Thursday, September 30, 2010

Nasi Jagung 2

Tadi dah tayang menu utama utk hari ni kan, Ayam Merah Ala Thai. Sebenarnya masakan tu digandingkan dgn Nasi Jagung ni haa... Kebetulan smlm duk check dlm freezer ternampak ada lebihan jagung manis dlm secawan lebih sket. Terus plan nak buat Nasi Jagung cam yg dah biasa K.Nor duk buat tu. Pastu masa nak start masak td teringat yg Ummi Kuantan pernah buat Nasi Jagung versi K.Hanieliza. Bila tengok resipi tu nampak ada kelainan sket. Nasi Jagung K.Liza ni lebih kepada nasi jagung berempah disebabkan adanya penggunaan rempah beriani dan daun kari. Teringin lak rasa nak mencuba nasi jagung versi K.Liza ni. Bahan2 yg lain pun tak banyak beza dgn resipi Nasi Jagung K.Nor. Alhamdulillah.. sedap bau nasi ni. Tukang masak kena amik bau jer dulu nih.. nak amik rasa kena Maghrib karang. Tapi rasanya sedap kut sbb cik abg kata sedap td tu.. siap angkat ibu jari gak sampai tak terkeluar perkataan apa2 kes syok sgt ngadap lunch dia hari ni :)


Mintak izin ya K.Liza nak share resipi tu kat sini. Dan mekasih jugak buat Ummi sbb K.Nor kopipes dr rumah Ummi td.



NASI JAGUNG by K.Hanieliza
sumber Ummi Kuantan

BahanA:-
6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan ~ k.nor guna beras siam jer
2 cawan isi jagung (*ummi guna jagung frozen)
1/2 cawan susu cair (*ummi guna fresh milk)
8 cawan air
2 biji buah tomato (potong dadu)
2 sudu besar rempah beriani
garam secukup rasa
sedikit gula (*untuk separuh dr bahan ni, ummi letak 1 sk. je) ~ k.nor skip yg ni sbb jagung dah manis

Bahan B: (untuk tumis)
5 ulas bawang merah (dimayang nipis)
3 ulas bawang putih (dimayang nipis)
2 cm halia (dimayang halus)
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bungan lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Memasak:-
Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan. Kacau.
Bila sudah naik bau, masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak.
Masukkan beras, jagung, tomato dadu, garam, gula dan susu cair. Kacau sebentar.
Masukkan air secukupnya, kacau rata.
Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa.
Apabila sudah masak, hidangkan bersama kuzi daging, dalca dan papadom.

Lunch yg simple jer utk hari ni.. Silakan... 

Ayam Merah Ala Thai

Dah selalu sgt duk buat dgn menggunakan daging, apa kata kita tukar. Kita derhaka sket kat resipi tu. Kalau ikut resipi asal Daging Merah Ala Thai ni menggunakan daging, kita tukar guna ayam pulak. heheh bukan apa, dah tak ada stok daging dalam freezer camna nak buat Daging Merah Ala Thai kan.. Dah ada ayam jer, guna aje la ayam. Kita tukar2 bahan utamanya. Bahan2 lain maintain tau, cuma ayam tu K.Nor perap sket dgn serbuk kunyit dan secubit garam (mmg "secubit garam" tak leh dipisahkan dlm masakan kan.. hehe). Pastu goreng hingga masak dan baru la diteruskan step berikutnya. Alhamdulillah, bila ditanya cik abg masa dia makan td, siap angkat ibu jari! Si tukang masak tak merasa lg kena tunggu maghrib karang :)


Jom tengok resipi, yg diambil kat MyR, resipi asal Daging Merah Ala Thai. Kalau nak cuba dgn ayam cam K.Nor buat ni, silakan, terutamanya bg yg tak leh makan daging.


DAGING MERAH ALA THAI by Jeezy MyR

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)



Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

*K.Nor suka masukkan daun ketumbar yg dihiris dlm masakan ni dr menggunakan daun saderi atau daun bawang. Sbb daun ketumbar mmg gandingan yg cukup ngam kalau adanya penggunaan sos ikan dan lebih menyerlahkan lagi rasa masakan thai.

Wednesday, September 29, 2010

Sosej Goreng Kunyit

Berkali2 taip, berkali2 delete balik. Tak tau nak pot pet apa hari ni. Layan jer la menu ringkas hari ni. Dah lama masuk list, sib baik list tu tak berkulat jer.. hehe.. Masakan mudah, cepat dan insyaallah anak2 suka. Resipi diambil dr rumah Ina@Hana Jepong. Rasanya menu ni sedap gak dimakan dgn bubur nasi atau nasi goreng.


Kalau ikutkan dlm resipi kena letak bunga kobis, kacang panajng... tp bila check dlm esbok bahan2 tu tak ada la pulak. Ingat nak gantikan dgn carrot tp carrot pun dah yillek. Jadi K.Nor letak jer la apa yg ada dlm esbok tu. K.Nor gantikan dua bahan tu dgn tomato dan lada benggala. Insyaallah rasanya masih tetap sedap.. Ok Ina, K.Nor nak share resipi tu kat sini pulak ya.. Maceh...


