Mintak izin ya K.Liza nak share resipi tu kat sini. Dan mekasih jugak buat Ummi sbb K.Nor kopipes dr rumah Ummi td.
Thursday, September 30, 2010
Nasi Jagung 2
Mintak izin ya K.Liza nak share resipi tu kat sini. Dan mekasih jugak buat Ummi sbb K.Nor kopipes dr rumah Ummi td.
Ayam Merah Ala Thai
DAGING MERAH ALA THAI by Jeezy MyR
Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.
*K.Nor suka masukkan daun ketumbar yg dihiris dlm masakan ni dr menggunakan daun saderi atau daun bawang. Sbb daun ketumbar mmg gandingan yg cukup ngam kalau adanya penggunaan sos ikan dan lebih menyerlahkan lagi rasa masakan thai.
Wednesday, September 29, 2010
Sosej Goreng Kunyit
Tuesday, September 28, 2010
Ayam Goreng Cili Padi
AYAM GORENG CILI PADI
sumber : Ayu S'pore
Ingredients A:-
1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah 8
1 batang serai ditumbuk lumat
sedikit lada hitam
sedikit tepung beras
sedikit kunyit serbuk & garam
Ingredients B:-
1 genggam cili padi ~ k.nor campurkan dgn cili merah dan hijau
2 labu bawang besar
1 batang serai
garam secukupnya
*k.nor tambah sedikit gula utk balancekan rasa pedas
Method:-
Setelah ayam dibersihkan, lumurkan bahan A ke ayam dan perapkan selama 1 jam. Setelah itu boleh digoreng ayamnya sehingga kekuningan. Bahan B hendaklah ditumbuk tetapi jangan hancur dan serai hanya dititik. Tumis bahan2 ini jangan sampai garing. Kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalm tumisan ini. Siap untuk dimakan.jika tidak tahan pedas, cili padi boleh digantikan dengan cili merah atau cili kering.
Sources:- From Nurhidayah Jailani@ mesra.net
Monday, September 27, 2010
Aneka Milk Pudding
Minggu lepas bukan main lg di sana sinun org duk tayang Milk Pudding aneka perisa. Ada yg buat stoberi, ada yg buat bandung dan ada yg buat orenji.. haha.. mek Jah.. ooo mek Jah... tak abis lg ngemas ke? Sunyi sepi skype tak ada mek Jah nih.. Bila tengok org duk buat mula la semangat berkobar2 nak buat gak. Kali ni tak buat perisa pandan dah spt versi asal Milk Pudding by Gert tu. K.Nor buat 2 perisa, Orange dan Blueberry!! hehee.. Yg orange tu mmg ikut mek Jah dan dan bila check kat gobok ada kaler purple dan perisa blueberry. Yes! boleh buat perisa blueberry! Tapi bila nak buat perisa oren, tak ada la pulak esen oren! Buah oren pun yillek! Last2 K.Nor letak sunquick limau mandarin.. Hasilnya, alhamdulillah.. tetap mabeles! Jom la layan gambar cuci mata. Kalau nak tengok resipi boleh klik kat SINI ya...
Sunday, September 26, 2010
Kerabu.. Sungguh enak diratah begitu saja... :)
KERABU SOTONG & SUHUN My Style
Bahan2:
400gm sotong
suhun
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
4 - 5 bj limau kasturi ~ boleh ganti dgn limau nipis/lemon
kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak dan buangkan kulit
bahan2 yg dihiris:
1 labu bawang besar
5 bj cili api
1 bj cili merah/hijau
kacang panjang
daun ketumbar
carrot ~ dipotong spt mancis
1 bj tomato ~ dibuang bahagian dlm dan dihiris pjng
Cara2:
Rendam suhun dlm air panas hingga lembut dan toskan.
Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan
Panaskan kuali dan goreng sotong hingga keluar air dan sotong masak (jgn terlalu lama nanti sotong liat)
Jgn sesekali dimasukkan air sbb nanti sotong akan keluarkan airnya sendiri.
Toskan sotong yg dah siap dimasak.
Masukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk.
Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati.
Rasakan biar ada rasa masam secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.
Saturday, September 25, 2010
Buntu Seketika..
