Sunday, August 15, 2010

Honey Sesame Chicken


Ni kali ke 3 dah buat ayam bakar bijan ni. Tapi kali ni tak ada dah versi derhaka cam mula2 buat dulu. Dah beli pun minyak bijan. Mmg tak derhaka langsung, betul2 ikut resipi asal. Alhamdulillah.. wangi bau minyak bijan tu dan semestinya rasanya mabeles!

Tak dan dah nak mekup lawo2 sbb bakar ayam ni pun dah lewat sgt. Ngam2 jer lepas masak, potong2, letak dlm pinggan, tabur bijan sket dan letak tomato, pastu snap sekeping dua. Tak sampai 10 minit terus dengar bedil dan org azan. Emmm.. pelik ke dengar ada bunyi bedil? Yep, betul mmg bedil, yg ditembak kat atas Bukit Pak Apil bg menandakan waktu berbuka. Kiranya sekitar bandar K.Trg dpt la dengar bunyi bedil ni. Masuk waktu imsak pun ditembak gak bedil, 2x. Dan sehari sebelum start puasa atau raya (Syawal @ raya haji) pun ditembak gak bedil sebanyak 7x menandakan esok bermulanya puasa atau esok tu raya.. Dah berpuluh2 tahun acara tembak bedil ni dijalankan, sejak K.Nor kecil lg mmg dah ada. erkkk.. dah melalut tang bedil la pulak.. Ok2 kita balik pd pangkal jalan.. hihihi

Resipi Honey Sesame Chicken ni K.Nor amik kat rumah Ina@Hana nun di Jepon. Mintak izin ya Ina, nak share lg sekali kat sini. Macehhhh .....



HONEY SESAME CHICKEN by Ina@Hana
Bahan-bahan

2 keping dada@peha ayam boneless
2 ulas bawang putih - parut
1 inci halia - parut
2 sudu besar madu
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
garam
bijan sangai secukupnyer - utk tabur


Cara-cara
Perap ayam dengan semua bahan kecuali bijan sangai selama 1-2jam atau semalaman.
Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat.
Hidangkan dengan menaburkan bijan yg telah di sangai.
Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.