SOSEJ GORENG KUNYIT by Ina@Hana

Bahan-bahan
4-5 btg sosej ayam@daging - hiris
1/4 bawang bombay@holand - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
3 atau lebih biji cili padi hijau - ketuk
5+ ketul potong bunga kobis - ms nih xde
1 btg kacang panjang - potong - ganti asparagus
serbuk kunyit
garam

Cara-cara
Gaul sosej dengan garam dan juga serbuk kunyit.
Panaskan minyak. Goreng sosej. Jika hirisan daging, goreng hingga garing.
Masukkan bwg besar, bwg putih, cili padi, kacang pjg dan bunga kobis.
Jika kurang masin tmbh garam lg.Goreng lagi hingga masak semuanya.
Angkat dan sedia dihidang.
* masa proses gaul sosej dgn garam dan serbuk kunyit tu, K.Nor skip garam sbb sosej Ramly yg selalu duk guna ni mmg dah cukup rasa masin.

Tuesday, September 28, 2010

Ayam Goreng Cili Padi

Rasanya ni kali ke 3 K.Nor buat menu ni. 1st time buat, lupa nak snap. 2nd time buat dah snap dah.. tp tak tau duk mana gambar tu. Tak per la, kali ke 3 ni baru berjaya nak tayang kat rumah ni. Bila dah 3x buat tu, faham2 sendiri la ya... mmg sedap la tu.. Kalau tak caya tanya Luqman dan Aisyah.. dia org berdua ni mmg suka sgt dgn rasa menu ayam ni. K.Nor tak ikut sgt la sukatan cili padi spt dlm resipi tu. Kang ada yg berasap tinger bila makan. Jadi K.Nor campurkan cili padi dgn cili merah dan hijau jer. Supaya tak terover pedas. Kesian anak2 tu, kang tak leh makan lak.


Resipi asal K.Nor ambil kat rumah Ayu S'pore. Dah lama Ayu post ni dan dah lama mintak izin dgn Cik Puan Ayu nak kopipes cuma tak terhapdet jer.. Mekasih Ayu, mmg sedap rasa Ayam Goreng Cili Padi ni.. Jom kita tengok resipi yg mudah dan simple jer bahan2 dia.



AYAM GORENG CILI PADI
sumber : Ayu S'pore

Ingredients A:-
1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah 8
1 batang serai ditumbuk lumat
sedikit lada hitam
sedikit tepung beras
sedikit kunyit serbuk & garam

Ingredients B:-
1 genggam cili padi ~ k.nor campurkan dgn cili merah dan hijau
2 labu bawang besar
1 batang serai
garam secukupnya
*k.nor tambah sedikit gula utk balancekan rasa pedas

Method:-
Setelah ayam dibersihkan, lumurkan bahan A ke ayam dan perapkan selama 1 jam. Setelah itu boleh digoreng ayamnya sehingga kekuningan. Bahan B hendaklah ditumbuk tetapi jangan hancur dan serai hanya dititik. Tumis bahan2 ini jangan sampai garing. Kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalm tumisan ini. Siap untuk dimakan.jika tidak tahan pedas, cili padi boleh digantikan dengan cili merah atau cili kering.

Sources:- From Nurhidayah Jailani@ mesra.net

Monday, September 27, 2010

Aneka Milk Pudding

Salam di petang Isnin... haiishh.. kurang kerajinannyer nak hapdet.. Ngantuks ada.. penat pun ya.. Dah lama tak jogging, so minggu ni baru start balik disebabkan bulan duk mengambang, tak leh nak pose so cik abg ajak jogging la. Bila baru start balik jogging ni, mula la badan penat semacam jer kan. Maklum aje la kan,  dah  hampir 2 bulan tak jogging. Nak tak nak kena lawan gak semangat MMMMM yg makin menebal tu.. 

Minggu lepas bukan main lg di sana sinun org duk tayang Milk Pudding aneka perisa. Ada yg buat stoberi, ada yg buat bandung dan ada yg buat orenji.. haha.. mek Jah.. ooo mek Jah... tak abis lg ngemas ke? Sunyi sepi skype tak ada mek Jah nih.. Bila tengok org duk buat mula la semangat berkobar2 nak buat gak. Kali ni tak buat perisa pandan dah spt versi asal Milk Pudding by Gert tu. K.Nor buat 2 perisa, Orange dan Blueberry!! hehee.. Yg orange tu mmg ikut mek Jah dan dan bila check kat gobok ada kaler purple dan perisa blueberry. Yes! boleh buat perisa blueberry! Tapi bila nak buat perisa oren, tak ada la pulak esen oren! Buah oren pun yillek! Last2 K.Nor letak sunquick limau mandarin.. Hasilnya, alhamdulillah.. tetap mabeles! Jom la layan gambar cuci mata. Kalau nak tengok resipi boleh klik kat SINI ya...




Sunday, September 26, 2010

Kerabu.. Sungguh enak diratah begitu saja... :)

Dulu2 mmg tak pandai buat kerabu. Sejak mengenali MyR lebih kurang 3+ tahun lebih, pastu dgn mencuba pelbagai resipi kerabu yg ada kat situ dan kat blog2 lain... mula la dpt menghasilkan resipi kerabu sendiri. Sebenarnya buat kerabu ni bukan la susah sgt. Cuma nak tau bahan utamanya jer. Ada yg dibuat dari santan, ada yg dari kelapa parut yg ditumbuk dgn bahan2 perencah lain dan ada yg tak pakai kelapa pun. Yg senang dan simple, selalu jd pilihan K.Nor utk buat kerabu. Bahan2 sampingan lak terpulang pd kita nak letak apa. Kadang tu tak plan pun nak buat kerabu masa duk sopin mopin kat pasar tu. Bila dah time masak jer terlintas nak buat kerabu bila tengok bahan2 utama ada. Tu yg kadang tu ada sesetengah bahan yg tak letak sbb tak beli masa kat pasar spt bunga kantan. Tapi kita guna apa aje kat dlm esbok yg boleh kita masukkan dlm kerabu kita dan tu semua tak jd masalah kan. Boleh guna kacang panjang, kacang botol, daun selom, daun pegaga.. mcm2 lagi la.. Pegang aje pd motto, KITA YG BUAT DIA...  hehe