Kalau dah kena masak tiap2 hari, agak2 buntu tak otak nak fikir apa menu yg nak dimasak? Mmg tak leh lari dr perkara camni kan. Kalau tanya cik abg mesti dia jawab dgn ayat lazim dia tu.. “masak je la apa2 pun”. Tp jawapan yg paling top “dok tau gok” hu hu.. Kena la cari sendiri apa yg nak dimasak kan.. Pastu mula la M dtg menyerang. Rasa nak duk relek2, bila time lunch beli nasi bungkus jer. Kan best gitu..
Akhirnya bila tanya Luqman, dia pun bg idea “mak, buat daging merah hok adik suka makan tu”… Hah… settle! Kang senang bila soalan yg ditanya ada jawapan yg diberi. So… tukang masak pun masuk dapur dgn idea yg diberi Luqman. Daging Masak Merah ni mmg dia suka sgt. Biasanya K.Nor padukan dgn kuah singgang atau tumis air sayur. Memang menyelerakan..
updated: atas perintaan Izah.. slmt mencuba
DAGING MASAK MERAH
500gm daging
bahan2 diblend:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
2 - 3 sudu besar cili mesin
sedikit air asam jawa
2 sudu besar kicap
sedikit garam dan gula (jika suka)
air secukupnya
minyak
Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Goreng hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau2 hingga sebati.
Masukkan kicap.
Biarkan mesra sekejap baru lah dimasukkan 1 gelas air.
Masak dgn api sederhana hingga sedikit pekat dan masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Masak lah sehingga hampir kering dan daging empuk. (kalau dah hampir kering tp daging masih kurang empuk, boleh ditambah sedikir air)
Bila daging dah empuk boleh la dipadamkan api dan hidangkan.
* Boleh juga dimasukkan bawang yg dipotong bulat sebelum api ditutup, kacau2 sekejap dan hidangkan.
** Bila memasak benda2 tumisan gini jgn buka api besar, nanti daging jadi liat dan rasa rempah kita kurang masak dan jd kurang enak
Friday, September 24, 2010
Nasi Lemak
Nasi lemak buah bidara, kerana kasih hamba turutkan..
kerana kasih pd pengunjung setia, malas2 nak masukkan n3.. K.Nor tetap masukkan ..
Haha.. berpantun hari Jumaat nan mendung nih ya.. Adehhh.. males sungguh nak masukkan n3. Rasa nak duk lepak2 jer.. Perut tak sihat, kepala pun terasa berat jer.. Time2 gini kalau boleh gi landing kan best!! Tapi tak bley.. tak bley.. sedang memberi tuisyen kat anak murid sorang nih.. dia duk belajar nak tukar template tu.. pilih K.Liza.. jgn tak pilih!! pilih yg cun2 ya.. dan jgn lupa pengeras yg kena double triple tu.. hihihi
Ok.. ni menu org kemalasan hari ni. Dah lama betul tak masak nasi lemak. Bila tengok ikan aya kat pasar tani smlm terus sambar sekor. Balik rumah, lepas dah bersihkan K.Nor rebus dgn asam keping dan garam. Org Tganu panggil mati air ikan. Lagi lama rebus lg sedap, pastu kalau dibiarkan semalaman laaaaagi best! Rasa masam2 asam keping tu dah menyerap kat isi ikan.
Kalau Nasi Lemak Tganu stail kena ada lauk ikan aya @ tongkol. Dan ikan aya tu pulak yg paling best ikan aya hitam. Isinya putih, lembut dan sedap. Kalau aya kurik tak sedap sgt, isinya tak putih mana dan isinya pun keras sket. K.Nor tak suka masak ikan aya kurik ni, kalau dah tak ada pilihan sgt, K.Nor beli ikan aya selasih jer. Ha.. ha.. ada yg tau tak spesis ikan aya nih? Rasanya ramai yg tak tau kut.. hehe..
