. Dapat jumpa dgn Fiza hari tu pun sekejap sgt, tak puas sembang pun. Nak buat macamana masing2 ada urusan kan. Hajatnya nak ajak Fiza makan, pastu nak la snap gambo lebih sket tp tak kesampaian. Cuma sempat snap 2 keping jer gambar. Tak per la ya, lain kali pulak kut2 ada jodoh nak jumpa lg dgn Fiza ni.

Ni la dia DJ Fiza yg dulunya sorang blogger gak dgn nickname dia Katak Ayu. Skrg ni blog dia dah bermangga rasanya hehe.. cuma dpt tegur2 kat FB jer. Memang ayu dan sweet Fiza ni yg juga member baik Jiya si Pengembala Kamben :) Mekasih ya Fiza sudi luangkan masa, susah2 dtg jumpa K.Nor dan famili aritu. Mekasih juga atas ole2 yg diberikan terutamanya........................ nak tau apa K.Nor dapat? hehe... best sgt. Sebelum tu mmg dah plan nak beli (cik abg dah cari masa kat KB Mall tu tp tak jumpa, mungkin tuhan dah takdirkan tak jumpa kut sbb nak dpt free hehe).............

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Yesss.. CD Maher Zain!!!! Suka sgt sbb lagu2 dia mmg best. Kang Maher tengah top skrg ni.. Selain lagu For The Rest Of My Life dan Hold My Hand, K.Nor, suami dan Aisyah suka sgt dgn lagu Barakallahu Lakuma.. Lagu2 lain pun best gak.. 

Mekasih sekali lg ya Fiza dr K.Nor sekeluarga. Nanti kalau ada jodoh kita jumpa lagi .. insyaallah...