Resipi kerabu hari ni, K.Nor buat berdasarkan resipi Kerabu Sotong K.Liza yg dah selalu sgt K.Nor duk buat. Di tambah situ sikit, sini sikit, tak letak itu, tak letak ini.. so terhasil lah.. Kerabu Sotong & Suhun K.Nor Style. Cukup menyelerakan, ratah aje tersangat la sedapnyer... Jom kita tengok resipi dan pada sapa2 yg nak tengok resipi asal Kerabu Sotong K.Liza boleh klik kat link tu ya.. Mekasih K.Liza..



KERABU SOTONG & SUHUN My Style

Bahan2:
400gm sotong
suhun
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
4 - 5 bj limau kasturi ~ boleh ganti dgn limau nipis/lemon
kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak dan buangkan kulit

bahan2 yg dihiris:
1 labu bawang besar
5 bj cili api
1 bj cili merah/hijau
kacang panjang
daun ketumbar

carrot ~ dipotong spt mancis
1 bj tomato ~ dibuang bahagian dlm dan dihiris pjng

Cara2:
Rendam suhun dlm air panas hingga lembut dan toskan.
Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan
Panaskan kuali dan goreng sotong hingga keluar air dan sotong masak (jgn terlalu lama nanti sotong liat)
Jgn sesekali dimasukkan air sbb nanti sotong akan keluarkan airnya sendiri.
Toskan sotong yg dah siap dimasak.

Masukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk.
Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati.
Rasakan biar ada rasa masam secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.

Saturday, September 25, 2010

Buntu Seketika..

Kalau dah kena masak tiap2 hari, agak2 buntu tak otak nak fikir apa menu yg nak dimasak? Mmg tak leh lari dr perkara camni kan. Kalau tanya cik abg mesti dia jawab dgn ayat lazim dia tu.. “masak je la apa2 pun”. Tp jawapan yg paling top “dok tau gok” hu hu.. Kena la cari sendiri apa yg nak dimasak kan.. Pastu mula la M dtg menyerang. Rasa nak duk relek2, bila time lunch beli nasi bungkus jer. Kan best gitu..

daging masak merah

Akhirnya bila tanya Luqman, dia pun bg idea “mak, buat daging merah hok adik suka makan tu”… Hah… settle! Kang senang bila soalan yg ditanya ada jawapan yg diberi. So… tukang masak pun masuk dapur dgn idea yg diberi Luqman. Daging Masak Merah ni mmg dia suka sgt. Biasanya K.Nor padukan dgn kuah singgang atau tumis air sayur. Memang menyelerakan..

daging masak merah 2


updated: atas perintaan Izah.. slmt mencuba

DAGING MASAK MERAH

500gm daging

bahan2 diblend:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia

2 - 3 sudu besar cili mesin
sedikit air asam jawa
2 sudu besar kicap
sedikit garam dan gula (jika suka)
air secukupnya
minyak

Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Goreng hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau2 hingga sebati.
Masukkan kicap.
Biarkan mesra sekejap baru lah dimasukkan 1 gelas air.
Masak dgn api sederhana hingga sedikit pekat dan masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Masak lah sehingga hampir kering dan daging empuk. (kalau dah hampir kering tp daging masih kurang empuk, boleh ditambah sedikir air)
Bila daging dah empuk boleh la dipadamkan api dan hidangkan.


* Boleh juga dimasukkan bawang yg dipotong bulat sebelum api ditutup, kacau2 sekejap dan hidangkan.
** Bila memasak benda2 tumisan gini jgn buka api besar, nanti daging jadi liat dan rasa rempah kita kurang masak dan jd kurang enak

Friday, September 24, 2010

Nasi Lemak

Nasi lemak buah bidara, kerana kasih hamba turutkan..

kerana kasih pd pengunjung setia, malas2 nak masukkan n3.. K.Nor tetap masukkan ..

Haha.. berpantun hari Jumaat nan mendung nih ya.. Adehhh.. males sungguh nak masukkan n3. Rasa nak duk lepak2 jer.. Perut tak sihat, kepala pun terasa berat jer.. Time2 gini kalau boleh gi landing kan best!! Tapi tak bley.. tak bley.. sedang memberi tuisyen kat anak murid sorang nih.. dia duk belajar nak tukar template tu.. pilih K.Liza.. jgn tak pilih!! pilih yg cun2 ya.. dan jgn lupa pengeras yg kena double triple tu.. hihihi

nasi lemak

Ok.. ni menu org kemalasan hari ni. Dah lama betul tak masak nasi lemak. Bila tengok ikan aya kat pasar tani smlm terus sambar sekor. Balik rumah, lepas dah bersihkan K.Nor rebus dgn asam keping dan garam. Org Tganu panggil mati air ikan. Lagi lama rebus lg sedap, pastu kalau dibiarkan semalaman laaaaagi best! Rasa masam2 asam keping tu dah menyerap kat isi ikan.

sambal nasi lemak

Kalau Nasi Lemak Tganu stail kena ada lauk ikan aya @ tongkol. Dan ikan aya tu pulak yg paling best ikan aya hitam. Isinya putih, lembut dan sedap. Kalau aya kurik tak sedap sgt, isinya tak putih mana dan isinya pun keras sket. K.Nor tak suka masak ikan aya kurik ni, kalau dah tak ada pilihan sgt, K.Nor beli ikan aya selasih jer. Ha.. ha.. ada yg tau tak spesis ikan aya nih? Rasanya ramai yg tak tau kut.. hehe..

