f Secubit Garam: Menu Pertama Selepas Raya

Wednesday, September 15, 2010

Menu Pertama Selepas Raya

Salam semua.. Dah abis beraya? Rasanya K.Nor pun dah abis kut. Dah hilang mood nak gi beraya. Hajatnya smlm nak g beraya rumah cousin, mak sdara dan pak sdara cik abg area Wakaf Tengah nun. Tapi bila dah jumpa masa ziarah kematian mak sdara di Kg Tebauk tu, mood nak gi beraya pun ilang. Tak per la K.Nor tunggu jer kut2 ada lagi org nak datang beraya kat rumah.

Bila dah tak gi beraya, maknanya dapur kena start kerja balik la. Jadi utk sesi memanaskan dapur ni hehe... K.Nor buat menu paling simple sekali. Menu pebret org Tganu terutamanya K.Nor sekeluarga. Makan tiap2 hari lauk gini no hal punya. Tapi bila pikirkan kesihatan tak leh la.. Sbb itu budu boleh upkan tekanan darah walau ada khasiat disebaliknya. Nanti kang tak pasal2 darah cik abg naik.. susah ooo.. Tang ulang2 tu..manyak sedap.. manyak bagus dimakan.. Ikan panggang pun bagus, not oily, gitu gak kuah singgang. Tak ada penggunaan minyak pong.. Tapi... dlm bagus tu ada tak bagusnya tau.. hu hu.. Yg tak bagus nya.... bila dah makan.... tak leh nak makan sikit2... boleh bertambah2 makan nih.. berselera sgt2!! Nanti badan makin kembang, pipi pun makin kembang! ^____^

Meh kita tengok menu K.Nor sekeluarga hari ni...

Ulaman & Ikan Aya Panggang


Singgang Ikan Aya dan budu!! :)

Ikan aya tu K.Nor beli sekor jer. Bahagian atas (kepala) dibuat Singgang dan bahagian bawah di panggang. Sedap tau ikan aya yg dipanggang ni.. Cicah dgn sambal belacan pun best.


Jom makan.. 
oppss lupa ceduk nasi.. sila ceduk sendiri kat dapur ya... 
hehehe