f Secubit Garam: Honeydew Mousse

Thursday, August 19, 2010

Honeydew Mousse

Show terakhir utk kali ni dr khazanah peti buruk, Honeydew Mousse. Resipi asal Strawberry Mousse oleh Yani. K.Nor mmg suka pelbagaikan versi satu2 resipi nak2 yg menggunakan buah dlm dessert. Tak la stick dgn buah dlm resipi asal. Sekurang2nya kita tau, selain dr buah yg lain dr resipi asal boleh diguna pakai dlm sesuatu resipi tu kan. Dan K.Nor tengok dlm report kat resipi Yani ni ada lg yg cuba dgn buah lain spt blueberry. Dan rasanya boleh gak kalau nak tukar guna buah mangga atau kiwi. Kita yg buat dia bukannya dia yg buat kita kan.. Alhamdulillah, setakat ni eksperimen K.Nor pelbagaikan buah dlm resipi ni menjadi. 

Dessert ni sedap, bila ngap rasa cam eskrim jer. Lembut dan halus teksturnya.. Jom try pd yg tak ada idea nak buat dessert apa utk berbuka.


Meh kita tengok resipi. Yani nak paste kat sini ya, utk dikongsi2 dgn org lain. Kang MyR jamm lagi, payah lak nak masuk amik resipi :)  K.Nor paste resipi asal ya.. tq

STRAWBERRY MOUSSE by Yani MyR

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
10g(2tbsp) gelatin
100ml air panas
200g strawberry ~ k.nor tukar kpd honeydew
70g gula
200ml fresh cream/whipping cream
1 sudu besar lemon jus

Cara-cara
Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave.
Buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati .
Masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.