Selain lauk ikan aya, K.Nor juga buat Bilis Siam utk digandingkan dgn nasi lemak ni. Kalau setakat goreng ikan bilis pastu goreng kacang tanah, tu dah biasa kan. Apa kata kita buat yg lebih dr kebiasaan nak? Try la buat Bilis Siam ni, pastu makan dgn nasi lemak.. perghhhhhh syok abes! Silap2 boleh tambah lagi nasi lemak sepinggan.. haha.. Pastu bila dah licin nasi, bilas anak tekak dgn Jus Roselle. Insyaallah, boleh turunkan tekanan darah ni tau. Kalau tak caya tanya Mr Ben nun .. :)

nasi lemak set

Ni hidangan utk cik abg, siap ada petai lg tu.. ^___^

Bilis Siam

bilis siam

Sedap nih.. krup krap.. krup krap.. ada rasa masin2 dan ada rasa masam2.. pastu ada pulak rasa lemak2.. Masin dr ikan bilis , masam dr perahan limau kasturi dan lemak2 dr kacang tanah.. Syok abis.. Makan dgn nasi panas2 sedap.. ratah aje pun sedap! Try la..

Resipi Ainaibu dr Myr.. Nak letak link pun kureng berani skrg nih.. hehe.. ampun ya tuan resipi.. K.Nor share kat sini ya..

bilis siam 2

BILIS SIAM by Ainaibu MyR

  • 2 genggam ikan bilis
  • minyak ..untuk goreng bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 8 batang cili padi..boleh dikurang/lebih..ikut selera
  • 4 biji limau kasturi..boleh lebih/kurang ikut kemasaman
  1. bersihkan bilis dan goreng garing
  2. mayang bawang jgn halus sgt..bg rangup sikit
  3. potong cili dan limau.perah limau dan ambik jusnya
  4. campur semua bahan dan rasa ikut selera..makan dgn nasik panas...sedappp..

Thursday, September 23, 2010

Sizzling Mee

sizzling meeKali ni baru betul2 guna mee sanggul utk buat Sizzling Mee ni. Biasanya K.Nor guna instant mee jer (cintan). Kebetulan pg td gi shopping barang dapur sket kat Sabasun, duk hendap2 kat rak pasta tu ternampak paket mee sanggul ni. Tertera kat situ Mee Sanggul Melayu! Baca2 sket kat pakaging tu, ada chop Jakim, buatan org Melayu, tengok pengilangnya pun rasanya org Melayu, terus sambar 2 paket!! haha.. Bukannya banyak sgt pun kandungan dlm sepeket tu. Cuma ada 5 keping jer. Sekali masak pun dah guna 4 keping kan, baik sambar 2 terus. At least boleh buat stok dan masak bila time terdesak kan.. hehe

mee sanggul 

Petang smlm K.Nor pun masak la Mee Sizzling ni utk berbuka.. Alhamdulillah.. sedap sgt rasa Mee Sizzling kali ni. Complete bahan2 yg digunakan. Biasanya K.Nor skip minyak bijan tp sejak dah beli minyak bijan tu, masak apa2 yg perlu letak minyak bijan.. tak miss dah letak minyak bijan. Sedap dan wangi rupanya bila ada minyak bijan dlm masakan nih.. Nak buat camna, sebelum ni jakun lebih… tak berani nak beli sbb ada duk kata minyak bijan ni busuk… Rasanya bau dia mmg kuat sket tp jgn la terover letak. Sket2 jer..mmg wangi dan sedap masakan kita hehehe..

Memang best resipi Sizzling Mee by Lilydvalley ni. Dah ramai benor org cuba, kalau tak caya tengok report kat MyR.. mmg puas hati.. Lagi jimat kalau buat sendiri kan. Nak buat? Jom tengok resipi.. K.Nor share ya Lily.. :)

sizzling mee 2

 

SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR

bahan:
2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara2:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Wednesday, September 22, 2010

Custard Jelly

IMG_1147
Satu lg dessert penyejuk anak tekak dan sedap sekali bila dimakan utk berbuka puasa. Kalau tak puasa pun sedap sedap gak dimakan.. Masa gi rumah Ida baru2 ni nampak dia buat dessert ni masa bulan puasa. Resipi asal dr Dayang tp K.Nor tak ambil dr rumah Dayang. Sebaliknya ambil kat rumah Ida. Mekasih ya Ida. Smlm tak berani nk gi rumah Dayang sbb kat luar rumah tu ada Pak Guard berbaju merah. Tp lewat petang smlm Pak Guard tu dah kena kick off by Dayang .. hehehe
Opsss.. cukup la tu merepek meraban .. K.Nor share kat sini lak ya Dayang resipi tu kut2 ada yg nak mencuba lak.. Mekasih ya..
custard jelly 2