Selain lauk ikan aya, K.Nor juga buat Bilis Siam utk digandingkan dgn nasi lemak ni. Kalau setakat goreng ikan bilis pastu goreng kacang tanah, tu dah biasa kan. Apa kata kita buat yg lebih dr kebiasaan nak? Try la buat Bilis Siam ni, pastu makan dgn nasi lemak.. perghhhhhh syok abes! Silap2 boleh tambah lagi nasi lemak sepinggan.. haha.. Pastu bila dah licin nasi, bilas anak tekak dgn Jus Roselle. Insyaallah, boleh turunkan tekanan darah ni tau. Kalau tak caya tanya Mr Ben nun .. :)
Ni hidangan utk cik abg, siap ada petai lg tu.. ^___^
Bilis Siam
Sedap nih.. krup krap.. krup krap.. ada rasa masin2 dan ada rasa masam2.. pastu ada pulak rasa lemak2.. Masin dr ikan bilis , masam dr perahan limau kasturi dan lemak2 dr kacang tanah.. Syok abis.. Makan dgn nasi panas2 sedap.. ratah aje pun sedap! Try la..
Resipi Ainaibu dr Myr.. Nak letak link pun kureng berani skrg nih.. hehe.. ampun ya tuan resipi.. K.Nor share kat sini ya..
BILIS SIAM by Ainaibu MyR
- 2 genggam ikan bilis
- minyak ..untuk goreng bilis
- 1 biji bawang besar
- 8 batang cili padi..boleh dikurang/lebih..ikut selera
- 4 biji limau kasturi..boleh lebih/kurang ikut kemasaman
- bersihkan bilis dan goreng garing
- mayang bawang jgn halus sgt..bg rangup sikit
- potong cili dan limau.perah limau dan ambik jusnya
- campur semua bahan dan rasa ikut selera..makan dgn nasik panas...sedappp..
Thursday, September 23, 2010
Sizzling Mee
Kali ni baru betul2 guna mee sanggul utk buat Sizzling Mee ni. Biasanya K.Nor guna instant mee jer (cintan). Kebetulan pg td gi shopping barang dapur sket kat Sabasun, duk hendap2 kat rak pasta tu ternampak paket mee sanggul ni. Tertera kat situ Mee Sanggul Melayu! Baca2 sket kat pakaging tu, ada chop Jakim, buatan org Melayu, tengok pengilangnya pun rasanya org Melayu, terus sambar 2 paket!! haha.. Bukannya banyak sgt pun kandungan dlm sepeket tu. Cuma ada 5 keping jer. Sekali masak pun dah guna 4 keping kan, baik sambar 2 terus. At least boleh buat stok dan masak bila time terdesak kan.. hehe
Petang smlm K.Nor pun masak la Mee Sizzling ni utk berbuka.. Alhamdulillah.. sedap sgt rasa Mee Sizzling kali ni. Complete bahan2 yg digunakan. Biasanya K.Nor skip minyak bijan tp sejak dah beli minyak bijan tu, masak apa2 yg perlu letak minyak bijan.. tak miss dah letak minyak bijan. Sedap dan wangi rupanya bila ada minyak bijan dlm masakan nih.. Nak buat camna, sebelum ni jakun lebih… tak berani nak beli sbb ada duk kata minyak bijan ni busuk… Rasanya bau dia mmg kuat sket tp jgn la terover letak. Sket2 jer..mmg wangi dan sedap masakan kita hehehe..
Memang best resipi Sizzling Mee by Lilydvalley ni. Dah ramai benor org cuba, kalau tak caya tengok report kat MyR.. mmg puas hati.. Lagi jimat kalau buat sendiri kan. Nak buat? Jom tengok resipi.. K.Nor share ya Lily.. :)
SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR
bahan:
2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
Cara2:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
Wednesday, September 22, 2010
Custard Jelly
CUSTARD JELLY by Dayang Jack
Bahan-bahan :
90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
3 cawan susu cair
3 sb gula
1-2 sb susu pekat manis
1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard
1 sb mentega - optional
Cara-cara :
Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat.
Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi.
