Alhamdulillah..
Terima kasih K.Nor ucapkan bg pihak keluarga K.Nor terutamanya dr adik2 K.Nor (2 org anak kandung arwah bersama ayah K.Nor) kepada semua yg mengucapkan takziah dan memanjatkan doa buat arwah ibu tiri K.Nor. Mudah2an segala doa yg dipanjatkan, akan dimakbulkan Allah. Hanya Allah jua yg dpt membalas segala budi baik adik2, teman2 dan kakak2 semua.
Alhamdulillah, urusan pengkebumian telah selamat dijalankan smlm selepas solat tarawikh. Segalanya disegerakan memandangkan jasad arwah yg sangat uzur. Jenazah dibawa pulang ke rumah abg arwah, Kg Seberang Takir yg mana merupakan kg halaman arwah. Lagipun arwah pernah duk pesan ingin disemadikan di kg tersebut.
Alhamdulillah, selepas berbuka dan solat Maghrib, K.Nor, kakak sulong K.Nor, dan dua adik (anak kandung arwah) turut sama dgn org yg menguruskan jenazah, telah memandikan dan mengafankan arwah. Setelah semuanya selesai, jenazah di bawa ke surau berdekatan utk disolatkan dan kemudian disemadikan di tanah perkuburan di hadapan surau tu. Semuanya selesai lebih kurang pukul 12tgh mlm. Alhamdulillah..
Jadi utk 3 hari ni tak ada show masakan ya sbb dapur K.Nor diberi cuti. Akan diadakan majlis tahlil berserta dgn majlis berbuka puasa di rumah abg arwah tu. Mana2 yg nak amik resipi tu silakan ya.. Semoga berjumpa lg di lain waktu... insyaallah..
Terima kasih sekali lg...