CUSTARD JELLY by Dayang Jack
Bahan-bahan :
90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
3 cawan susu cair
3 sb gula
1-2 sb susu pekat manis
1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard
1 sb mentega - optional
Cara-cara :
Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat.
Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi.
Sejukkan terlebih dahulu

Nasi Ayam Kawin Campur

nasi ayam  Haaaa… agak2 tau tak pasal apa tajuk n3 kali ni jd gitu.. Yer la bukan org jer boleh kawin campur, masakan pun boleh. Kita yg buat dia kan, bukan dia buat kita.. Tak salah kita buat masakan ni ikut selera anak tekak kita yg tukang masak ni. Kita atau famili kita yg nak makan, jadi kita buat aje la berdasarkan apa selera dia org kan. Sesekali kita derhaka la kat resipi asal tu, tak jadi masalah.. Kena pandai2 ngejas, kalau menjadi alhamdulillah.. kalau tak jadi nak buat camna. Kalau ada ayam itik, bagi jer kat ‘dia ekor’.. (takkan ‘dia org’ kan hehe) Kalau tak ada ayam itik, terpaksa la bg cik tong makan :)

nasi ayam  2

Sebenarnya ni menu berbuka smlm. Tak sempat nak post n3 ni, tuan rumah kelepekan smlm.. Hanya Ijah yg tau hehehe.. Dah dpt agak tak kenapa dipanggil Nasi Ayam Kawin Campur. Sebenarnya Nasi Ayam ni hasil kawin campur antara resipi Nasi Ayam Ipoh dan Nasi Ayam Penyet. K.Nor dan famili suka dgn rasa Nasi Ayam Ipoh. Suka dgn nasinya yg wangi, supnya pun sedap dan yg paling best sos kicapnya tu. Manakala anak dara lak request nak makan ayam penyet yg dlm resipi Nasi Ayam Penyet yg pernah K.Nor buat dulu. Bila digabungkan atau dikawinkan resipi nasi ayam ni, maka bertambah la kesedapan Nasi Ayam Kawin Campur kut!! Memang best! Kalau sapa2 nak cuba boleh tengok kat resipi ni.. Nasi Ayam Ipoh dan Nasi Ayam Penyet.

Tuesday, September 21, 2010

Serbuk Agar2 Cap Bintang Emas

serbuk agar2
N3 ni spesel utk Zaiy yg smlm ada bertanyakan serbuk agar2 apa yg K.Nor guna dan ada ke tidak tanda halal Jakim. Rasanya sebelum ni pun pernah org bertanyakan soalan yg sama cuma K.Nor tak letak jer gambar serbuk agar2 yg K.Nor gunakan ni. Di harapkan n3 ni dpt menjawab pertanyaan2 yg timbul bab serbuk agar2 ni ya..
Kalau perhatikan betul2 kat pakaging tu mmg ada tanda halal Jakim. K.Nor mmg sentiasa guna serbuk agar2 ni. Tak berapa suka beli yg dipaketkan kat kedai baking, males nak sukat2. Boleh terus campak dlm periuk jer bila nak masak. Satu paket tu beratnya 10gm.
serbuk agar2 2
Serbuk agar2 Cap Bintang Emas ni selalunya K.Nor beli secara papan kat kedai borong yg jual makanan ringan kat Kg. Simpang Tokku. Setakat ni kedai ni jer yg jual serbuk agar2 ni secara borong (papan). Lebih senang kalau beli gini, tak la putus bekalan serbuk agar2 kan. Nak guna, stok sedia ada kat dapur.. alhamdulillah.. sentap jer satu.. hehe Lagi pun lebih jimat kalau beli secara papan ni nak2 lagi kalau kita selalu guna lah, selalu buat dessert. Kalau setakat 1/2 tahun sekali buat dessert guna agar2 serbuk baik tak yah beli.. hihihi  Lagi satu, kalau beli secara papan gini lebih jimat dr beli secara loose (satu2). Kalau tak silap jimat dlm 3.00 lebih gak la kalau beli sepapan tu.
Selain dr tu, kalau sapa2 (yg ada di area K.Trg) yg nak beli secara sikit2, atau tak jumpa kedai ni, boleh la beli kat Sabasun. Sabasun ada jual satu2 gitu. Cari kat area barang2 baking, tepi2 kotak jelly dan tepi2 kotak tepung kek yg ready mix.

Bloggers, Jom Check!


Awal pg ni K.Nor baca komen kat n3 Disebalik Malware Attack yg K.Nor publishkan smlm. Terbaca komen Siti Ruhayu Abd Rahman yg beritau ada kaedah nak buang malware dr blog. Alhamdulillah.. dr semalam lg duk fikir camna la nak check blog ni samada terkena attack malware ni atau tidak. Bimbang gak kan, kalau ada virus2 dlm blog ni sbb K.Nor ni buta IT. Tu yg mood merudum semacam jer smlm.. susah hati woo.. nak masak pun tak ada mood hehe.. Kalau setakat nak scan PC boleh aje dgn antivirus cam Kapersky, AVG, Norton dll. Ni nak scan blog!! huaaa...mmg buta terus..

Bila K.Nor surf link yg Siti Ruhayu bg tu, ada diajarkan cara2 nak pastikan blog kita dah diserang malware atau pun tidak. Duk study la pelan2.. nak laju2 bukannya pickup K.Nor tinggi sgt. Meraba betul nak mencari kat mana Webmaster Tools tu.. Akhirnya jumpa la.. rupanya kat Dashboard! Kat bawahhhhhhhhhh nun page dashboard tu.. hehe.. Mana2 yg nak buat kaedah Ayie ni, sila scroll page dashboard anda sampai paling bawah ya. Insyaallah ada kat situ. Lepas tu ikut la step by step yg Ayie dah ajar tu.

gambar ihsan pck google..tq..

