Nasi lemak buah bidara, kerana kasih hamba turutkan..
kerana kasih pd pengunjung setia, malas2 nak masukkan n3.. K.Nor tetap masukkan ..
Haha.. berpantun hari Jumaat nan mendung nih ya.. Adehhh.. males sungguh nak masukkan n3. Rasa nak duk lepak2 jer.. Perut tak sihat, kepala pun terasa berat jer.. Time2 gini kalau boleh gi landing kan best!! Tapi tak bley.. tak bley.. sedang memberi tuisyen kat anak murid sorang nih.. dia duk belajar nak tukar template tu.. pilih K.Liza.. jgn tak pilih!! pilih yg cun2 ya.. dan jgn lupa pengeras yg kena double triple tu.. hihihi
Ok.. ni menu org kemalasan hari ni. Dah lama betul tak masak nasi lemak. Bila tengok ikan aya kat pasar tani smlm terus sambar sekor. Balik rumah, lepas dah bersihkan K.Nor rebus dgn asam keping dan garam. Org Tganu panggil mati air ikan. Lagi lama rebus lg sedap, pastu kalau dibiarkan semalaman laaaaagi best! Rasa masam2 asam keping tu dah menyerap kat isi ikan.
Kalau Nasi Lemak Tganu stail kena ada lauk ikan aya @ tongkol. Dan ikan aya tu pulak yg paling best ikan aya hitam. Isinya putih, lembut dan sedap. Kalau aya kurik tak sedap sgt, isinya tak putih mana dan isinya pun keras sket. K.Nor tak suka masak ikan aya kurik ni, kalau dah tak ada pilihan sgt, K.Nor beli ikan aya selasih jer. Ha.. ha.. ada yg tau tak spesis ikan aya nih? Rasanya ramai yg tak tau kut.. hehe..
Selain lauk ikan aya, K.Nor juga buat Bilis Siam utk digandingkan dgn nasi lemak ni. Kalau setakat goreng ikan bilis pastu goreng kacang tanah, tu dah biasa kan. Apa kata kita buat yg lebih dr kebiasaan nak? Try la buat Bilis Siam ni, pastu makan dgn nasi lemak.. perghhhhhh syok abes! Silap2 boleh tambah lagi nasi lemak sepinggan.. haha.. Pastu bila dah licin nasi, bilas anak tekak dgn Jus Roselle. Insyaallah, boleh turunkan tekanan darah ni tau. Kalau tak caya tanya Mr Ben nun .. :)
Ni hidangan utk cik abg, siap ada petai lg tu.. ^___^