Last kukis utk raya kali ni. Tak boleh buat awal2, nanti tinggal bekas kosong jer tak sempat raya. Sebab tu kena buat last sekali dan hampir2 nak raya. Cornflakes Madu ni adalah kukis raya yg tak pernah miss buat, kiranya kukis wajib la ni. Dah lebih dr 10 tahun duk buat Cornflakes Madu ni. Rasanya masa tu Along kecik lg. Masa tu tak fofuler pun lagi Cornflakes Madu. Kebetulan sister K.Nor beli Kellogs Cornflakes utk buat Biskut Cornflakes utk raya gak la.. K.Nor terpandang pd kotak cornflakes tu resipi Cornflakes Madu ni. K.Nor simpan dan mula buat pd tahun berikutnya. Alhamdulillah.. mendapat sambutan yg sungguh menggalakkan. Tersangat laris di pasaran. Pernah buat Cornflakes Madu ni sampai 4 kotak besar tau! Semua tak berbaki, yg tinggal hanya papercup jer hehe..
Lepas tu, tiap2 kali nak raya mesti ada jer yg mintak resipi bila nak buat Cornflakes Madu ni. Rasanya dlm 2 -3 tahun lepas tu baru la Cornflakes Madu meletop di mana2 rumah time raya.. Seronok gak tengok Cornflakes Madu ni menjadi pilihan kukis raya. Mudah disediakan dan rasanya mmg sedap dan digemari kanak2 kan..
Meh kita tengok resipi versi asal Cornflakes Madu yg K.Nor copy dr kotak Kellog's Cornflakes. psst... K.Nor sentiasa guna cornflakes Nestle dan bukannya Kellog's ya.. Pernah sekali tu try guna yg timbang, yg dibeli kat kedai baking tp hasilnya sangat mendukacitakan.. langsung tak rangup, lembik jer.. anak2 pun kurang suka. So kalau nak dptkan hasil Cornflakes Madu yg rangup dan sedap, seboleh nya jgn la beli yg timbang ya.. kualitinya kurang memuaskan sket. Tapi tak tau la kalau kat kedai baking lain yg jual cornflakes yg lebih bermutu.. opss.. lupa nak beritau, nama asal kukis ni kat kotak Kellog's Cornflake tu adalah Serimadu Cornflakes.
SERIMADU CORNFLAKES versi asal
90gm mentega
1/4 caw gula
1 sudu besar madu
4 cawan cornflakes
kacang cincang
papercup
Kaedahnya K.Nor tak salin tp cam biasa la semua bahan2 dileburkan dlm kuali pastu masukkan cornflakes dan kekacang. Gaul hingga sebati. Padamkan api.
Masukkan dlm papercup dan bakar sekejap. (suhu lebih kurang 160 - 170C lebih kurang 5min)
Biarkan sejuk diredai/rack baru la dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Yg ni versi K.Nor, dah diejjas mengikut selera dan utk memudahkan proses nak buat kukis ni. Sukat guna sudu jer tak perlu timbang2.. kes kurang ghajen hehe
CORNFLAKES MADU versi K.Nor
1 kotak besar cornflakes (Nestle)
6 sudu besar butter
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
kekacang tu optional
Kaedah sama jer cam di atas. Kalau nak tabur dgn choc rice boleh, choc sprinkle boleh.. terpulang la pd citarasa masing2 ya..
tips:
kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. boleh gak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..