Lepas dah check, ALHAMDULILLAH.......... NO VIRUS!! Ni yg tertera hasil dr apa yg dibuat tu: Google has not detected any malware on this site. Baru lega hati ku.. hehe Mekasih banyak2 buat Siti Rahayu dan terutamanya pd Ayie yg sudi berkongsi maklumat ni.

Pada blogger2 lain, jom check blog anda. Dan K.Nor rasa la, kita kena check blog kita secara berkala. Sebulan sekali ke, sebagai langkah berjaga2.. Tak susah pun nak buat semua ni. Kalau sayangkan blog yg dah kita usahakan ni, apa salahnya kita buat semua ni kan..

Ok cukup la tu.. dah panjang lebar ni. Pada yg berminat sila ke blog Ayie ni utk kaedah scanning dan membuang malware dr blog, jika ada.. Selamat mencuba!


updated (8.40pm):
1. pada yg nak download perisian anti-malware boleh la guna yg ini atau yg ini. Kedua2nya disyorkan oleh blogger ni kat blog dia (greenboc.blogspot.com) yg mana katanya telah disemak oleh CNET kiranya perisian yg boleh dipercayai la ni..

2. satu lg.. kalau dibaca kat blog GB ni, dia ada bg tips utk hindarkan blog dr dikesan oleh virus yg cuba menceroboh blog2 kita.. boleh la kalau nak cuba buat ya.. mudah jer tu.. mekasih buat K.Ina KL yg share hal ni kat FB dan juga blogger GB coz sudi share semua ni.. tq


Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.

Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.



Mee Goreng Mamak

mee mamak
Ni jer juadah berbuka puasa yg sempat disediakan smlm, dek kerana kehilangan mood nak masak2. Sampaikan tak ada rupa mamak pun, cerah jer mee goreng mamak nih.. hihi.. tak per la, janji sedap kat anak tekak K.Nor sekeluarga. Tambah pulak ada kopok lekor yg digoreng.. lg la syok layan mee goreng mamak nih..
kopok lekor
Ada kopok lekor goreng baru best kan.. :)
Ada yg nak resipi? Sila tengok kat sini ya..
mee mamak 2
layan diri ya… :)

Monday, September 20, 2010

Disebalik Malware Attack




Semua persoalan sudah terjawab, baru la lega rasanya. Tp tak la lega 100% sbb blog masih tak dpt berfungsi seperti biasa dan nak blogwalking pun tak leh nak buat sesuka hati cam biasa. Sebab2 banyak blog diserang virus ni adalah kerana pemilik blog memasukkan pengiklan Innity atau/dan Manggaonline. Bagi mana2 blog yg ada letak 2 atau salah 1 pengiklan ni, disarankan delete dulu link iklan tu.

Ni K.Nor pastekan al kisah disebalik semua ni yg K.Nor ambil dr sebuah blog.. jutaan terima kasih buat pemilik blog yg sudi berkongsi maklumat ni.. dan tak lupa mekasih juga buat Ika yg menyampaikan hal ni ke K.Nor .. tq dear :)


Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.


p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!

sumber: mediapermatangpauh


updated:
Alhamdulillah.. K.Nor dah boleh masuk secubitgaram ni melalui google chrome.. mudah2an segala keributan berakhir dgn sebaik mungkin..

Rich Choc Pudding


Tak ada mood betul hari ni. Dr awal pg td lagi bila dpt tau blog di ceroboh virus. Mula2 tu ingatkan virus dr blog Dayang jer (sbb kat warning tu cakap virus dtg dr blog Dayang). K.Nor ni punya la duk buang link2 resipi yg diambil dr rumah Dayang. Dah check dan buang link2 tu satu persatu sampai masuk 1/2 dr 1000+ post. Last2 bila check balik blog, tertera lak yg kata virus tu dr rumah K.Hanieliza.. huaaaaaaaaaa…. geramnyer.. Dah la lebih dr sejam duk buang link yg dr blog Dayang! Tak kuasa dah nak ngadap lg nak buang yg link K.Liza lak. Last2 stop aje. Opsss lupa nk beritau sebenarnya awal pg td K.Nor bukak MyR, pun ada warning merah2 tu. Katanya web MyR yg hosting virus ni. Apakah ni bermakna MyR punca virus ni merebak ya? Sbb tau aje la blog2 masakan ni banyak amik resipi kat MyR dan letak link sekali resipi tu. Sapa la punya kerja ni ya, duk menyebarkan virus dlm MyR tu. Secara tak langsung duk menganiaya org lain jugak nih..
Bagi yg guna Mozilla Firefox tak jadi masalah rasanya, boleh go through semua blog cuma yg guna Google Chrome jer yg tak leh access blog2 nih. Hati2 la ya bg pengguna GC.. kang tak pasal2 pc atau lappy kena serbu dek virus tak diundang nih.. Bg pengguna Imac/Apple, insyaallah selamat..
Jom la, kita buat U-turn.. hehe.. Kita balik pd n3 hari ni.. Frust bila cakap bab malware2 nih.. huhhhh

rich choc pudding

Dessert yg dibuat utk berbuka hari ni, Rich Choc Pudding. Lama betul tak buat, tekak pun terasa nak ngap puding yg kaya dgn rasa coklat. Resipi yg dikongsi oleh Jun yg dah agak lama tak ke udara. Mintak izin ya Jun nak kopipes resipi tu kat sini. Dan sori la ya K.Nor tak berani dah nak letak link dr MyR tu.. hehe






RICH CHOC PUDDING by Jun

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.


** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Kuetiaw Rebus Simple

Ni la juadah berbuka puasa utk si tukang masak smlm. Tak sempat nak masukkan n3 ni selepas publish n3 Tumis Pedas Ikan Tenggiri tu, ngantuks ler. Tu yg terpaksa masukkan n3 pg ni. Cam biasa tukang masak lebih suka berbuka dgn makanan selain nasi spt mee dan lain2. Tu yg kena merajinkan diri masak gak walau dah masak nasi dan lauk2 utk cik abg dan Luqman. Si anak dara tak banyak songeh. Dia lagi suka kalau ada mee atau yg sewaktu dgnnya nih. Selera si anak dara lebih kurang jer cam si emaknya kut hehe..

kuetiaw rebus

Kuetiaw Rebus ni mmg simple jer, sedap dimakan dan sambal kicap yg kaw2 pedasnya. Alhamdulillah.. kenyang perut tukang masak. K.Nor mmg suka berbuka dgn menu camni, hari2 pun tak per :)

kuetiaw rebus 2


updated: special utk Mila@Rimbun yg nakkan resipi Kuetiaw Rebus campak2 nih.. :)


KUETIAW REBUS SIMPLE my style

1 bungkus kuetiaw
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
isi ayam
chicken/fish ball
1 sudu besar serbuk lada hitam
sawi/kubis ~ dihiris
carrot ~ dihiris
1 - 2 telur
1 kiub pati ayam
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak

bahan tabur:
daun sup dan daun bawang ~ dihiris
cili merah ~ dihiris
bawang goreng ~ jika suka


Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Goreng hingga wangi.
Masukkan isi ayam dan goreng hingga isi ayam berubah warna (menjadi putih).
Masukkan air secukupnya dan masak hingga mendidih.
Masukkan chicken/fish ball, serbuk lada hitam, kiub pati ayam, garam dan gula jika suka.
Bila dah mendidih balik masukkan sayur2an dan telur.
Masak sekejap baru la dimasukkan kuetiaw.
Lepas tu boleh la dimasukkan bancuhan tepung jagung.
Biarkan seketika dan padamkan api.
Boleh lah dihidangkan panas2.
Tapi sebelum tu tabur dulu dgn bahan2 tabur.
Nak makan dgn cili jeruk pun boleh, dgn sambal kicap pun boleh ... ikut selera anak tekak :)


##
boleh pelbagaikan bahan selain isi ayam spt daging, sotong atau udang.
penggunaan bancuhan tepung jagung adalah utk memekatkan sedikit kuah supaya tak terlalu cair sgt dan rasa pun lebih sedap :)

Sunday, September 19, 2010

Tumis Pedas Ikan Tenggiri

 

Ada ke yg menunggu luar tingkap dapur nak tau apa menu tuan rumah arini? hehe.. maaf la ya.. Sebenarnya tuan rumah ehh… puan rumah dan suaminya dah start pose arini. Tu yg tak ada n3 sepanjang siang tadi. Aisyah tak pose lagi coz line tak clear dan nanti bila dah clear dia akan ikut join kita org berpuasa. Bila sekolah dah start ni, anak2 mula la balik lewat dr sekolah. Tu yg tukang masak amik peluang berpuasa dan masak pun lewat la spt masa bulan Ramadhan aritu.

tumis pedas ikan tenggiri

Menu berbuka hari ni cukup simple, masakan org Tganu ni. K.Nor membesar pun dgn lauk gini la dulu. Kalau time cuti2 sekolah K.Nor selalu habiskan masa kat rumah pak sdara di Dungun. Mak sdara pun selalu masak lauk gini. Boleh dikatakan lauk tradisional Tganu kut. Tumis Pedas ni tak banyak berbeza dgn Asam Pedas, secara basicnya lebih kurang dgn Asam Pedas. Yg mana kita tumis dulu cili mesin dan bawang2 yg diblend tp tak ada penambahan daun kesum, bunga kantan, tomato buah atau kacang bendi. Rasanya kalau org Tganu mmg tau masakan ni. Syok dimakan dgn sambal kicap yg diletakkan cili padi yg dipotong atau ditenyeh2 kat dlmnya tu.

 

tumis pedas ikan tenggiri 2

Saturday, September 18, 2010

Roti Mary? boleh la kut..

Haha…. dah lama benor teringin buat roti mudah dan sedap ni.. Padahal inti daging dah lama ready dlm freezer.  Hari ni baru la tercapai hajat nak buat Roti John. Opss…. kalau la pempuan yg buat takkan nak bg nama Roti John kan, sepatutnya kena guna nama org pempuan la kan.. Agak2 kalau guna Roti Mary sesuai tak? haha… ikut la mana2 pong.. sbb roti ni best!

Bukan susah pun nak buat Roti John ni, kalau nak tengok step by step boleh ke dapur org Jepun ni ya.. Mek Jepun ni ghajen dia dah tayang step by step nak buat Roti John. Cuma tang intinya tu K.Nor tak ikut  sbb K.Nor gunapakai inti daging yg masih ada berbaki aritu.

