Haishhh.. jenuh nak mengupload gambo arini. Baru jer dpt upload gambar pertama, gambar kedua lak stuck. Katanya SERVER REJECTED.. Puas cuba dan cuba tak jadi gak. Dari guna cik google, g guna cik firefox lak.. tak leh masuk gak. Last2 try upload ke Picasa dulu baru lah boleh upload ke blog.. Kalau tengok kat Google Search pun tak keluar box tu.. Duk loading jer. Pastu yg si hapdet list pulak langsung tak keluar list blog2 lain yg dah hapdet. Kalau nak g blogwalking kena g masuk rumah org lain dan guna tingkap org lain baru boleh. Tak pun kena masuk dashboard dan tengok kat blog2 yg kita dah follow.. Banyak songeh sungguh cik google 2 hari ni.. haishhh.. Org lain ada problem yg sama tak? Ke Secubit Garam jer yg kena?
Jom la kita ke N3 hari ni, dessert yg paaaaaaaaaaaling mudah disediakan dan menjadi kegemaran anak2 K.Nor. Kuih ni hanya muncul di bulan Ramadhan jer. Tak yah cari la kalau bulan2 lain, mmg tak jumpa. Ni la Nekbat Sira, kuih tradisional Trg. Kat Kelantan pun ada, tp kalau tak salah dlm 2 versi. Ada yg masak cara plain cam ni dan ada yg letak kaler oren. Kalau yg kat Trg hanya kaler plain (kaler asal) Nekbat kering tu.
Yg kat depan tu adalah Nekbat kering, boleh dibeli di pasar2. Kalau nak makan gitu jer tawar hebeh (org Ganu kata hehehe) Kaedahnya balik rumah, masak air, gula + daun pandan (atau kalau malas nak guna daun pandan boleh ganti dgn cengkih). Bila dah mendidih, masukkan Nekbat kering dan masak la hingga Nekbat kembang lebih kurang sekali ganda. Mudah aje kan!!
K.Nor suka buat kuah dia lebih2, sbb anak2 mmg suka makan gitu. Bila dah masak, angkat, letak dlm bekas lain dan sejukkan. Bila dah sejuk baru masuk peti ais dan biarkan sejuk2 baru dimakan. Ni la kuih yg wajib dibuat tiap kali bulan Ramadhan.. Yg pastinya anakanda kat Jordan nun amat gemarkan kuih ni, dari kecik lg. Kesian pulak kat dia bila wat show Nekbat arini.. Psst.. nanti mak beli nekbat kering banyak2, mak letak dlm freezer. Pastu Along balik next year mak masakkan Nekbat sira utk Along ya... :)
Nekbat yg dah disira..
Along anakmak, pejam mata ya..
buat2 tak nampak :)