Sejukkan terlebih dahulu
Nasi Ayam Kawin Campur
Haaaa… agak2 tau tak pasal apa tajuk n3 kali ni jd gitu.. Yer la bukan org jer boleh kawin campur, masakan pun boleh. Kita yg buat dia kan, bukan dia buat kita.. Tak salah kita buat masakan ni ikut selera anak tekak kita yg tukang masak ni. Kita atau famili kita yg nak makan, jadi kita buat aje la berdasarkan apa selera dia org kan. Sesekali kita derhaka la kat resipi asal tu, tak jadi masalah.. Kena pandai2 ngejas, kalau menjadi alhamdulillah.. kalau tak jadi nak buat camna. Kalau ada ayam itik, bagi jer kat ‘dia ekor’.. (takkan ‘dia org’ kan hehe) Kalau tak ada ayam itik, terpaksa la bg cik tong makan :)
Sebenarnya ni menu berbuka smlm. Tak sempat nak post n3 ni, tuan rumah kelepekan smlm.. Hanya Ijah yg tau hehehe.. Dah dpt agak tak kenapa dipanggil Nasi Ayam Kawin Campur. Sebenarnya Nasi Ayam ni hasil kawin campur antara resipi Nasi Ayam Ipoh dan Nasi Ayam Penyet. K.Nor dan famili suka dgn rasa Nasi Ayam Ipoh. Suka dgn nasinya yg wangi, supnya pun sedap dan yg paling best sos kicapnya tu. Manakala anak dara lak request nak makan ayam penyet yg dlm resipi Nasi Ayam Penyet yg pernah K.Nor buat dulu. Bila digabungkan atau dikawinkan resipi nasi ayam ni, maka bertambah la kesedapan Nasi Ayam Kawin Campur kut!! Memang best! Kalau sapa2 nak cuba boleh tengok kat resipi ni.. Nasi Ayam Ipoh dan Nasi Ayam Penyet.
Tuesday, September 21, 2010
Serbuk Agar2 Cap Bintang Emas
Bloggers, Jom Check!
Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.
Mee Goreng Mamak
Monday, September 20, 2010
Disebalik Malware Attack
sumber: mediapermatangpauh
Rich Choc Pudding
RICH CHOC PUDDING by Jun
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
Kuetiaw Rebus Simple
Ni la juadah berbuka puasa utk si tukang masak smlm. Tak sempat nak masukkan n3 ni selepas publish n3 Tumis Pedas Ikan Tenggiri tu, ngantuks ler. Tu yg terpaksa masukkan n3 pg ni. Cam biasa tukang masak lebih suka berbuka dgn makanan selain nasi spt mee dan lain2. Tu yg kena merajinkan diri masak gak walau dah masak nasi dan lauk2 utk cik abg dan Luqman. Si anak dara tak banyak songeh. Dia lagi suka kalau ada mee atau yg sewaktu dgnnya nih. Selera si anak dara lebih kurang jer cam si emaknya kut hehe..
Kuetiaw Rebus ni mmg simple jer, sedap dimakan dan sambal kicap yg kaw2 pedasnya. Alhamdulillah.. kenyang perut tukang masak. K.Nor mmg suka berbuka dgn menu camni, hari2 pun tak per :)
updated: special utk Mila@Rimbun yg nakkan resipi Kuetiaw Rebus campak2 nih.. :)
KUETIAW REBUS SIMPLE my style
1 bungkus kuetiaw
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
isi ayam
chicken/fish ball
1 sudu besar serbuk lada hitam
sawi/kubis ~ dihiris
carrot ~ dihiris
1 - 2 telur
1 kiub pati ayam
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak
bahan tabur:
daun sup dan daun bawang ~ dihiris
cili merah ~ dihiris
bawang goreng ~ jika suka
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Goreng hingga wangi.
Masukkan isi ayam dan goreng hingga isi ayam berubah warna (menjadi putih).
Masukkan air secukupnya dan masak hingga mendidih.
Masukkan chicken/fish ball, serbuk lada hitam, kiub pati ayam, garam dan gula jika suka.
Bila dah mendidih balik masukkan sayur2an dan telur.
Masak sekejap baru la dimasukkan kuetiaw.
Lepas tu boleh la dimasukkan bancuhan tepung jagung.
Biarkan seketika dan padamkan api.
Boleh lah dihidangkan panas2.
Tapi sebelum tu tabur dulu dgn bahan2 tabur.
