Monday, September 20, 2010

Kuetiaw Rebus Simple

Ni la juadah berbuka puasa utk si tukang masak smlm. Tak sempat nak masukkan n3 ni selepas publish n3 Tumis Pedas Ikan Tenggiri tu, ngantuks ler. Tu yg terpaksa masukkan n3 pg ni. Cam biasa tukang masak lebih suka berbuka dgn makanan selain nasi spt mee dan lain2. Tu yg kena merajinkan diri masak gak walau dah masak nasi dan lauk2 utk cik abg dan Luqman. Si anak dara tak banyak songeh. Dia lagi suka kalau ada mee atau yg sewaktu dgnnya nih. Selera si anak dara lebih kurang jer cam si emaknya kut hehe..

kuetiaw rebus

Kuetiaw Rebus ni mmg simple jer, sedap dimakan dan sambal kicap yg kaw2 pedasnya. Alhamdulillah.. kenyang perut tukang masak. K.Nor mmg suka berbuka dgn menu camni, hari2 pun tak per :)

kuetiaw rebus 2


updated: special utk Mila@Rimbun yg nakkan resipi Kuetiaw Rebus campak2 nih.. :)


KUETIAW REBUS SIMPLE my style

1 bungkus kuetiaw
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
isi ayam
chicken/fish ball
1 sudu besar serbuk lada hitam
sawi/kubis ~ dihiris
carrot ~ dihiris
1 - 2 telur
1 kiub pati ayam
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak

bahan tabur:
daun sup dan daun bawang ~ dihiris
cili merah ~ dihiris
bawang goreng ~ jika suka


Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Goreng hingga wangi.
Masukkan isi ayam dan goreng hingga isi ayam berubah warna (menjadi putih).
Masukkan air secukupnya dan masak hingga mendidih.
Masukkan chicken/fish ball, serbuk lada hitam, kiub pati ayam, garam dan gula jika suka.
Bila dah mendidih balik masukkan sayur2an dan telur.
Masak sekejap baru la dimasukkan kuetiaw.
Lepas tu boleh la dimasukkan bancuhan tepung jagung.
Biarkan seketika dan padamkan api.
Boleh lah dihidangkan panas2.
Tapi sebelum tu tabur dulu dgn bahan2 tabur.
Nak makan dgn cili jeruk pun boleh, dgn sambal kicap pun boleh ... ikut selera anak tekak :)


##
boleh pelbagaikan bahan selain isi ayam spt daging, sotong atau udang.
penggunaan bancuhan tepung jagung adalah utk memekatkan sedikit kuah supaya tak terlalu cair sgt dan rasa pun lebih sedap :)