Tuesday, August 24, 2010

Jom Mengukis..

Salam...


K.Nor dah start mengukis? Ha ha...baru panaskan enjin ni, ni pun buat masa hari Jumaat baru2 ni. Semalam Ummi dah start tayang dia punya kukis kat fb, so kena tayang gak la.. hehe.. Sebenarnya Biskut Coklat Chips ni K.Nor buatkan utk buah hati kat Jordan nun. Tahun ni dia tak balik beraya, so buat la sket dan poskan kat dia biskut kegemaran dia ni. Dia kata tak nak banyak kukis cukup la yg ni dan satu lg kegemaran dia Cornflakes Chocolate. Awal pg td dah buat yg cornflakes tu, insyaallah akan diposkan hari ni atau esok ke Jordan. Mudah2an selamat sampai ke tangan anakanda K.Nor tu..

Berbalik pd n3 ke 2 hari ni, Biskut Coklat Chips.. ni lah salah satu kukis wajib buat tiap2 tahun time raya. Kukis kegemaran anak2 K.Nor, kalau buat mesti kena double or triple adunan. Sebab biasanya kalau buat 1 adunan mmg tak sempat raya la jawabnya.

Jom kita tengok resipi ya...


BISKUT COKLAT CHIPS My Syle

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang



Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...

 Yg bakal terbang ke Jordan :)

    Tayangan amal, atas permintaan K.Liza dan mana2 yg nak tau cara K.Nor buat kukis ni jd cantik membulat dan seragam jer saiznya ... abis la secret K.Nor ya.. hehehe..


     Caranya: K.Nor guna scoop tembikai (ori tupperware). Scoop dan tekan2 sket agar rata doh dlm tu.



    Ketuk batang scoop tu kat mangkuk adunan sambil tadah satu lg tangan di bawahnya. 
    Pastu alihkan ke loyang (sebaiknya alas dng kertas baking). 
    Jarakkan sket sbb kukis ni biasanya mengembang.
    Letak la choc chips atasnya utk serlahkan kejelitaan kukis nih.. hehehe