Nak makan dgn cili jeruk pun boleh, dgn sambal kicap pun boleh ... ikut selera anak tekak :)
##
boleh pelbagaikan bahan selain isi ayam spt daging, sotong atau udang.
penggunaan bancuhan tepung jagung adalah utk memekatkan sedikit kuah supaya tak terlalu cair sgt dan rasa pun lebih sedap :)
Sunday, September 19, 2010
Tumis Pedas Ikan Tenggiri
Ada ke yg menunggu luar tingkap dapur nak tau apa menu tuan rumah arini? hehe.. maaf la ya.. Sebenarnya tuan rumah ehh… puan rumah dan suaminya dah start pose arini. Tu yg tak ada n3 sepanjang siang tadi. Aisyah tak pose lagi coz line tak clear dan nanti bila dah clear dia akan ikut join kita org berpuasa. Bila sekolah dah start ni, anak2 mula la balik lewat dr sekolah. Tu yg tukang masak amik peluang berpuasa dan masak pun lewat la spt masa bulan Ramadhan aritu.
Menu berbuka hari ni cukup simple, masakan org Tganu ni. K.Nor membesar pun dgn lauk gini la dulu. Kalau time cuti2 sekolah K.Nor selalu habiskan masa kat rumah pak sdara di Dungun. Mak sdara pun selalu masak lauk gini. Boleh dikatakan lauk tradisional Tganu kut. Tumis Pedas ni tak banyak berbeza dgn Asam Pedas, secara basicnya lebih kurang dgn Asam Pedas. Yg mana kita tumis dulu cili mesin dan bawang2 yg diblend tp tak ada penambahan daun kesum, bunga kantan, tomato buah atau kacang bendi. Rasanya kalau org Tganu mmg tau masakan ni. Syok dimakan dgn sambal kicap yg diletakkan cili padi yg dipotong atau ditenyeh2 kat dlmnya tu.
Saturday, September 18, 2010
Roti Mary? boleh la kut..
Haha…. dah lama benor teringin buat roti mudah dan sedap ni.. Padahal inti daging dah lama ready dlm freezer. Hari ni baru la tercapai hajat nak buat Roti John. Opss…. kalau la pempuan yg buat takkan nak bg nama Roti John kan, sepatutnya kena guna nama org pempuan la kan.. Agak2 kalau guna Roti Mary sesuai tak? haha… ikut la mana2 pong.. sbb roti ni best!
Bukan susah pun nak buat Roti John ni, kalau nak tengok step by step boleh ke dapur org Jepun ni ya.. Mek Jepun ni ghajen dia dah tayang step by step nak buat Roti John. Cuma tang intinya tu K.Nor tak ikut sbb K.Nor gunapakai inti daging yg masih ada berbaki aritu.
Meh kita tengok resipi Roti John, kut2 ada sapa2 yg tak try lagi. Resipi Roti John ni dr Ina@Hana Jepun nun. Mintak izin ya Ina, nak share resipi tu kat sini..
ROTI JOHN by Ina@Hana
Bahan-bahan
- 150g daging cincang
- 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
- 1 sudu kecil serbuk kari
- Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil
- garam
- 2 biji telur
- daun sup - cincang halus
- minyak@butter
- Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
- Sos Cili@Tomato dan mayonis
- Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
- Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
- Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
- Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.
Jom makan, panas2 lg nih ..
Happy 1st Birtday Darwish
Acik Nor nak wish Happy 1st Birthday buat Muhammad Darwish Haidher. Semoga menjadi anak soleh dan bertaqwa. Yg memberi manafaat buat mama dan ayah. Diberikan kesihatan yg baik serta cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di akhirat… aminnn..
Friday, September 17, 2010
Coleslaw Ringkas
COLESLAW RINGKAS by Dayang Jack
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
200gm kubis segar (dicuci dgn air garam dan dihiris halus)
1 biji bawang besar jika suka (dipotong dadu kecil)
1 batang lobak merah (dihiris halus)
4 sudu besar mayonis (sy guna mayonis Tesco)
1 sudu kecil cuka makan
sedikit daun sup (jika suka)
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Gaulkan rata2 semua bahan di dlm satu bekas.
Simpan di dlm peti sejuk sblm dihidangkan.