Meh kita tengok resipi Roti John, kut2 ada sapa2 yg tak try lagi. Resipi Roti John ni dr Ina@Hana Jepun nun. Mintak izin ya Ina, nak share resipi tu kat sini..

 

roti john

ROTI JOHN by Ina@Hana

Bahan-bahan

  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil
  • garam
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis
Cara-cara
  • Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.

 

roti john 2

Jom makan, panas2 lg nih ..

Happy 1st Birtday Darwish

Ha…… Dah genap setahun pun umur budak tecik Darwish, hero ke3 Ina & Hamzah.. Kejap jer kan Ina, masa berlalu. Teringat lagi saat2 kritikal masa Ina nak melahirkan Darwish ni tahun lepas. Kena admit ward disebabkan Ina tumpah darah. Dengan Hamzah yg kelam kabut kena jaga 2 org hero lg tu. Tambah lak bulan puasa kan Ina.. Alhamdulillah.. semua selamat dgn izin dan kehendakNYA. Skrg ni si bb tecik tu dah besar, dah boleh berlari2 anak.. Agaknya tak lama lg boleh la nak dpt adik lak tu.. adik pempuan la kan.. asyik heroes jer kena la ada heroin lak.. ngeeeeeeee… 

birthday wish cartoon
Acik Nor nak wish Happy 1st Birthday buat Muhammad Darwish Haidher. Semoga menjadi anak soleh dan bertaqwa. Yg memberi manafaat buat mama dan ayah. Diberikan kesihatan yg baik serta cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di akhirat… aminnn..

Friday, September 17, 2010

Coleslaw Ringkas


Ni dia pelakon tambahan dlm adegan Yogurt Fried Chicken td tu. Coleslaw Ringkas resipi yg dikongsikan Dayang Jack kat MyR. Resipi ni yg dipilih walaupun ada banyak lg versi coleslaw lain. Penggunaan bahan2 yg mudah dan tak banyak. Alhamdulillah... hasilnya pun sedap..

Sebenarnya ada kes sket masa buat coleslaw ni smlm. Duk asyik potong kobis tak perasan lak dah lebih dr secukupnya. Bila digaul dgn semua bahan, nampak cam kurang jer yogurt. Yogurt lak dah la ada satu jer last2 K.Nor tambahkan mayonis! Ha ha.. jadi la Coleslaw versi derhaka.. tp sedap tau! Anak2 suka gak bila dibuat gini.. Ampun ya Dayang hehe.. Nak kopipes resipi tu kat sini ya.. Tq.. & Slmt Hari Raya.. Dayang duk beraya sakan tu, dapur pun tak berasap lg.. hehehe



COLESLAW RINGKAS by Dayang Jack

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
200gm kubis segar (dicuci dgn air garam dan dihiris halus)
1 biji bawang besar jika suka (dipotong dadu kecil)
1 batang lobak merah (dihiris halus)
4 sudu besar mayonis (sy guna mayonis Tesco)
1 sudu kecil cuka makan
sedikit daun sup (jika suka)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Gaulkan rata2 semua bahan di dlm satu bekas.
Simpan di dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

update..
## Subhanallah.. baru perasan rupanya dlm resipi perlukan mayo ajer dan bukannya yogurt!! haha.. k.nor la yg silap ya.. dah gi letak yogurt satu cup dan tambah dgn 2 sudu besar mayo!! maknya k.nor dah create resipi baru la ya.. hihihhi

Ni la akibatnya tak baca resipi betul2.. tp outcome dr apa yg k.nor dah derhaka tu bertambah sedap la pulak coleslaw ku .. alhamdulillah...

Homemade Kepci

Salam di penghulu hari..


Sebelum tu nak wish HAPPY 29th BIRTHDAY buat Ika@Ijah nun di Siam. Semoga kebahagian sentiasa mengiringi kehidupan Ika bersama suami dan anak2 tersayang. Dan juga semoga Allah makbulkan segala doa2 yg dipanjatkan.. amiin...


Jom kita tengok cerita n3 kali ni.. Hidangan yg disediakan lewat petang semalam merangkap dinner buat suami dan anak2. K.Nor?? K.Nor kurang minat sket dgn ayam2 ni, so dinner K.Nor mee goreng aje..
Utk homemade kepci ni K.Nor guna resipi Yogurt Fried Chicken by Love2cook. Anak2 mmg suka rasa ayam ni. Memang la tak leh lawan rasa KFC yg real tu tp tak kisah lah.. janji sedap dan paling penting... HALAL!! Sebenarnya Naim yg request nak makan ayam goreng ni, dia tak rasa nak makan nasi akhir2 ni. So si tukang masak kena la melayan selera anak tekak hero no2 ni.. esok dah nak balik ke asrama kan..


Sapa2 nak resipi Yogurt Fried Chicken ni boleh tengok kat sini.. Dah ulang2 kali K.Nor buat YFC ni.. alhamdulillah.. mmg sedap! Kali ni K.Nor lebihkan serbuk cili dlm bahan A (bahan perapan ayam). Hasilnya ayam ni lebih hot & spicy hehee...


Ada pelakon tambahan sket kali ni selain YFC. Kebetulan semua bahan2 ada, jadi K.Nor buatlah sket coleslaw. Mashed potato jer tak sempat nak buat. Ok layan gambar dulu ya.. resipi Coleslaw akan di updatekan kemudian.. Ada kerja yg belum dibereskan lagi nih...  :)